Minum air gula oleh ibu mengandung antara prosedur yang biasa dilakukan untuk  pemeriksaan gula dalam darah. Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah.

Mungkin bagi sesetengah ibu ia dianggap biasa tetapi untuk ibu yang tak boleh nak minum habis atas sebab tertentu pasti akan rasa risau. Lagi-lagi dalam keadaan diri yang sedang alahan di mana apa saja makanan yang masuk akan dimuntahkan.

Ibu yang nak dapatkan tip minum air dengan mudah, pengalaman Puan Nana Ismail mungkin boleh dijadikan panduan.

Seperti pengalaman Puan Nana sendiri, masa mengandung anak pertama bebas kencing manis, namun untuk anak kedua tersangkut pula.

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

Perjalanan Kehamilan Sepanjang GDM On Diet 

Siapa sangka, pregnant kali ke-2 boleh lekat pula kencing manis walaupun pregnant masa tu tak suka manis-manis.

TIPS UNTUK MINUM AIR GULA
Geng mak-mak boleh guna kaedah minum melalui straw. Tapi straw tu kena bawa sendiri la. Masukkan straw dalam cawan, sedut biar terus ke anak tekak dan terus telan. Sekali sedut senafas telan-telan, lepas tu ambil nafas dulu biar relaks-relaks.

Kali kedua, sedut senafass je sampai habis. Minum melalui straw BOLEH ELAKKAN air gula tu daripada bermain dalam mulut, terkena lidah & celah-celah gigi.

Lepas selesai minum air gula, sila minum air kosong 1-2 kali telan je untuk bilas anak tekak. Kalau biarkan, itu yang nak rasa LOYA.

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

IKLAN

TIPS AMIK BACAAN BSP
Bacaan BSP yang cun sebelum breakfast mesti bawah daripada 5.0. Bacaan BSP lepas lunch & dinner pula cun bila bawah 6.7

Biasa seminggu sebelum tarikh untuk amik bacaan BSP, nana akan mula control pemakanan dan gula.

CONTOH,
Esok pagi tu nak ambil BSP, sehari sebelum tu nana akan stop makan pada jam 6-7 malam. Cuma minum air kosong je pada malam tersebut.

Cara ni untuk dapatkan bacaan sebelum breakfast bawah daripada 5.0. Jadi bila ambil bacaan SELEPAS BREAKFAST, tak adalah melambung sangat.

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

Menu breakfast setiap kali nak amik BSP
Roti wholemeal 2 keping (plastik hijau)
Air suam 1 gelas
Menu lunch & dinner biasa nana amik yang stim / bakar / rebus . Elakkan makan kicap ye. Minum air kosong jee.
Buah-buahan biasa nana skip je untuk hari amik bacaan BSP tu.
Menu dinner ambil macam breakfast @ lunch je. Nasi memang 1 senduk je.

Pendek kata, sepanjang hari tiada pengambilan gula langsung. Lepas settle amik 4x BSP, bancuh la milo secawan untuk tenaga.

IKLAN

Bacaan nana selalu amik 2jam setengah lepas makan. Doktor kata jangan lebih 3-4 jam pula.

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

INFO untuk ibu GDM on diet

Normally kita boleh bersalin ikut due date masing-masing tapi TAK BOLEH lebih tarikh laaa.
Semua tu bergantung pada baby juga. Kalau terbesar lebih dari weeks atau baby kecik, kena bersalin awal lah.

Bila dah bersalin, kalau ibu tak ada masalah boleh keluar wad je. Tapi anak akan ditahan 24jam untuk pemantauan.

Jadi kena bawa tisu basah 1 pek besar dan pampers banyak sikit sebab nurse akan minta. Ibu boleh je request untuk stay dengan baby, kalau ada kekosongan. Jadi kita boleh terus breastfeeding anak.

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

IKLAN

MINUM AIR GULA LAGI!

Lepas 6 minggu dari tarikh bersalin, WAJIB pergi minum air gula yeee. So sila take noted hal ni. JANGAN ABAIKAN!

Biasa ada yang kena kencing manis sepanjang pregnant, lepas bersalin akan hilang. Ada juga yang akan sangkut terus. Jadi bayangkan kalau ANDA ambil mudah hal ni, kita kekal kencing manis tanpa sedar.

Jadi boleh lah whatsapp nurse yang jaga kita sepanjang pregnant tu, tanya bila tarikh nak minum air gula lagi.

Tips : nurse akan suruh puasa pada jam 10 malam sehari sebelum minum air gula. So nana akan stop makan petang tu jugak. Malam minum air kosong je.

Sepanjang berpantang kena amalkan pemakanan sihat dan kawal gula juga untuk elakkan kita sangkut kencing manis.

Kesimpulannya, alhamdulillah nana dah minum air gula selepas 6 minggu bersalin. Results NORMAL dan bebas kencing manis dah.

Kredit: Nana Ismail

Elak Muntah Minum Air Gula & Diet Untuk Bacaan BSP, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI