Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak tersayang hilang dari mana. Berita yang merobek jiwa setiap ibu ayah apabila seorang iby didakwa secara tidak sengaja memberi ubat bahaya kepada anaknya. Menurut laporan berita, anaknya berusia 11 tahun maut manakala dua kritikal dalam satu kejadian di Sungai Ramal Baru, Kajang.
Kejadian Di Sungai Ramal Baru, Kajang
Dalam satu kejadian menyayat hati di Sungai Ramal Baru pada Rabu, seorang ibu didakwa tidak sengaja memberikan cecair jenis methadone kepada tiga anak lelakinya. Tindakan itu akhirnya membawa kepada tragedi yang tak mungkin dipadam daripada memori keluarga ini.
Kejadian terbongkar apabila ketiga-tiga kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) menerima mereka sekitar jam 7.50 pagi untuk rawatan kecemasan.
Ads
Namun takdir berkata lain. Seorang daripada mereka, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, disahkan meninggal dunia. Dua lagi adiknya yang berusia sembilan dan lima tahun kini sedang bertarung nyawa seorang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan.
Siasatan Kes Methadone
Polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 9.01 pagi hasil laporan yang dibuat oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.
Ads
Siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berlaku selepas ibu mangsa yang berusia 35 tahun tidak sengaja memberi ubat jenis methadone kepada ketiga-tiga anaknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ads
Masyarakat kini menantikan hasil siasatan penuh pihak berkuasa bagi merungkai motif sebenar kejadian ini. Doa terus mengiringi dua lagi kanak-kanak yang sedang dirawat agar diberikan kesembuhan sepenuhnya.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat.
Perkara ini, yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Februari melalui surat pekeliling ikhtisas (SPI), akan dikuatkuasakan mulai 21 April nanti.
Menurut kenyataan tersebut, kementerian memainkan peranan utama dalam menanam semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan murid dan pendidik.
Lencana Jalur Gemilang hendaklah disemat pada bahagian kanan baju seragam, melibatkan pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi, serta Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
Sebagai negara yang berbilang bangsa, penggunaan lencana ini mengingatkan murid tentang kepentingan memupuk perpaduan yang dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.
“Lencana ini bukan hanya sekadar hiasan, tetapi simbol penting yang perlu dihormati,” katanya.
Katanya, lencana Jalur Gemilang harus dipakai dengan kemas, bersih, dan tidak rosak.
“Lencana Jalur Gemilang yang telah pudar atau rosak perlu diganti dengan lencana yang baharu. Hal ini bagi memastikan lencana Jalur Gemilang dipertahankan dalam keadaan baik.”
Sumber Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang kanak-kanak yang sakit selain dapat bertemu dengan selebriti diminati. Seperti dikongsikan oleh pelawak terkenal Zizan Razak yang berpeluang menziarahi peminat ciliknya, Adik Puteri Nur Zulaikha, 10 tahun di Hospital Port Dickson.
Zizan ke hospital tersebut bagi memenuhi permintaan Puteri yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru. Zulaikha memang sudah lama teringin untuk berjumpa dengan pelakon dan pelawak tersebut.
Puteri terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus. Menurut doktor, keadaan kesihatan adik Zulaikha merosot sejak kebelakangan ini.
Perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon Bulan & Pria Terhebat menerusi Instagramnya itu menunjukkan dia sempat berbual sambil mengisi masa bersama Zulaikha selain sempat membuat panggilan video dengan beberapa selebriti lain seperti Johan dan Aedy Ashraf.
Dalam video itu juga, Zizan tidak dapat menahan sebak ketika Puteri menitipkan doa buat dirinya.
Zizan turut menyeru semua follower mendoakan agar dipermudahkan urusan rawatan Puteri dan semoga diberikan kesembuhan atas penyakit yang dihidapi.
TANGISAN YANG DILUAR KAWALAN
“ Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri.
“Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah.
“Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin.
Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup.
“Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. 😭😭😭😭😭❤️❤️❤️❤️ Amin..,” tulisnya.
Sebelum itu, Zizan juga turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Puteri yang turut mendapat lebih dari 100 ribu tanda suka dan lebih dari 500 komen.
“Harini Zizan datang melawat peminat setia Zizan. Iaitu Puteri Nur Zulaika. Zizan minta semua mendoakan supaya adik puteri sihat dan sembuh secepat mungkin seperti kita semua.
“Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Amin. #zrcharity,” tulisnya lagi.
Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.