Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Tak ada masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila masa tengah baik ni.
Ads
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah. Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ads
Ads
Ada org kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia. Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar. Orang lain mugkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wayar berselirat di bahagian kabinet TV atau suis kadang tu buatkan kita sendiri sakit mata melihatnya. Tambah lagi ada anak kecil, makin dilarang, makin dia pergi dekat untuk tarik. Risau jika terleka sikit, boleh membahayakan keselamatan.
Biasanya banyak wayar yang berselirat di bahagian kabinet TV kerana situlah tempat utama untuk letakkan pelbagai jenis peranti atau cas telefon. Untuk memastikan keadaan selamat dan ruang tamu nampak kemas, ada caranya yang boleh anda lakukan.
Perkongsian Dila Akashah dalam group Kelab Kaki Deko, dia hanya mengeluarkan modal tak sampai RM10 untuk ‘menyorokkan’ wayar di belakang kabinet TV.
Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar-wayar lain yang berselirat sana sini.
3 benda ni je, PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat Mr.Diy.
Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana-mana tempat yang sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.
Wifi router pun saya sumbat sini. Sakit mata tengok sepah-sepah. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.
Siap
Tada. Kabinet TV bebas dari segala benda dan segala mak nenek wayar. Bawah kabinet pun dah tak nampak. Semoga bermanfaat.
Kredit: Dila Akashah (Kelab Kaki Deko)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Di pilih menjadi Ahli Parlimen Muar selepas PRU-14, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini makin dikenali dari pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan kehebatannya berhujah sekaligus hebat dalam berpolitik kini dia juga dianggap ikon belia kerana keintelektualan dalam bidang akademik.
Menarik mengenai Syed Saddiq ini, setiap apa yang dilakukannya mesti akan mendapat restu ibu bapanya. Anak bongsu dari 4 beradik ini juga turut menyatakan tanpa ibu tak mungkin dia mampu meraih kejayaan hari ini.
Dia juga cukup mengagumi ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz kerana telah banyak berkorban dan memahami minatnya.
Dunia kanak-kanak saya banyak cabaran dan dugaan. Bukan kepada saya, tapi ibu saya. Lagi-lagi sebagai anak cikgu, semua gelagat nakal saya akan menarik perhatian yang tidak enak.
Tanpa ibu saya, mungkin saya hanyut penuh khayalan. Tanpa ibu saya, sukar untuk saya kembali bangun dan terus berjuang. Tanpa ibu saya, saya tiada apa-apa.
Wonderwoman saya, ibu saya.
Kadang-kala, saya terlepas pandang penat lelah ibu menjaga saya. Mujur Tuhan masih berikan masa saya membalas budi wanita istimewa ini.
Saya percaya ramai wanita di luar sana juga adalah superhero. Menabur bakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tanpa kenal erti putus asa.
Mama & Abuyah Merestui Perjuangan
Sementara itu, menurut kedua ibu bapa Syed Saddiq semasa ditemuramah Sinar Harian, sebagai ibu bapa, kami akan mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak boleh paksa dia, kami juga memahami dia yang sentiasa berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.
Sebenarnya sejak kecil Syed Saddiq dah mempunyai semangat patriotik yang tinggi, malah dia sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.
Dia juga seorang yang sangat berdikari sejak kecil sehinggalah kemasukan dia ke Maktab Tentera Diraja diuruskan sendiri olehnya tanpa pengetahuan kami sehingga dia memberitahu kami dia diterima masuk.
Bermula dari situlah sikap kepimpinannya mula menonjol malah dia sangat berfikiran terbuka dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai bangsa tanpa rasa prejudis.
Sokongan dan kepercayaan keluarga amat penting, walau apa pun yang dia lakukan kami sentiasa ingatkan dia agar menjaga solat dan mendoakan yang terbaik untuknya setiap hari.
Sumber: Instagram Syed Saddiq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.
Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.
Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.
Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Flashcard bayi boleh membantu sebagai alat bermain, tetapi bukan keperluan wajib. Ketahui mengapa bermain, interaksi dua hala dan pengalaman sebenar lebih penting untuk perkembangan otak bayi.