Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka. Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.

Bahaya Tangguh Untuk Vaksin Anak! Mereka Akan Mudah Terdedah Dengan Penyakit Berbahaya

Jangan menolak atau menangguh vaksinasi anak anda, kerana:

IKLAN

1. Kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan

Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit. Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi. Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawat kanak-kanak yang tidak divaksin.

Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan. Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.

IKLAN

Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain. Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain). Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit. Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.

2. Kesan jangka masa panjang terhadap sosial

IKLAN

Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit. Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain. Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.

Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain. Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya. Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak. Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa untuk menolak atau menangguh vaksinasi. Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.

Sumber:Hello Health

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI