Tahukah anda bahawa dapur di rumah ada boleh menjadi ‘farmasi’ segera sekiranya anda sekeluarga mengalami penyakit ringan tertentu. Sama jugalah halnya dengan ibu hamil. Memandangkan bahan-bahan ini adalah semula jadi, maka ia lebih baik berbanding ubat-ubatan lain.
Apabila ada lima bahan ini di dapur rumah setiap masa, jadi anda dengan mudah membuat langkah pencegahan atau rawatan awal jika berlaku serangn penyakit. Malah, memandangkan ia turut dikenali sebagai superfood, maka bolehlah anda mengamalkannya secara rutin demi memastikan diri dan kandungan kuat
Bawang putih
Daripada sudut kesihatan, bawang putih terkenal sebagai bahan yang dapat menguatkan sistem imun tubuh. Jika anda mengalami masalah batuk dan selesema, inilah bahan yang patut digunakan. Ia sangat berkesan!
Antara lain ia turut membantu anda menyihatkan tulang, menstabilkan gula dalam darah kerana ia dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetes.
Halia
Sangat efektif melegakan masalah loya ketika fasa morning sickness yang kemungkinan anda alami semasa hamil.
Ads
Malah, ia membantu melegakan masalah sakit otot dan sengal badan. Selain itu, ia dapat menolong mengurangkan kandungan gula dalam darah dan masalah angin dalam badan.
Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Ia juga membantu melegakan masalah sembelit dan pada masa yang sama menyingkirkan toksik daripada dalam tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.
Ads
Jika anda demam semasa hamil, lemon dapat membantu merawatnya. Hal ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.
Madu
Ia turut bertindak sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi, dapatlah anda melaksanakan tanggung jawab harian dengan efisyen.
Ads
Madu juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Amalan memakannya setiap hari dapat menguatkan tubuh dan mengelakkan diri anda daripada mudah dijangkiti penyakit.
Antara lain, madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses penghadaman dengan lancar sekiranya anda mengalami sembelit semasa hamil.
Untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur terutamanya di akhir trimester kehamilan, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semula jadi.
Cuka epal
Cuka epal juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit yang anda alami. Campurkan sesudu kecil madu bersama sesudu kecil cuka epal ke dalam segelas air kosong. Minum setiap kali sebelum waktu makan.
Amalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu anda menigkatkan kecergasan tubuh kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung di dalamnya sangat berkesan dalam menghilangkan rasa keletihan badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baharu minggu lepas ibu cantik ini berkongsi fotonya sedang bersolek kerana sentiasa mahu menjaga penampilan di hadapan suaminya. Kelmarin dia berkongsi sebuah status di laman Instagramnya yang memberitahu tentang majlis pengumuman jantina bayi dalam kandungannya.
Buat masa ini, pelakon yang pernah menjayakan filem Nasi Tangas suatu masa dahulu masih tidak bersedia untuk berkongsi tentang jantina bayinya. Dia lebih selesa untuk merahsiakan terlebih dahulu dan jika tiada aral melintang, pengumuman mungkin akan dibuat pada bulan Jun atau Julai nanti.
Persediaan menyambut anak kedua lebih sederhana. Masih banyak barangan bayi anak sulungnya yang tidak digunakan, jadi itu semua untuk anak keduanya pula. Pelakon ini yang dijangka akan bersalin pada bulan Ogos berkongsi rasa teruja untuk menimang cahaya mata kedua.
Apabila ditanyakan tentang hal berpuasa ketika sesi fotografi bersama Pa&Ma, Shima memberitahu dia akan berpuasa selagi mampu. “Urusan kehamilan saya dipermudahkan ketika saya mengandung anak sulung. Saya dapat berpuasa penuh. Saya harap tahun ini juga sama,” terang Shima.
Tak sabar pula Pa&Ma nak tahu jantina bayi Shima. Kalau Anzalna mengandungkan anak lelaki, bagaimana pula agaknya dengan Shima? Sama-sama kita nantikan pengumumannya!Tida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ainul Aishah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sekian lama menanti, akhirnya berita gembira itu dikongsikan Ainul menerusi Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Segala puji bagi Allah. Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan kami.
“Terima kasih Allah kerana memberikan rasa degupan jantung ajaib ini bersama-sama dengan saya.
“Saya sentiasa mahu jadi seorang ibu sejak lama dulu tapi saya tak tahu sama ada saya ada rezeki untuk hamil.
“Saya gembira sangat bila tahu saya hamil. Saya percaya perancangan Allah untuk saya dan suami,” katanya berkongsi.
Malah menerusi entri itu juga kata Ainul, dia dan suami cukup teruja malah seakan tidak sabar untuk bertemu buah hati mereka yang dinantikan sekian lama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi ibu dan ayah dan kami tak sabar untuk bertemu anak sulung kami,” katanya lagi.
Menerusi hantaran itu juga Ainul turut video kejutan buat keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Bakal ibu ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya lancar dan dipermudahkan.
“Semoga bayi kami nanti dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat. Mohon doakan perjalanan kehamilan saya lancar hingga bersalin nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Ainul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khalid Redzuan pada September 2022. Pasangan ini kini menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.