Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi. Selain kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.

Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik.

Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.

Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.

BAGAIMANA IA TERJADI

Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.

Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.

MESTI ELAK 5 PERKARA INI BILA KEPALA BAYI BERKERAK!

1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.

2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.

3.Meletakkan bedak di kepala bayi.

4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.

5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.

PETUA CUCI KERAK DI KULIT KEPALA BAYI

Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.

  • Sediakan minyak kelapa, berus rambut bayi dan tuala kecil. Santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan.
  • Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.
  • Lakukan gosokanlembutdi atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.
  • Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.
  • Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadidengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.

  • Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.
  • Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.
  • Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika ia masih berlarutan atau merebak ke muka atau leher anak anda.