
Di saat ramai ibu bapa sedang bimbang dengan penularan Influenza A, seorang ibu ini pula diuji dengan penyakit lain yang lebih menakutkan.
Menerusi perkongsian di Facebook, ibu kepada Amatul Zahidi ini berkongsi kisah menyayat hati tentang keadaan anaknya yang diserang penyakit HSP (Henoch-Schönlein Purpura) sejenis penyakit radang saluran darah kecil yang jarang berlaku tetapi boleh membawa komplikasi serius.
Dengan nada sebak dan penuh kerisauan, ibu ini menulis:
“Disaat sibuk dengan INFLUENZA A, saya sibuk dengan penyakit serang kakak.
Di sini saya sharekan sikit yang anak saya alami.
HSP macam biasa-biasa, tapi boleh buatkan pesakit tak boleh berjalan.
Hancur remuk hati, yang asalnya sihat nak demam pun susah sekali kena macam ni.
Tapi ni semua ujian untuk keluarga saya.
Baru dua hari lepas keluar hospital, sekarang masuk balik hospital.
Ingatkan dah baik rupanya belum.
Haritu boleh lagi berjalan, sekarang nak berpijak pun tak boleh.”
Penyakit HSP ialah penyakit radang saluran darah kecil (vasculitis) yang biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun. Radang ini menyebabkan saluran darah bocor, lalu darah keluar sedikit di bawah kulit, usus atau buah pinggang. Selalunya HSP bermula selepas jangkitan seperti selesema, batuk, atau sakit tekak. Ia bukan penyakit berjangkit, tapi reaksi imun tubuh terhadap jangkitan.
Menurut ibu ini lagi, semua simptom di atas dialami oleh anaknya.
“Ni semua simptom yang kakak alami.
Penyakit ni RARE tapi boleh membahayakan.
Doakan anak saya, Wan Khairunnisa Husna, sihat dan sembuh seperti sediakala.”
Doa orang ramai terus mengiringi keluarga kecil ini. Semoga adik Wan Khairunnisa Husna diberi kesembuhan segera dan semoga ibu ayahnya terus kuat menghadapi ujian ini.
Sumber: Amatul Zahidi