Ibu bapa bayi terbabit gagal mendapatkan doktor di pusat kesihatan kerajaan di Bichua dan terpaksa mendapatkan rawatan di kedai ubat tempatan - Foto: Agensi
Tragedi menyayat hati menimpa sepasang suami isteri apabila bayi perempuan mereka berusia lima bulan, Ruhi Minote, meninggal dunia selepas diberi minum sirap batuk herba yang dibeli dari sebuah kedai perubatan swasta di pekan Bichua.
Kejadian yang berlaku pada pagi Khamis itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila sirap batuk herba sekali lagi menjadi punca kematian bayi, selepas beberapa kes serupa dilaporkan bulan lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, ibu bapa Ruhi pada mulanya gagal mendapatkan rawatan di pusat kesihatan kerajaan berhampiran. Mereka kemudian mendapatkan rawatan di sebuah kedai ubat tempatan, Kurethe Medicals, yang memberikan beberapa paket ubat dan sebotol sirap batuk herba untuk diminum oleh bayi berkenaan.
“Pada mulanya keadaan anak saya kelihatan bertambah baik, namun semakin teruk keesokan harinya. Bila kami bawa ke pusat kesihatan komuniti pada Khamis, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata bapa mangsa, Sandip Minote dengan nada sebak.
Bahaya Sirap Batuk Herba Yang Tidak Diuji Secara Klinikal
Daerah Bichua sebelum ini pernah menjadi tumpuan negara apabila sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak maut akibat kegagalan buah pinggang akut selepas mengambil sirap batuk herba tercemar bulan lalu. Kes terbaru ini sekali lagi membuka mata ramai tentang bahaya ubat yang tidak diuji dan disahkan secara saintifik.
Ads
Ketua Balai Polis Bichua, Satish Uikey, memaklumkan dua lelaki yang mengendalikan kedai ubat tersebut kini sedang disoal siasat. Semua ubat di kedai berkenaan telah dirampas dan dihantar untuk diuji oleh Jabatan Makanan dan Ubat-Ubatan serta Jabatan Kesihatan negeri.
“Jika terbukti ada unsur kecuaian, tindakan tegas akan diambil,” ujarnya.
Kedai ubat tersebut juga telah ditutup sementara bagi tujuan siasatan lanjut.
Ads
Gambar Hiasan
Ibu Bapa Perlu Lebih Peka: Jangan Ambil Mudah Soal Ubat Anak
Pakar perubatan menegaskan bahawa bayi bawah usia dua tahun tidak sepatutnya diberi sebarang ubat batuk atau selesema tanpa nasihat doktor. Ini kerana sistem hati dan buah pinggang bayi masih belum matang untuk menapis bahan kimia atau herba tertentu yang mungkin toksik.
Dr. Aina, Pakar Pediatrik, menjelaskan bahawa walaupun ubat herba sering dikatakan “semula jadi”, tidak semua bahan herba selamat untuk bayi.
“Ramai ibu bapa menyangka ubat herba tidak berbahaya kerana dibuat daripada tumbuhan, tetapi hakikatnya ada bahan yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang bayi,” katanya.
Langkah Selamat Bila Anak Batuk Atau Selesema
Sebagai ibu bapa, langkah terbaik ialah memilih rawatan yang selamat, sah dan terbukti berkesan. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah:
Ads
✅ Pastikan anak cukup menyusu – Susu ibu membantu meningkatkan imunisasi semula jadi bayi.
✅ Gunakan wap air suam atau humidifier – Membantu bayi bernafas lebih selesa.
✅ Pastikan bayi cukup rehat dan berada di persekitaran bersih.
✅ Segera ke klinik atau hospital jika bayi menunjukkan tanda sesak nafas, demam tinggi atau tidak aktif seperti biasa.
Kematian kecil seperti Ruhi bukan sekadar satu angka dalam laporan berita. Ia satu peringatan besar untuk semua ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memberikan ubat kepada anak kecil.
Setiap titisan ubat yang diberi mesti dipastikan selamat, berdaftar dengan KKM dan sesuai dengan usia bayi. Jangan kerana mahu anak cepat sembuh, nyawa si kecil pula yang menjadi taruhan.
Kesimpulan: Lindungi Anak Daripada Bahaya Sirap Batuk Herba
💔 Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih peka dan berhati-hati dalam menjaga amanah paling berharga iaitu nyawa anak kecil kita. Elakkan penggunaan sirap batuk herba yang tidak diuji klinikal, dan sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum memberi sebarang ubat kepada bayi.
Pelakon, Catriona Ross meluahkan rasa syukurnya apabila melihat perkembangan terkini anak lelaki autistiknya yang kini sudah pun berusia 13 tahun.
Tidak mudah untuk dilalui namun ia pengalaman paling membahagiakan buat dirinya dalam membesarkan anaknya itu. Begitu kongsi Catriona menerusi Instagramnya.
Bersempena hari lahir anak lelakinya, Jammal Raess yang kini berusia 13 tahun, ibu cantik jelita ini menitipkan ucapan istimewa buat jantung hatinya itu malah sempat meluahkan rasa hatinya sepanjang perjalanan membesarkan Raess.
“Sudah 13 tahun hari ini dan saya masih tertanya-tanya bagaimana masa berlalu begitu pantas. Sekelip mata saja, kini ada seorang lagi remaja di dalam rumah,” luahnya sebak.
