Siapa suka bahulu? Nak cuba bahulu yang gebu gebas dan lembut tak? Jom cuba. Yang ni versi wangi harum satu rumah kalau tengah bakar tu.

Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini patut mama cuba. Bagilah kelainan sikit untuk anak-anak. Jika sebelum ni selalu buat kek atau muffin yang berasaskan coklat, kali ni buat pula bahulu pandan ni. Gerenti sedap!

Bahulu Pandan Gebu Gebas, Versi Wangi Satu Rumah. Anak Makan Satu Nak Lagi!

Bahulu pandan gebu

Bahan-bahan:

4 cawan dalam 440g tepung gandum cap ros
(Sangai dalam 15-20 minit api perlahan, ayak kan 2 kali. Masuk dalam 1 bowl mixer ya)
Telur 10 biji gred A atau B
1 sb ovalate
2 sb emolco pandan coconut
1 sb pewarna hijau epal
350-380g gula halus(dalam 1 cawan 1/2-2 cawan)

IKLAN

Cara membuatnya:

Bahulu Pandan Gebu Gebas, Versi Wangi Satu Rumah. Anak Makan Satu Nak Lagi!

1- Mix semua sampai gebu. Masuk sikit-sikit tepung sambil gaul pakai senduk je
atau pakai mixer volume perlahan

IKLAN

Bahulu Pandan Gebu Gebas, Versi Wangi Satu Rumah. Anak Makan Satu Nak Lagi!

2- Dah sebati, masuk dalam paper cup atau acuan bahulu

3- Bakar suhu 170 masa 20-25 minit. Siap dah bahulu pandan gebu kite senang je kan

IKLAN

Bahulu Pandan Gebu Gebas, Versi Wangi Satu Rumah. Anak Makan Satu Nak Lagi!

Boleh jadi kudapan anak-anak di rumah selain buat hidangan minum petang. Mudah dan senang je buatnya!

Kredit: Azlina Ina Fans

Bahulu Pandan Gebu Gebas, Versi Wangi Satu Rumah. Anak Makan Satu Nak Lagi!Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI