Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dipraktikkan oleh pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan isteri Ozlynn dalam mendidik anak-anak mereka.

Sering sahaja memuat naik aktiviti-aktiviti keluarga mereka di Instagram Jozlynnhanania. Memang terhibur dengan gelagat pasangan ini bersama anak-anak mereka yang comel dan bijak.

Bagusnya Haziq, Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih. Ini Cara Johan & Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

Memang kita sedia maklum, pasangan ini sentiasa menitik beratkan soal didikan agama pada anak-anak. selalu juga mereka memuat naik aktiviti seperti solat berjemaah bersama, mengaji dan sebagainya.

Artikel menarik: Amar Baharin Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah Keluarga Amyra Sepanjang PKP. Comel Je Tengok Anaqi Ikut Solat Sama

Baru-baru ini, dalam satu entri berbentuk video menunjukkan Haziq sedang membaca doa. Menurut Ozlynn bacaan doa tersebut untuk dibacakan selepas solat tarawih kerana Haziq juga merupakan salah seorang imam tarawih dalam keluarga mereka.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila ada doa yang tertinggal menyebabkan Haziq rasa sedih kerana lupa untuk bacakan doa tersebut.

IKLAN

Bagusnya Haziq, Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih. Ini Cara Johan & Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

Menurut Ozlynn, dia dan Johan memang melatih anak-anak mereka untuk berdoa dari hati sejak kecil. semakin meningkat usia mereka maka semakin matang doa yang diucapkan. Paling penting ikut bahasa yang mereka selesa dan yang mereka faham.

Doa haziq

“Lepas abes baca doa dia ckp “ Allah mama, haziq tertinggal “ Ya Allah kau berikanlah kami rezeki yg tidak disangka2 dan kau berkati rezeki kami, Ya Allah kau limpahkanlah ilmu pada kami dan kau berkatilah setiap ilmu itu dan kau berikanlah khabar gembira setiap hari pada keluarga kami.. “ pastu muka dia mcm down sb doa tu dia x pernah miss!!

IKLAN

 “So aku pujuk dan ckp.. xpe Allah maha mengetahui..nnt esok subuh jgn tinggal ok.. lepas salam dia pelok kuat2.. terasa gak la maklom la sihat.. dia kena baca doa sb dia salah sorg imam terawih kami mlm td.. merengek nak jugak jadi imam.. lepas dpt punya seronok bangga muka dia..

 “So doa tu dia tulis sendiri dulu dan dia hafal sendiri.. dan jadi amalan dia..kami latih anak berdoa dari hati.. minta apa u nak.. bgtau Allah apa u rasa.. so setiap anak2 doa mereka berbeza.. cuma bahagian penting sama.. dan dorg doa ikut bahasa yg dorg selesa.. ikut fahaman dorg..

Bagusnya Haziq, Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih. Ini Cara Johan & Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

IKLAN

 “Makin meningkat usia semakin matanglah doa dorg.. so boleh ambil doa ni dan amalkan jugak.. kdg kita suka meminta pd Allah, jarang nak bersyukur dan memuji kebesaran Allah..😢InsyaAllah ada rezeki kami share doa dari sodiq ariq n chantiq pulak,” Tulis Ozlynn

 

 

View this post on Instagram

 

Lepas abes baca doa dia ckp “ Allah mama, haziq tertinggal “ Ya Allah kau berikanlah kami rezeki yg tidak disangka2 dan kau berkati rezeki kami, Ya Allah kau limpahkanlah ilmu pada kami dan kau berkatilah setiap ilmu itu dan kau berikanlah khabar gembira setiap hari pada keluarga kami.. “ pastu muka dia mcm down sb doa tu dia x pernah miss!! So aku pujuk dan ckp.. xpe Allah maha mengetahui..nnt esok subuh jgn tinggal ok.. lepas salam dia pelok kuat2.. terasa gak la maklom la sihat😂.. dia kena baca doa sb dia salah sorg imam terawih kami mlm td.. merengek nak jugak jadi imam.. lepas dpt punya seronok bangga muka dia.. so doa tu dia tulis sendiri dulu dan dia hafal sendiri.. dan jadi amalan dia..kami latih anak berdoa dari hati.. minta apa u nak.. bgtau Allah apa u rasa.. so setiap anak2 doa mereka berbeza.. cuma bahagian penting sama.. dan dorg doa ikut bahasa yg dorg selesa.. ikut fahaman dorg.. makin meningkat usia semakin matanglah doa dorg.. so boleh ambil doa ni dan amalkan jugak.. kdg kita suka meminta pd Allah, jarang nak bersyukur dan memuji kebesaran Allah..😢InsyaAllah ada rezeki kami share doa dari sodiq ariq n chantiq pulak..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

 Apa yang diamalkan oleh Johan dan Ozlynn ni memang bagus untuk dicontohi oleh ibu bapa lain. Hidup dalam dunia glamor bukanlah alasan untuk tidak berikan didikan agama yang terbaik buat anak-anak. Semoga apa yang dikongsikan di Instagram mereka dapat memberi manfaat kepada orang lain untuk dijadikan contoh untuk membesarkan anak-anak.

Sumber: Jozlynnhanania

Artikel menarik: “3 Tahun Terasa 30 Tahun Menunggu, Bertahun Tumpang Kasih Anak Orang.” Ika Nabella Nak Lebih Banyak Zuriat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI