Bahaya ganjaran gajet pada anak yang ramai mak ayah tahu tapi buat-buat tak tahu. Mungkin diperingkat awal kita tak perasan tapi lagi dibiarkan kesannya lagi teruk.

Contoh situasi yang sering berlaku adalah ketika sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga yang masing-masing mempunyai anak yang berbeza umur.

Ibu bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.

Situasi lain pula, ibu bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggi. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka “alahai anak aku”. Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai, anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja.

Bahaya Ganjaran Gajet Pada Anak Yang Ramai Mak Ayah Tahu Tapi ‘Buat-Buat Tak Tahu’

Ads

Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect! Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab.

Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!

Ibu bapa… tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila “reward” diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, ia telah memberi kesan negatif kepada anak. Antara 3 kesan negatif:

Ads
  1. Anak menjadi kurang sabar. Kerana selalu menonton kartun/animasi yang mempunyai pergerakan laju. Mereka akan melihat pergerakan persekitaran adalah lambat. Jadi bayangkan kehidupan anak yang sentiasa tidak puas dan tiada tumpuan kepada perkara lain selain tab/hp.
  2. Anak akan ketagih dengan tab/hp. Kerana pembinaan minat mereka ke atas dunia maya yang berterusan. Mereka merasakan mereka dapat terus melihat benda baru di sebalik screen. Tetapi kadang2 mereka hanya menonton perkara sama berulang kali. Ini menunjukkan simptom ketagihan. Yes. Bila ketagih, agak sukar dipulihkan. Bayangkan ketagih puting (pacifier), ketagih kopi dan ketagih dadah.

Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca/melukis/bersukan dan lain-lain?

Bahaya Ganjaran Gajet Pada Anak Yang Ramai Mak Ayah Tahu Tapi ‘Buat-Buat Tak Tahu’

Ads
  1. Anak akan membina beberapa sikap negatif (behavior problem). Seperti “degil”, pemarah dan sukar mendengar kata. Ini kerana sejak bayi mereka dibiasakan diberi “reward” tanpa sebab yang sepatutnya. Apabila anak menangis, maka ibu bapa SEGERA memberi tab/hp. Nampak? Nangis (negatif) dapat tab/hp (reward) = sikap negatif kekal. Jadi, kanak-kanak ini terdidik untuk gunakan sikap negatif dapatkan reward.

Jadi ibu bapa/penjaga… fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kpd anak anda?

Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.

Sumber: Juliana Aminah (Terapis Pertuturan-Bahasa)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI