Biasanya ubi kentang yang disimpan terlalu lama bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Bagaimanapun kerana tak mahu membazir, ada sesetengah orang tetap menggunakannya untuk memasak..

Biasanya kebanyakan kita akan memotong bahagian hijau atau tunas tersebut. Namun sebenarnya, ubi kentang  yang bertunas sebaiknya dibuang sahaja. Berikut tip penyimpanan untuk melambatkan kentang bertunas seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.

TIPS PENYIMPANAN KENTANG

Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok dan hanya sebiji 2 sahaja baru nak bertunas. Sebelum-sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.

Bahaya Makan Kentang Bertunas. Ini Tip Simpan Kentang Tahan Lama & Tak Rosak

Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan share sikit tip kentang.

Kentang ini kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.

1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah atau bawang putih kerana bawang ini akan menghasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.

2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul atau jaringan supaya cukup aliran udara.

IKLAN

3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas atau tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan menyebabkan kelembapan udara tinggi dan menjadikan kentang mudah berkulat dan busuk.

4. Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari atau lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas dan berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.

5. Jika tempat simpanan kentang anda agak terang dan kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni atau kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.

6. Sesekali periksa keadaan kentang dan gunakan kentang yang mula bertunas dulu.

Bahaya Makan Kentang Bertunas. Ini Tip Simpan Kentang Tahan Lama & Tak Rosak

IKLAN

Peringatan jangan simpan kentang mentah dalam peti sejuk

Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya:

– Rasa kentang akan jadi lebih manis.

– Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.

– Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM.

IKLAN

– Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi).

Saya simpan kentang dalam bakul dan anyam sendiri sahaja penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong . Boleh cover sikit kentang dengan kain guni atau kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan.

Kredit: Facebook Yatie Eimra ; Sirap Limau

Bahaya Makan Kentang Bertunas. Ini Tip Simpan Kentang Tahan Lama & Tak Rosak

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI