Pasti ramai ibu bapa yang tahu mengenai ubat paracetamol. Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam. Namun jika diambil dalam kadar yang berlebihan boleh mengundang bahaya.
Sumber: Canva Photos
Tahukah anda bahaya paracetamol jika dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?
Kebiasaannya paracetamol untuk kanak-kanak dalam bentuk cecair atau sirap. Pastikan anda membaca label pada botol persediaan sebelum memberikannya kepada anak anda. Label pada botol persediaan biasanya akan menerangkan dos yang sesuai untuk kumpulan umur kanak-kanak yang tertentu.
Sumber: Canva photos
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi dos ubat mengikut umur anak. Selain itu juga terdapat, Tapi sebenarnya pemberian dos ubat sepatutnya mengikut berat badan anak.
Ads
Tak boleh macamni! Kanak-kanak tidak boleh makan ubat dewasa. Sebab badan kanak-kanak belum matang lagi tidak boleh menerima dos ubat yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang bahaya kepada badan kanak-kanak.
Menurut Dr Kong Sik Lian, penggunaan ubat yang sesuai di dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting kerana bukan semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak dan dos ubat yang sesuai untuk kanak-kanak adalah mengikut berat badan dan jenis penyakit kanak-kanak.
Seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi KKM Antara kesan sampingan dos berlebihan adalah :
Kerosakan hati. Tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut atau abdomen dan kepenatan yang melampau.
Alahan. Kejadian alahan ini jarang berlaku namun jika berlaku, kita perlu perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas. Jika anak anda mengalami simptom ini, sila rujuk doktor dalam kadar segera.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Pernahkah anda mengetahui berkenaan tandem breastfeeding? Bagi mereka yang tidak biasa dengan terma tersebut, tandem breastfeeding bermaksud penyusuan dua kanak-kanak atau bayi pada masa yang sama.
Ini boleh terjadi melalui dua situasi, sama ada seseorang ibu itu menyusukan dua orang anak yang terdiri daripada anak yang lebih dewasa dan bayi yang baru lahir atau menyusukan dua bayi kembar.
Adakah saya perlu menggantikan susu dengan makanan lain bagi anak yang lebih berusia?
Semua pasti tahu, bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi dan anak yang sedang membesar. Kebanyakan ibu akan mula menggantikan susu dengan makanan gantian lain bagi anak yang lebih berusia sekiranya mereka telah mendapat kelahiran baharu. Sebenarnya, kelahiran baharu bukanlah alasan untuk anda menghentikan penyusuan terhadap anak yang lebih berusia.
Anda boleh melakukan tandem breastfeeding dan ia ternyata memberikan kebaikan kepada anda dan juga anak anda. Perlu diingat, bahawa sistem imun kanak-kanak tidak dibangunkan secara sepenuhnya sehinggalah dia berusia dua tahun. Oleh itu, susu ibu perlu terus diberikan kepada anak anda yang lebih berusia kerana ia akan memberikan antibodi yang menyokong imuniti yang sihat. Ini juga bertepatan dengan saranan WHO yang menyarankan agar anak diberikan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga berumur dua tahun.
Adakah terdapat sebarang kebaikan atau keburukan tandem breastfeeding ini?
Setiap apa yang anda lakukan pasti terdapat pro dan kontranya yang tersendiri. Begitu juga dengan tandem breastfeeding, ia mempunyai kesan sama ada berbentuk positif atau negatif kepada kedua-dua pihak, iaitu ibu dan bayi yang disusukan. Berikut merupakan kebaikan dan kelemahan tandem breastfeeding ini.
Kebaikan tandem breasfeeding;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit, mesti ada sesuatu yang tak kena. Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum.
Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu. Seperti perkongsian seorang ibu, Aisyah Hussain, kejadian yang berlaku pada anak lelakinya ini perlu dijadikan peringatan bersama jika anak muntah dan cirit birit dalam jangka masa lama.
Ibu jangan ambil mudah bila anak cirit birit dan muntah!
Muhammad Aisy Syafi’i atau panggilan manjanya si tembun ni masuk hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit birit dan muntah-muntah. Jadi mak ingat biasa je la dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu.
Tapi cirit birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu. Kalau ikutkan lepas seminggu mak ada bawak hospital, doktor dah cek, ambil darah, dia kata tak ada apa dan suruh balik. Bagaimanapun minggu seterusnya masih lagi tak berhenti.
Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus mak bawak ke hospital ditambah pernafasan laju. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat mak ni. Kesian tengok dia, tapi tengok dia macam orang tak sakit, minum macam biasa, muka ok, bawah mata tak hitam, aktif semua ok. Mak tak jangka pulak rupanya penyakit tu serius tau.
Simptom-simptom kat rumah yang mak nampak, demam tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus cair of coz cirit birit kan, then after 2 week najis tu bertukar jadi warna hijau, bukan mak kau hijau eh.
Najis tu pulak bau dia alamak, bau macam bangkai. Seram mak ha. Ingat sebab susu dia. Jadi kalau anak-anak cirit birit najis dah bau macam bangkai refer la ke hospital ye..
Masa dekat hospital check darah semua ok. Terpaksa bagi nap dekat si tembun ni sebab nafasnya laju.
Kalau nak tahu dah dekat sebulan anak cirit birit. Mula-mula masuk wad biasa dan selepas tu dipindahkan ke bilik kuarantin pula. Ini kerana cirit birit ni boleh berjangkit dan sebab itu kena asingkan.
Hari pertama dan kedua masih cirit macam biasa, hari ke 3 dah mula ada darah. Mak dah takut..Apabila doktor datang check, mak cerita la yang najis dia dah ada spot darah. Terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4 pagi tu mak relaks lagi, doktor check boleh senyum lagi sebab result tak keluar lagi kan, masuk tengah hari terus doktor datang bawak result, dup dap dup dap, puan anak puan ni kena jangkitan salmonella.
Masa tu muka bersahaja lagi sebab tak tau tu apa yang sebenarnya. Bila doktor terangkan salmonella tu apa baru gelabah menitik air mata. Part yang boleh menitik air mata tu sebab mak lambat bawa pergi hospital. Sebenarnya doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh bawa mati. Masa ni air mata dah merambu keluar. Takut yak mat..
Sebenarnya doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok sama ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi disebabkan si tembun ni ada perubahan, doktor batalkan.
Mula la anak mak ni bertarung dengan jarum ..boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, bayi apatah lagi.
Sebenarnya jika ibu bapa nak tahu, salmonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah. Lepas tu kita terus pegang anak.
Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak. Sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Dekat situ pun boleh berjangkit, salah satu sebab lagi botol susu tak direbus. Doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain.
Kenal apa tu kuman salmonella
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.
Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu-ibu tolong alert ye.
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lagi doktor ambil najis untuk pastikan kuman ada lagi ke tidak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Mak lega sangat. Hari ke-11 dah discharge. Berkampung la mak kat hospital 11 hari.
Bagi ibu yang ada anak kecil kena sentiasa peka dan mesti lebih sensitif. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena basuh tangan selalu, pegang apa pun sebelum pegang bayi mesti basuh tangan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat Angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang selamat menyambut kelahiran bayi ketujuh mereka semalam.
Menerusi beberapa perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, anak ketujuh mereka yang merupakan seorang bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.98kg.
Sembilan bulan menanti kelahiran anak ketujuhnya, Dr Sheikh Muszaphar dilihat cukup teruja dan bahagia kala bertemu dengan buah hati terbarunya.
Menerusi entri terbarunya, bapa penyayang ini turut berkongsi nama yang cukup indah buat putera mereka.
“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Demi cinta pada Nabi kita yang terakhir.
“Tapi anak-anak mahu beberapa nama lain. Noah mahu Ibrahim. Tasha suka Isaac. Adam nak Adam Junior.
“Eusoff & Emelia tak kisah apa-apa nama. Hanya Bella yang setuju dengan nama pilihan ni. Masing-masing ada citarasa yang berbeza.
“Mari panggil dia Sheikh kecil buat masa ini,” kongsinya lagi.
Semalam Dr Sheikh mengumumkan kelahiran bayi comel mereka yang dilahirkan di sebuah hospital di Damansara.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat.
“Terima kasih semua atas doa,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut mempunyai dua pasangan kembar, Adam dan Noah serta Emelia dan Eusoff.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.