Ketika seseorang wanita itu disahkan hamil, hormon di dalam tubuhnya mulai berubah. Apabila ini berlaku, kadangkala ia memberi efek terhadap kulit si ibu. Begitu juga dengan ibu selepas melahirkan, kulit mungkin akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Lebih teruk lagi, sesetengah wanita hamil mungkin akan mengalami masalah jerawat yang serius atau kulit gelap pada bahagian pelipat.

Sesetengah masalah kulit akan berhenti selepas si ibu melahirkan bayi. Ada juga yang berlanjutan sehingga beberapa bulan selepas bersalin. Bagi wanita mengandung yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, terdapat beberapa makanan semula jadi yang boleh diamalkan dari awal kehamilan bagi memastikan kulit mendapat nutrisi yang secukupnya.

ANGGUR

Buah anggur baik untuk kesihatan kulit kerana ia mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi di dalamnya. Ia dikatakan dapat menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan antioksidan yang tinggi. Kebaikan bahan ini adalah untuk melembapkan kulit serta melindunginya daripada radikal bebas. Mengalamkan buah anggur juga baik untuk melambatkan proses penuaan.

AVOKADO

Biarpun buah ini kaya dengan lemak, tetapi ia baik untuk kulit. Kandungan vitamin E dan C di dalam buah ini dapat menjaga kulit agar sentiasa lembap dan sihat. Vitamin C dapat membekalkan kelembapan kepada kulit agar tidak menjadi kering dan bersisik. Selain itu, pengambilan avokado secara konsisten dapat membantu mencerahkan kulit secara sihat.

UBI BIT

Tidak ramai yang mengenali ubi bit. Sebenarnya ia sangat baik kerana mampu menambah sel darah merah serta membantu menyegarkan kulit. Ubi bit mengandungi kalsium magnesium, vitamin A dan E serta kalium.

KELUARGA BUAH BERI

IKLAN

Jika diperhatikan banyak suplemen untuk kulit dihasilkan daripada ekstrak buah beri. Ini kerana kandungan vitamin C serta bahan antioksidan yang tinggi di dalam buah-buahan beri ini. Ia melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kanser serta membantu untuk melembutkan kulit.

Baca Artikel Ini: [Malu Perut Menggeleber & Buncit Lepas Bersalin. Lakukan Cara Ni Tanpa Mudaratkan Diri]

EPAL

Bagi ibu hamil atau selepas bersalin yang mahukan kulit kembali tegang, bolehlah mengamalkan epal. Semasa hamil pengambilan epal dapat mengurangkan kewujudan kesan regangan. Jumlah antioksidan di dalam buah epal dapat mengetasi masalah kulit kering serta kedutan.

TOMATO

IKLAN

Buah tomato sangat baik untuk mata. Selain itu, kandungan likopen di dalamnya berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit. Sekiranya tidak dimakan pun, jika dijadikan pupur wajah, tomato dapat membantu menanggalkan sel kulit mati serta bintik hitam pada wajah.

Baru Bersalin? Ini Tip Buat Anda: [Elak Guna Wet Wipes! Ramai Yang Terlepas Pandang Adab Mandikan Bayi Baru Lahir]

Bagi ibu hamil yang mahu merehatkan kulit, anda boleh cuba pupur tomato dan timun ini. Pupur ini juga bertindak untuk mengecilkan liang pori pada wajah. Cara untuk menghasilkannya juga tidak sukar:

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji tomato ranum

IKLAN

1/4 batang timun

CARA MEMBUAT:

  1. Basuh bersih tomato dan timun. Kemudian dikisar kasar.
  2. Oleskan pada wajah yang telah dibersihkan terlebih dahulu dan urut dalam gerakan memutar.
  3. Biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air.

KELAPA

Minyak asli dari kelapa dapat memberi kelembapan kepada kulit. Mengamalkan minyak kelapa dara dapat mengatasi masalah regangan kulit serta melembutkan kulit secara natural. Jika ibu mengalami masalah rambut gugur, boleh oleskan minyak kelapa agar lebih kuat dan tidak rapuh.

BAYAM

Bayam amat baik diamalkan oleh wanita hamil kerana ia kaya dengan beta karoten,vitamin A, zat besi serta bahan antioksidan. Jika diamalkan setiap hari, ia dapat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah. Selain itu, nutrisi yang terdapat dalam bayam dapat menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan masalah jerawat pada kulit.

Kesimpulannya, tidak perlulah kita terlalu taksub untuk mengambil jalan mudah untuk mencantikkan kulit. Makanlah buah atau sayuran segar untuk membantu mencantikkan kulit secara sihat. Amalkan secara berdisiplin, pasti akan mendatangkan hasil yang menakjubkan!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI