Bila anak kecil balik dengan badan penuh lebam, ibu mana yang tidak menangis? Tapi lebih menyedihkan apabila laporan dibuat, siasatan diminta… akhirnya kes ditutup tanpa sebarang tindakan.
Inilah yang terjadi kepada ibu muda, Syaza Syamimi, yang masih setia menuntut keadilan buat anaknya, Syakir Ali, yang dipercayai menjadi mangsa dera di pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu Terkilan, Usaha Lapan Bulan Gagal Bawa Keadilan
Segalanya bermula pada 17 Januari 2025, apabila Syaza menjemput anaknya dari pusat jagaan. Ketika mahu memandikan anak, dia terkejut melihat kesan lebam panjang dan kemerahan di belakang badan si kecil.
Esoknya, Syaza dan suami ke klinik swasta, tetapi doktor hanya memberikan ubat gatal. Tidak berpuas hati, mereka ke Hospital Sultanah Aminah dan doktor di sana mengesahkan lebam tersebut bukan disebabkan alergi, tetapi berkemungkinan besar akibat dipukul atau jatuh atas objek panjang.
Laporan Polis, Laporan Hospital – Tapi Masih Tiada Tindakan
Laporan polis dibuat segera di Johor Sentral, dan kes kemudian dipindahkan ke Balai Polis Iskandar Puteri. Pada 25 Februari 2025, laporan perubatan rasmi menyatakan bahawa memang wujud unsur penderaan.
Syaza juga telah:
✅ Menyerahkan bukti bergambar ✅ Menjalani pemeriksaan penuh X-ray ✅ Membuat laporan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ✅ Berulang-alik ke balai polis untuk bantu siasatan ✅ Bertanya perkembangan kes setiap bulan
Ads
Namun, tiada perkembangan diterima daripada pihak berwajib — sehingga 8 bulan berlalu.
Alasan CCTV Rosak & Tiada Saksi
Lebih menyakitkan, Syaza dimaklumkan bahawa rakaman CCTV tidak dapat diberikan kerana kononnya rosak akibat ribut petir dan sedang diselenggara.
Akhirnya, pada 5 Ogos 2025, Syaza menerima surat melalui PDF. Kandungan surat itu menyatakan:
“Tiada saksi untuk menyokong dakwaan. Tiada bukti kukuh. Tiada unsur jenayah. Oleh itu, kes ditutup dan tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas mana-mana pihak.”
Ads
“Saya Dah Buat Semua Yang Termampu”
Syaza yang kecewa menyatakan bahawa dia sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga sebelum memilih pusat jagaan untuk anaknya.
“Saya bukan main pilih. Saya buat lawatan, semak ulasan, dan tengok latar belakang pusat itu. Tapi sekarang, tiada satu pihak pun yang nak bertanggungjawab. Selama lapan bulan saya menunggu dengan penuh harapan. Tapi akhirnya anak saya tak dapat pembelaan.”
“Mohon doa semua. Semoga ada keadilan untuk Syakir Ali kami. Kalau bukan di dunia, semoga Allah balas dengan setimpalnya buat mereka yang zalim pada anak kecil yang tak mampu bersuara ini.”
Lebam Bukan Perkara Biasa, Ibu Bapa Wajib Peka
Kes Syakir Ali ini membuka mata ramai ibu bapa. Anak kecil tidak mampu bercakap sepenuhnya untuk ceritakan apa yang berlaku. Tetapi tubuh mereka tak pernah menipu. Lebam bukan perkara biasa.
Ads
Sebagai ibu bapa, kita perlu:
✅ Sentiasa pantau keadaan fizikal anak selepas balik dari penjagaan ✅ Peka dengan perubahan tingkah laku anak ✅ Buat laporan segera jika ada tanda-tanda penderaan ✅ Simpan bukti (gambar/video) dan ambil laporan doktor ✅ Gunakan saluran rasmi dan sosial jika kes dipandang sepi
Setiap anak adalah amanah dan nyawa yang perlu dilindungi. Hari ini mungkin anak orang lain, esok mungkin anak kita. Jangan biarkan kes seperti ini terus berulang.
Buat semua ibu bapa, jangan takut bersuara. Jangan penat tuntut keadilan. Suara kita, perlindungan untuk anak-anak yang belum mampu bersuara.
Pa&Ma menyeru agar semua pihak bertanggungjawab lebih serius dalam isu penderaan kanak-kanak. Jangan tunggu sehingga nyawa melayang, baru kita ambil tindakan.
📞 Jika anda syak berlaku penderaan terhadap kanak-kanak, segera hubungi: ➡️ Talian Kasih 15999 ➡️ Lapor kepada JKM atau balai polis terdekat
Selain tandas, dapur juga merupakan salah satu tempat yang penuh dengan bakteria jika kita tidak mengambil berat soal kebersihannya. Di celahan dapur, rak menyusun barang malahan di sink basuh pinggan juga ada kuman yang tersembunyi.
Penggunaan span untuk membasuh segala peralatan dapur sepatutnya ditukar setiap tiga minggu. Walaupun kita berpendapat span bersih (kerana tak nampak sebarang kotoran padanya), tapi ia tetap WAJIB ditukar.
Span yang digunakan dalam tempoh masa yang lama sebenarnya mengumpul pelbagai jenis bakteria. Lebih teruk lagi jika ia direndam dalam air sabun. Di laman Facebook Public Health Malaysia ada menjelaskan tentang hal ini.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
Rebus 5 minit atau,
Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,
Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Semoga bermanfaat!
Di dalam ruangan komen, berikut respon yang ditinggalkan:
Menerusi artikel dari laman web iluminasi.com, dikatakan span basuh pinggan dibuktikan lebih kotor daripada tempat duduk tandas. Menurut Prof Hugh Pennington dari Agensi Perlindungan Kesihatan UK, terdapat bakteria campylobacter. Bakteria ini dikatakan datang dari sisa ayam. Cara terbaik menggunakan span basuh pinggan adalah dengan menggantungnya supaya kering selepas diguna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kehilangan nyawa dalam kemalangan tragis, manakala lima ahli keluarganya cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, awal pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.56 pagi, di mana Muhammad Al Amin Mohd Adil, yang duduk di tempat penumpang hadapan Toyota Alphard itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kenderaan berkenaan dinaiki mangsa bersama bapanya yang berusia 41 tahun, ibunya (42) dan tiga adiknya berusia 10, lapan dan setahun sembilan bulan.
Pemergian anak kecil ini amat memilukan, apatah lagi ketika dia sedang dalam perjalanan bersama keluarga tercinta.
Katanya lagi, keluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuala Terengganu. Sebaik tiba di lokasi, kenderaan berkenaan dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
“Siasatan mendapati pemandu lori itu memberhentikan kenderaan untuk menukar tayar belakang kiri yang rosak dan kon keselamatan diletakkan di belakang sebagai tanda amaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhammad Al Amin adalah murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Susulan nahas itu, Kim Wai berkata, bapa, ibu dan tiga adik mangsa cedera parah serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.
Pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seorang guru lelaki berusia 47 tahun di Temerloh telah didakwa memiliki bahan lucah membabitkan kanak-kanak—satu berita yang menggemparkan dan menyayat hati. Lebih menyedihkan, tertuduh merupakan pendidik, insan yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak-anak kita.
Kes ini membabitkan tiga pertuduhan, dengan barangan bukti termasuk telefon bimbit dan komputer riba yang mengandungi kandungan tidak senonoh melibatkan kanak-kanak. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan oleh mahkamah.
Apa Yang Perlu Ibu Ayah Perlu Tahu?
Dalam dunia digital hari ini, keselamatan anak bukan sahaja di luar rumah, tapi juga di skrin kecil yang kita benarkan mereka guna setiap hari. Kes seperti ini membuka mata ramai—bahawa ancaman boleh datang dari sesiapa saja, hatta dari orang yang dipercayai.
5 Tindakan Proaktif Untuk Ibu Ayah Boleh Buat,
Pantau siapa anak berinteraksi – Bukan hanya kawan sebaya, tapi juga guru dan orang dewasa lain.
Semak kandungan peranti anak secara berkala – Ajar anak kita bukan untuk sorok apa yang mereka tonton atau simpan.
Ajar anak tentang sentuhan selamat dan privasi badan – Ini bukan topik tabu, ia tentang perlindungan diri.
Tanya anak soalan terbuka – “Ada tak sesiapa buat kamu rasa tak selesa hari ni?”
Simpan rekod dan lapor segera jika ada kelakuan mencurigakan – Lebih baik ‘terlebih peka’ daripada menyesal kemudian.
Ibu Bapa Bukan Paranoid, Tapi Prihatin
Peranan ibu bapa zaman sekarang menuntut lebih kepekaan digital. Bila pendidik sendiri terpalit dengan tuduhan seperti ini, ia sepatutnya menjadi wake-up call untuk sistem pendidikan dan komuniti.
Sebarkan kesedaran. Lindungi anak kita. Jangan anggap ia isu terpencil—ini mungkin dekat dengan kita lebih daripada yang kita sangka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.