Pelakon, Puteri Sarah Liyana melalui perkongsian di instagramnya, memberikan kata-kata semangat kepada wanita yang sedang bersedih sekarang. Ujian yang dilalui untuk menjadikan wanita itu lebih kuat dan hebat.
Puteri Sarah mendirikan rumahtangga bersama Pengarah & juga pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan mempunyai seorang cahaya mata, Syaikul dan beliau kini hamil anak kedua.
Bagi wanita yang bersedih di luar sana..
Senyumlah kerana Allah sedang mengujimu mengikut kemampuanmu..
Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa UJIAN Kehambaan tidak akan dirasai tanpa MUNAJAD Keinsafan tak akan dirasai tanpa MUHASABAH Banyak mana ujian Allah banyak itulah kasih sayang Allah pada kita. Percaya dan Yakinlah pada kata janjiNya.
Ads
Wanita yang hebat itu mampu menghapus airmatanya sendiri dan kemudiannya bangkit dari kesedihannya.
Posting beliau menarik minat netizen. Rata-rata mengucapkan terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat. Ada juga yang turut mengaitkan dengan Bella Astillah yang mana sedang mengalami masalah rumahtangga.
Tiba-tiba mengalir air mata, thanks bagi kata-kata semangat
Bila dah berkahwin, suami atau isteri ada hak untuk menegur satu sama lain. Cuma bagaimana teguran itu, ada caranya. Tambah lagi bila ada anak-anak, tunjuklah yang elok depan mereka.
Sebab itu, ramai yang berpendapat, jika suami atau isteri nak tegur, jangan tegur depan anak-anak. Elakkan anak mendengarnya.
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibu bapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak hormat isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita hormat isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak.
Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormatkan pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!..
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Anak sumber kekuatan seorang wanita. Atas alasan ini sahaja, seorang wanita yang bergelar ibu itu mampu ketepikan apa yang hati dia nak, apa yang perasaan dia rasa dan apa yang diri dia perlukan.
Dia sedih tak apa, janji anak-anak gembira. Dia menangis tak apa, janji anak-anak ketawa. Bila fikir soal anak je, letak bab anak je, terus dah tak fikir dah soal lain dan bab lain. Ini keutamaan, ini yang perlu didahulukan, ini yang lebih penting daripada perkara-perkara lain.
Seorang ibu itu boleh berlakon, berpura-pura dan jadi macam-macam depan anak asalkan anak tu tak terkesan dan tak tahu akan apa yang dilaluinya.
Dia lebih sanggup untuk berjuang memberikan kebahagiaan kepada anak daripada kebahagiaan dirinya. Dia lebih sanggup untuk bertungkus lumus memberikan kesenangan kepada anak daripada kesenangan dirinya.
Meskipun dia sendiri yang terkorban dalam mencapai tujuannya. Menderita mana pun hidup dia, sesukar mana pun hidup dia, dia perlu terus kekal berdiri untuk anak-anaknya.
Dia tak boleh lemah, dia juga tak boleh rebah. Anak-anak perlukan dia. Hanya dengan melihat senyuman dan mendengar gelak tawa anak-anak sahaja dah cukup untuk “membalas” apa yang dia telah buat untuk mereka.
Di situlah munculnya kekuatan luar biasa seorang wanita yang bergelar ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat beberapa jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori seperti diclofenac, paracetamol dan sebagainya.
Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.
Bagaimanapun, ibu bapa yang ingin memberikan ubat jenis ini, perlu betul-betul faham mengenai jenis Supp. PCM dan Diclofenac.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol ada jawapannya.
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni. Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza. Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja. Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
• Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
• Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
• Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg. Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.