Bahaya paraben kepada ibu hamil, hindari segera! Paraben adalah sejenis bahan pengawet yang paling banyak digunakan dalam produk kosmetik. Paraben ini dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

Paraben ini sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.

Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tak kisah la nama dia methylparaben ke ethylparabel ke atau propylparaben..itu sume adalah sejenis paraben.

Bahaya Paraben Kepada Ibu Hamil, Hindari Segera!
Kredit foto: Pexels

BAGAIMANA PARABEN BOLEH MENJADI PENCETUS KANSER? 

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.

Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara,malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.

Maka berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas daripada Paraben. Memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan Allah. Bagaimanapun, kita perlulah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya semata hendak cantik dengan cepat.

Apakah paraben bahaya untuk wanita hamil? Apa sahaja yang anda gunakan semasa mengandung akan memberi kesan kepada janin anda, anda tahu. Malah doktor sentiasa memberi amaran kepada Mama supaya berhati-hati apabila menggunakan apa-apa. Salah satunya ialah kosmetik yang mengandungi banyak paraben.

IKLAN
Bahaya Paraben Kepada Ibu Hamil, Hindari Segera!
Kredit foto: Pexels

Banyak kajian ke atas manusia dan haiwan telah membuktikan bahawa paraben sangat berbahaya untuk kehamilan. Bukan sahaja semasa mengandung, paraben juga boleh mengganggu keupayaan wanita untuk hamil. Selain itu, paraben juga akan menjejaskan perkembangan janin yang dikandung sehingga bayi dilahirkan dan membesar.

Berikut dikongsikan bahaya paraben kepada wanita hamil.

1. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang
Kajian mendapati wanita hamil dengan kandungan paraben yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi pramatang. Biasanya tanda-tandanya adalah penurunan umur kehamilan, berat lahir rendah, dan penurunan panjang badan.

2. Mengurangkan kesuburan ibu
Wanita yang mempunyai paras air kencing yang mengandungi paraben yang tinggi cenderung mempunyai anak lebih sedikit anak berbanding wanita yang mempunyai paraben yang lebih rendah. Jadi kalau nak cepat cepat zuriat, elakkan kandungan paraben dalam kosmetik.

3. Meningkatkan risiko kematian bayi
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paraben meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan. Ini kerana paraben mempunyai struktur yang sama seperti estrogen sehingga aktiviti hormon dalam badan boleh menjadi huru-hara.

IKLAN

4. Merosakkan fungsi buah zakar lelaki
Sekiranya anda mengandungkan bayi lelaki, kandungan paraben akan mempengaruhinya sehingga dia dilahirkan dan membesar. Bayi mama akan mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi yang akan merosakkan struktur dan fungsi testis, dan menyebabkan keabnormalan pada sperma apabila mereka dewasa.

Bahaya Paraben Kepada Ibu Hamil, Hindari Segera!
Kredit foto: Pexels

5. Menyebabkan masalah otak bayi
Paraben akan menyebabkan kehamilan pramatang. Disebabkan ini, ia akan menimbulkan masalah pada otak bayi kerana tumbesaran janin dalam perut masih belum sempurna.

6. Meningkatkan risiko bayi autisme
Paraben mempunyai struktur yang hampir sama dengan hormon estrogen. Menurut penyelidikan Universiti Cambridge  peningkatan aktiviti estrogen semasa kehamilan boleh mengembangkan potensi autisme.

7. Tingkah laku sosial kanak-kanak terganggu
Bayi yang dilahirkan dan terdedah kepada paraben akan menyebabkan gangguan hormon pada kanak-kanak berkaitan interaksi sosial, pembelajaran dan ingatan pada bayi. Apabila anak-anak besar, mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang lain dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.

IKLAN

Jadi wanita terutamanya ibu mengandung, semak dulu kandungan produk penjagaan sebelum membeli. Biasanya paraben mudah didapati dalam produk pelembap, pewarna kuku, sabun, deodoran, ubat jerawat, pelindung matahari, krim anti penuaan dan sebagainya. Berhati-hati sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si kecil dalam kandungan.

Sumber: Nurasykin Ali

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI