Sesekali bosan makan nasi, aneka mi pastinya menjadi pilihan kita. Apa kata kali ini kita cuba ala Chinese pula untuk hidangan keluarga.

Paling senang nak buat, Kue Tiaw Sup Chinese Style ini memang wajib cuba. Jom ikuti perkongsian resipi Shah Shatry.


Hujan-hujan ni, pekena makanan yang berkuah, yang berasap apa nak di katakan. Ketung ketang kat dapoq maka jadi la Kue Tiaw Sup Chinese Style.

Letak pulak cabai kicap bagi banyak sikit, kasi pedas sampai pecah peluh, baru best. Di bawah ni saya sertakan sekali resepinya.

Campak-Campak Terus Siap, Resipi Kue Tiaw Sup Chinese Style Buat Makan Bertambah!

RESEPI KEOW TEOW SUP CHINESE STYLE

Bahan² utk kuah :-
6 ulas bawang putih di ketuk (lagi banyak, lagi sedap)
Air ( ikut kuantiti kuah banyak mana yang kita nak )
Fish ball
Fish cake
Sayur pak choy @ sawi
2 Kiub ayam
Isi ayam ( optional) – Ikut resepi asal, tak letak ayam, tapi saya add on jugak

IKLAN

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan air. Ikut banyak mana kuah yang kita nak.

Bila kuah dah mendidih masukkan isi ayam. Bila ayam dah lembut, angkat kemudian carik-carikkan. Masukkan pula fish ball, fish cake & kiub ayam.

Kemudian masukkan bahan² perasa. Garam & serbuk perasa ( kalau suka ). Bila dah dapat rasa yang sesuai, padamkan api kemudian masukkan sayur pak choy.

Campak-Campak Terus Siap, Resipi Kue Tiaw Sup Chinese Style Buat Makan Bertambah!

Bahan utk minyak bawang putih :
1 labu bawang putih (dipotong dadu)
Minyak secukupnya

IKLAN

Panaskan minyak ( minyak kena byk ye ). Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih hingga keperangan
Bila dah perang boleh angkat.

Bahan cili kicap 1 :
1 labu bawang putih
10 biji cili api
Kicap Manis secukupnya
Kicap masin secukupnya
Minyak utk menumis
Garam, gula

Panaskan minyak kemudian goreng sekejap bawang putih & cili api. Angkat kemudian masukkan bawang & cili tadi ke dalam blender beserta kicap manis & masin & garam serta gula secukupnya. Blend sehingga hancur.

Nak masak sekejap pun takpa, tak masak sekejap pun takpa sebab bawang & cili api tadi dah di goreng dah. Siap!

Campak-Campak Terus Siap, Resipi Kue Tiaw Sup Chinese Style Buat Makan Bertambah!

IKLAN

Bahan cili kicap 2 :
Kicap cair
Kicap manis
Minyak bijan sedikit
Cili potong

Satukan ke semua segala jenis kicap, minyak bijan & cili di dalam mangkuk. Suaikan rasa.

Campak-Campak Terus Siap, Resipi Kue Tiaw Sup Chinese Style Buat Makan Bertambah!

Siap. Boleh la di hidangkan bersama dengan keow teow yang dah di celur dengan air panas, minyak bawang putih, cili kicap & daun sup/daun bawang.

Selamat mencuba!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI