Bagi Anak Protein Lebih Sikit, Bebola Ikan Sayur Kucai Ni Paling Mudah Nak Buat!

Share

Anak-anak kecil kita yang sedang membesar biasakan akan menolak mentah-mentah sebarang makanan yang dirasakan pelik oleh mereka. Suapan mama pun boleh diluahkan anak-anak gara-gara terasa ada makanan yang pelik pada mereka. Ikan goreng halus, bawang dan sayur antara yang kurang digemari anak-anak. Jadi bagaimana anak nak dapatkan khasiat protein dan serat?

Bebola Ikan Sayur ini antara pilihan dan idea kreatif yang mampu menyelamatkan makanan daripada diluahkan semula si comel kita. Kisar sahaja semua bahan dan jadikan bebola. Ringkas dan kreatif. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rarra Sakura ini. Mudah!

Ikan sardin (kikis isi dan rebus)
Kucai (potong halus)
1 cawan nasi
1 sb tepung ubi

Kisar dulu isi ikan.

Kemudian di campur dengan nasi dan tepung ubi. Kisar bersama sampai sebati.

Tambah kucai dan kisar sekejap. Adunan kisar tadi di gaul sebati.

Buat adunan bulat dan rebus.

Selepas tu, grill atau goreng sahaja. Senangkan.

Selamat mencuba.

IKLAN