Akuinya, perjalanan membesarkan anak autistik bukanlah satu jalan yang mudah.
Bermula pencarian tanpa henti untuk pusat intervensi terbaik serta hari-hari yang dipenuhi persoalan tanpa jawapan. Ia bukan perjuangan satu hari dua, tetapi perjuangan hidup yang penuh kasih dan tekad demi membesarkan Raess.
“Masih segar dalam ingatan saat kami diberitahu dia Autistik. Saya masih ingat pencarian yang tiada kesudahan untuk pusat yang sesuai, malam-malam tanpa tidur, soalan-soalan yang tiada jawapan. Tapi kini, 13 tahun telah berlalu.
“Kata dunia, mungkin dia kurang mampu berbuat segalanya. Tapi bagi kami, dia cukup sempurna. Melalui kaca mata manusia biasa, mungkin sukar memahami seseorang yang tidak berbicara. Tapi Alhamdulillah… for those who truly know him, we understand each other, in ways words could never express.
“Happy 13th birthday, sayang. You are our miracle in motion,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Catriona turut berkongsi sambutan hari jadi Jammal Raess di sekolah bersama rakan-rakan dan guru-gurunya.
Suasana mungkin ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan betapa dia kini membesar dalam dunia yang penuh kasih sayang dari kedua ibu bapa serta insan-insan sekeliling yang sentiasa menyokongnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan menjaga dengan baik dan ikhlas hati sepanjang isteri bersalin, suami kepada pempengaruh, Shahiena Natasya menghadiahkan menghadiahkan loket emas kepada beberapa orang jururawat kerana telah menjaganya sepanjang bersalin.
Momen mengharukan itu dikongsikan oleh Shahiena sendiri menerusi akaun Tik Toknya.
Menerusi video itu, Shaniena dilihat memuat naik video memaparkan suaminya, Choudhry Wasim yang baru tiba di hospital dengan membawa beberapa beg kertas sambil tersenyum gembira.
Menurut Shaniena, beg-beg kertas yang diisi dengan loket emas itu bakal diserahkan kepada para jururawat yang telah menjaganya sebagai tanda penghargaan.
“Bini dia beranak, nurse yang dapat emas.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai malah turut memuji sifat tidak berkira pasangan ini bagi menghargai jasa jururuwat yang menjaga keduanya dengan ikhlas hati.
Tidak hairanlah perkongsian video itu menerima lebih 1,700,000 tontonan dan lebih 73,000 tanda suka.
Sebanyak 72 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup sementara dan menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Oktober ini, sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung di ibu negara.
Langkah ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kelancaran perjalanan program bertaraf antarabangsa tersebut, selain mengelakkan kesesakan jalan raya di laluan yang akan digunakan oleh konvoi pemimpin dunia.
Demi Kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN & Keselamatan Anak-Anak
Menurut Harian Metro, Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek, berkata keputusan menutup sementara sekolah berkenaan dibuat kerana ia berada di laluan utama yang digunakan oleh delegasi dan pemimpin luar negara sepanjang sidang kemuncak berlangsung.
“Pembelajaran akan tetap diteruskan seperti biasa melalui kaedah PdPR yang melibatkan guru dan murid di 72 buah sekolah tersebut,” katanya kepada media selepas menghadiri program Town Hall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli bersama pelajar-pelajar di bawah KPM.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung Oktober ini, dengan kehadiran pemimpin dari Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea Selatan serta negara anggota ASEAN.
PdPR Dua Hari, Ibu Bapa Diminta Bantu Anak Fokus Belajar
Meskipun hanya dilaksanakan selama dua hari, ibu bapa disarankan agar terus memantau pembelajaran anak-anak di rumah dan memastikan mereka mengikuti kelas PdPR seperti yang dijadualkan oleh guru.
KPM menegaskan bahawa PdPR bukan bermaksud cuti, sebaliknya langkah sementara bagi membolehkan pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa menyesuaikan diri dengan situasi luar biasa sempena acara penting negara ini.
Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka boleh menyediakan jadual belajar ringkas atau memantau kemajuan anak melalui komunikasi dengan guru kelas bagi memastikan proses PdPR berjalan dengan lancar.
Peluang Didik Anak Tentang Peranan Malaysia Di Peringkat Dunia
Selain memastikan pembelajaran anak-anak tidak terganggu, tempoh PdPR ini juga boleh dijadikan peluang untuk mendidik anak tentang peranan Malaysia di mata dunia.
Ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak mengenai apa itu ASEAN, mengapa Malaysia menjadi tuan rumah, dan kepentingan kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara. Pendekatan sebegini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan anak-anak, malah menanam rasa bangga terhadap negara sendiri.
KPM Pantau Rapi & Maklumkan Sekolah Terlibat
KPM akan terus memantau serta memaklumkan perkembangan terkini berkaitan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan PdPR ini. Sesi persekolahan dijangka berjalan seperti biasa selepas 28 Oktober, sebaik sahaja Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 selesai.
Langkah ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga keselamatan pelajar sambil memastikan komitmen Malaysia sebagai tuan rumah acara antarabangsa berjalan dengan teratur dan lancar.
Sebagai ibu bapa, marilah kita melihat inisiatif ini bukan sekadar gangguan sementara, tetapi tanda Malaysia bersedia menyambut dunia dengan penuh kebanggaan — sambil memastikan anak-anak kita tetap terus belajar dan berkembang walau di mana mereka berada.
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.