Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu, usahawan dan pengacara, Neelofa akhirnya berkongsi nama anak kedua yang menjadi pilihannya bersama suami, Haris.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini berkongsi nama indah yang dipilih buat putera keduanya iaitu Abdullah Abbas.
“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.
“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih,” tulis Neelofa berkongsi.
Bahkan Neelofa yang kini sedang berpantang dengan khidmat bidan dari Terengganu ini juga turut berkongsi petikan hadis mengapa nama indah itu dipilih buat anak keduanya.
“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.
“Sehingga ada hadith nabi saw bertanya, “Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga. Dan Bilal menjawab,
Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’” (Riwayat al-Bukhari (1149)
“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A
“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas,” ujar Neelofa lagi.
Malah akui neelofa lagi, nama Abdullah turut menjadi pilihannya dan suami kerana nama itu menjadi kesukaan Allah SWT.
Ads
Merujuk hadith:
تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)
Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”. Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ – [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”
Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).
“Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.
Ads
“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya lagi.
Melalui entri tersebut, Neelofa juga turut memuat naik sekeping gambar kedua anaknya, Bilal dan Abdullah yang dipotretnya sebagai kenang kenangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia usahawan ini turut memuji pilihan nama indah buat putera kedua mereka.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu.
Mahu membuat kejutan kepada diri mereka sendiri, penyanyi Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya cukup teruja bila mana jantina bayi kedua mereka yang bakal dilahirkan sedikit masa lagi kini sudah pun diketahui.
Melalui pelancaran video muzik single terbaru berjudul Be Mine semalam, Ayda dan Nabil bakal menimang seorang bayi lelaki.
Difahamkan, Ayda dan suaminya Nabil Mahir sengaja mahukan kejutan dimana jantina bayi kedua mereka hanya diketahui oleh pengarah video muzik berkenaan, Rewan Ishak.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui sebak apabila ‘party popper’ mengeluarkan kertas berwarna biru yang menandakan simbolik jantina lelaki.
“It’s a BOY! Alhamdulillah! Video muzik ‘Be Mine’ dah ada di platform YouTube saya. Please watch!
“Ramai menangis tengok masa sidang media. So lovely! The ending…. Haih… menangis.
“Siapa teka baby boy! You guys betul! Yay! Alhamdulillah sepasang. (Sis tengah pujuk Nabil tutup kilang),” tulisnya semalam.
Terdahulu Ayda dan Nabil sebelum ini mahu membuat kejutan buat diri mereka sendiri dan tidak mahu mengetahui jantina anak mereka sehingga masa yang sesuai.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil yang juga pengacara pada 1 Januari 2021 dan melahirkan Ana pada 21 September 2021 selain dijangka menimbang anak kedua pada hujung tahun ini.
Diam tak diam, cucu kesayangan pengarah dan penerbit, Sheila Rusly, Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun lalu kini sudah pun pandai meniarap.
Diusianya genap empat bulan, anak kesayangan pelakon, Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy itu sudah pandai memusingkan tubuhnya untuk meniarap.
Menerusi Instagramnya, Shiela yang menggelarkan dirinya sebagai Nanna itu turut memuat naik video Bunga yang sedang mencuba untuk meniarap.
“Nanna wanna take every single step of yours with you @bungaelhaq,” tulisnya sambil berkongsi tanda pagar alhamdulillah sebagai tanda syukur di atas perkembangan cucu kesayangannya itu.
Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Sheila, Bunga dilihat cukup selesa memusingkan badannya untuk meniarap.
Malah si comel Bunga juga mempamerkan wajah penuh tenang ketika berjaya meniarap dengan baik. Satu pencapaian yang cukup baik, seiring usianya empat bulan.
Dalam pada itu, video Bunga yang mencuba meniarap lebih awal turut dikongsikan di Instagram anak kecil itu oleh kedua ibubapanya.
Tidak hanya pandai meniarap, bahkan melalui beberapa perkongsian video yang turut dikongsikan di Instagram Bunga, si comel Bunga juga cukup ramah ‘mengomel’, lebih-lebih ketika diagah oleh Nanna dan ibu ayahnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memuji akan perkembangan pantas Bunga yang sudah pandai meniarap.
Terdahulu, Bunga Elhaq yang selamat dilahirkan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital swasta sudah pastinya menjadi pelengkap bahagia kehidupan Sheila sekeluarga.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Dunia pernah digemparkan dengan kelahiran bayi kembar sembilan pada tahun 2021. Kesembilan anak comel itu kini semakin membesar dan kesemua mereka baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran keempat.
Detik bersejarah itu terus menjadi perhatian kerana kelahiran mereka diiktiraf sebagai antara pencapaian paling luar biasa dalam sejarah perubatan moden.
Ibu mereka, Halima Cisse, wanita berusia 29 tahun dari Mali, sebelum ini mendapat perhatian global apabila berjaya melahirkan sembilan bayi serentak.
Beliau yang bergelar pemegang rekod dunia sebagai ibu kepada anak paling ramai dalam satu kelahiran, sekali lagi menarik perhatian apabila memuat naik beberapa gambar kenangan kehamilannya di Instagram.
Halima dan suaminya, Abdelkader Arby, baru-baru ini meraikan ulang tahun keempat kesembilan anak mereka pada Mei lalu. Pasangan ini, yang dikenali sebagai Nonuplets Mali, mencatat sejarah apabila kesemua bayi berjaya diselamatkan walaupun bukan hasil kandungan kembar semula jadi.
Untuk mengimbau kembali detik istimewa itu, mereka berkongsi momen penuh nostalgia bersama lebih 57,000 pengikut di media sosial dengan memuat naik foto-foto lama yang merakamkan perjalanan luar biasa keluarga mereka.
“Kenangan yang tidak dapat dilupakan empat tahun lalu.
“Inilah antara gambar-gambar istimewa dan jarang dilihat, sejurus selepas kelahiran permata hati kami di dalam inkubator kecil masing-masing, serta sekeping foto berharga semasa kehamilan luar biasa Halima.
“Kami sangat bersyukur atas sejauh mana kami melangkah serta sokongan yang tidak putus-putus sejak dari awal lagi. Terima kasih kepada semua yang bersama kami sejak hari pertama,” kata pasangan itu.
Pada 4 Mei 2021, Halima selamat melahirkan sembilan bayi melalui pembedahan ketika kandungan berusia 30 minggu iaitu 10 minggu lebih awal daripada tempoh normal. Bayi-bayi itu terdiri daripada empat lelaki: Mohammed VI, Elhadji, Oumar dan Bah; serta lima perempuan: Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou.
Ketika dilahirkan, berat setiap bayi hanya sekitar 0.5 hingga 1 kilogram. Kejayaan ini akhirnya mencatat sejarah dunia apabila kesemua nonuplets selamat, seterusnya menerima pengiktirafan Guinness World Records.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.