Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Bahagialah Ikut Cara Kita, Dahulukan Pasangan & Anak. Baru Rezeki Makin Dekat

Bahagialah Ikut Cara Kita, Dahulukan Pasangan & Anak. Baru Rezeki Makin Dekat

Pernah tak kita mengalami situasi di mana ada je duit dalam tangan, lepas beberapa hari kita rasa eh kejapnya habis. Kadang tak perasan pun duit kita tu habis kat mana.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, ada anak lebih seorang, sesekali risau juga. Bukan apa takut tak cukup duit untuk keperluan keluarga.

Bagaimana kita nak pastikan rezeki yang kita peroleh tu sentiasa mengalir dan cukup untuk seisi keluarga. Perkongsian dari Abu Hurairah Asifa ini cukup bermakna.

Bahagialah Ikut Cara Kita, Dahulukan Pasangan & Anak. Baru Rezeki Makin Dekat

Ada satu masa, saya buntu nak cari duit macamana. Anak dari seorang, dah bertambah dan sekarang empat. Kos sara hidup yang makin meningkat, amat memeritkan.

Setiap pagi sampai migrain memikirkan semua. Tak tahu dah buat apa. Satu hari, saya telefon mak. Saya mengadu tentang hal ini. Saya seperti tak tahu dah nak buat apa.

Mak pesan begini,

1. Rezeki Allah ni, dia seluas bumi Tuhan yang kita duduk ini. Kalau kita lihat tingginya langit, begitulah rahmatNya yang luas. Kalau kita lihat tanah dan bukit serta gunung ganang yang besar, begitulah juga banyaknya rezeki yang Tuhan akan beri. Maka, jangan merungut. Jangan putus asa.

IKLAN

2. Sedekah, akan membuka banyak pintu rezeki. Cari orang sapu sampah. Pergi ke tempat berkumpulnya sampah, pasti ada orang tengah mencari rezeki di situ. Bagi dia makan. Bagi dia walau RM10. Lihatlah Allah balas macamana nanti.

Bahagialah Ikut Cara Kita, Dahulukan Pasangan & Anak. Baru Rezeki Makin Dekat

3. Jangan berkira dalam rumah tangga. Siapa ada rezeki lebih, hiburkan pasangan. Hiburkan anak-anak. Mereka itu semua sumber keberkatan dalam rezeki kita. Tak boleh bagi harta, bagi jiwa. Bagi bahagia. Kongsikan semua itu dengan anak-anak dan pasangan.

4. Pilih satu hari, transfer je berapa nak bagi. Ada simpan kan nombor akaun mak ayah? Ada simpan kan nombor akaun adik beradik? Ada baki RM5? Transfer je. Ikutlah berapa rasa yang mampu. Contohnya hari jumaat je transfer pada sesiapa, niat sedekah. Itulah yang akan menambah bekalan dan kekuatan pada diri.

IKLAN

5. Jagalah sembahyang di awal waktu. Di atas waktu. Belajar tinggalkan dunia, dan utamakan Tuhan dalam setiap hal. Semuanya bermula dari sembahyang. Pertahankan sembahyang berjemaah. Itulah kekuatan bagi yang lemah.

Akhirnya, saya buat semua ini setiap masa dan waktu. Saya usaha. Saya tak mencuba, saya paksa. Kadang, hingga merangkak nak lawan nafsu dan sifat malas.

Hinggalah, Allah tunjukkan kasih sayangNya. Dengan jualan ribuan di setiap bulan.

Bahagialah Ikut Cara Kita, Dahulukan Pasangan & Anak. Baru Rezeki Makin Dekat

IKLAN

Allahuakbar! Dan, benarlah. Di penghujung jalan buntu dan tak tahu itu, rupanya adalah jalan pembuka bagi semuanya.

Allah mudahkan satu-satu. Allah mula bagi satu, dua hingga beribu. Allah nak kita belajar satu. Namanya percaya. Percaya itulah kekuatan. Yang memberikan kita power untuk melangkah lebih jauh.

Untuk dapat sesuatu, kita wajib memberi dahulu. Itulah yang Allah mahu. Dan, benarlah.

Dari satu jadi beribu. Dari beribu semuanya datang dari yang satu. Dari Allah, Tuhanmu. Juga Tuhanku.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI