Setiap kali kita menerima pujian atas kebaikan anak kita, dalam tak sedar kita merendah-rendahkan anak kecil kita. Elakkan hal yang semacam ini. Anak kecil juga perasaan dan mudah terguris hatinya.
Hati-hati bila berkata, jangan sampai anak mula hilang keyakinan diri sendiri. Perkongsian seorang ibu, Fatihahsidek ini banyak benarnya. Belajarlah untuk jadi ibu yang lebih positif untuk anak-anak.
Topik: Selalu tak kita merendahkan anak anak bila mereka dipuji orang lain?
Haaa saya rasa benda ni memang dah turun temurun warisan Melayu zaman berzaman. Bila anak anak behave kat rumah orang, atau behave kat depan tetamu and tetamu pun puji.
Kita as parents ni kembang semangku & act bangga je dengan anak anak sebab behave. Tapi.. tapii kita memang dah terbiasa menerima pujian untuk anak dengan
“ ehh tak jugak. Kat depan orang je tu. Kat rumah panggil pun tak menyahut” “ Ehh depan orang je tu. Kat rumah bersepah sepah rumah. Tunggang terbalik meja. Takdelah behave mana pun”
Kononnya nak rendah hati lah. Tak nak lah nampak sangat bangga dengan anak tu. Tapi, secara psikologinya— kita telah merendah rendahkan maruah anak. Kita buka pekung anak anak depan orang lain.
Mungkin kita rasa, anak anak masih kecil. So mereka tak rasa apa apa. Tak segan. Tak kesah. Tapi sebenarnya anggapan kita itu salah sama sekali.
Bila kita rendahkan anak di depan orang lain, 1. Anak anak akan terguris maruahnya. 2. Anak anak hilang confident depan orang lain. 3. Anak anak hilang kepercayaan terhadap kita as parent. Kita tidak melindungi pride mereka seperti mana yang seharusnya.
Ads
So, macam mana nak buat bila ada yang puji anak anak?
Kita boleh je say thanks atau terus mendoakan baik baik untuk anak.
“ Alhamdulillah. Mudah mudahan sampai bila bila lah baik anak anak kita semua ni ya”
Biasa keluar perkataan penat, letih, tak larat dari mulut ibu apabila anak-anak mula menyepahkan rumah atau buat apa sahaja yang mencabar kesabaran ibu bapa. Sebenarnya semua perkataan ini keluar secara spontan dan bukan dengan niat pun. Ingat ya kawal perkataan ini bila dihadapan anak.
Memang diakui menguruskan rumah tangga dengan anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran tinggi. Lagi-lagi bagi wanita yang bekerja dan balik ke rumah pula untuk menguruskan anak.
Kenapa anda dilarang mengeluh penat dihadapan anak-anak? Dikongsikan hasil penelitian oleh Dr. Taufiq Razif
1 – Bila mak ayah mengadu penat, si anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhi mak ayahnya padahal benda ni sangat bahaya pada perkembangan emosi si anak tu.
2 – Emosi anak akan jadi tak stabil sebab si anak akan rasa dirinya cuma beban pada mak ayah dia. Minda separa sedar ( subconscious mind ) si anak akan cuba meringankan beban mak ayah walaupun benda tu boleh bagi mudharat pada dirinya sendiri. Contohnya si anak tu tanpa sedar akan lebih bergantung pada kawan-kawan di luar rumah berbanding mak ayahnya sendiri walaupun pada umur yang masih sangat muda.
3 – Anak kita boleh rasa energi keikhlasan kita sebenarnya. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak pada keikhlasan kita. Mereka akan rasa yang kita ni jaga mereka dalam keadaan terpaksa.
4 – Lebih dahsyat lagi kalau dah timbul perasaan ragu dalam hati anak tentang kasih sayang kita sebagai mak ayah. Anak akan tertanya tanya kenapa dia dilahirkan ke dalam keluarga itu dan kenapa dia dilahirkan sebagai beban, bukan sebagai anak yang memberikan cahaya kebahagiaan.
5 – Anak kita belum mampu menyerap tekanan emosi kita. Bila kita mengeluh penat kepada anak-anak, kita sebenarnya sedang memindahkan beban emosi tu pada anak kita sendiri! Jangan terkejut kalau anak kita pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri kalau kita selalu mengeluh penat pada anak kita sebab tu la akibatnya bila anak-anak kita yang tak bersalah tu terpaksa menyerap beban emosi yang amat berat tu.
Apa nak buat?
Orang yang bertanggungjawab untuk dengar luahan hati kita adalah pasangan kita sendiri! Tolong la educate pasangan kita untuk jadi pendengar yang setia. Antara terapi terbaik jiwa adalah bila masalah kita DIDENGARI pasangan kita sendiri sebab tu la kalau pasangan kita nak bebel, dengarlah sekejap kerana itu tandanya si dia sedang membuat terapi hati!
InsyaAllah pasangan yang pandai mendengar ni akan membuatkan diri kita lebih tenang dan ceria.
Tiga bulan pertama menjaga bayi yang baru lahir banyak cabarannya. Salah satunya adalah kemungkinan si kecil mama kerap berjaga malam dan tidurnya yang kurang lena. Bukan sahaja perlu bangun untuk menyusukan bayi, malah berdepan pula dengan bayi yang tidurnya tak nyenyak.
menurut Konsultan Tangisan dan TIdur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, kaedah, corak dan proses tidur bayi yang berusia 3 bulan ke bawah adalah berbeza daripada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. baru sahaja mengenali dunia, pasti sahaja bayi mama juga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Nak tahu bagaimana caranya untuk tidur baby 0-3 bulan yang lena, ikuti perkongsian Pn Uswatun ini:
Kaedah, corak dan proses tidur bayi newborn 0-3 bulan BERBEZA dengan bayi 4 bulan ke atas.
Ya BERBEZA ya !
Kita tengok bayi newborn pun tak sama dalam banyak hal bila dibandingkan dengan bayi yang lebih berusia.
Jadi, tentulah cara tenangkan dan tidurkan mereka juga lain dan ada cara khasnya.
Berita baiknya, kaedah tidur kan bayi newborn LEBIH straight forward berbanding bayi lebih berusia!
Ini kerana bayi newborn BELUM ada kematangan otak untuk ‘sabotaj’ tidur, buat drama dan tantrum elak masuk tidur, belum lasak : memanjat, naik turun katil serta keluar masuk bilik, serta belum mudah terganggu atau excited dengan suasana sekeliling.
Tapi, bila ibubapa tak tahu cara, 3 bulan pertama boleh jadi tempoh paling sukar mengurus anak
…kerana dalam masa yang sama, ibubapa perlu beradaptasi dengan jadual bangun menyusu hampir setiap 2 jam sekali, badan yang belum pulih sepenuhnya dari proses hamil dan melahirkan serta ibu masih dalam proses membiasakan diri dengan amalan penyusuan ibu.
Jika kita tahu keistimewaan sedekah subuh, pastinya kita tidak akan mensia-siakan waktu berharga ini selain untuk beribadah. Ini kerana dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan. Apa lagi kalau kita sedekah subuh, banyak keistimewaan yang akan kita terima.
Amalkan Sedekah Subuh. Walaupun RM1 Sehari, Malaikat Mendoakan Keluarga Kita
Harta yang disedekahkan sebenarnya tidak akan berkurang, kerana Allah SWT yang akan menganugerahkan kepada orang tersebut kemuliaan, keberkatan dan rezeki yang tiada disangka-sangka.
Begitu juga jika kita ada anak sakit atau ahli keluarga sakit, bersedekahlah. Di sebalik sedekah itu, Allah akan memberi rahmat yang kita tak jangka pun.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Mawaddah MN di facebooknya, ini ganjaran besar yang ramai tak tahu keberkatan sedekah subuh untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Ganjaran Besar Sedekah Subuh
Dari jauh kedengaran abah memanggil nama saya.
Cepat-cepat saya meninggalkan makanan di atas meja. Saya meluru ke ruang tamu tempat abah berada.
“Mari abah nak share ni. Kotlah boleh amal lepas ni.”
Saya mengangguk.
Lalu, abah mengeluarkan sebuah balang. Penuh berisi duit seringgit. Dan ada juga lima ringgit. Semuanya dilipat dua dan disusun dengan rapi dalam balang lutsinar itu.
“Setiap kali lepas Solat Subuh, letak duit niat untuk SEDEKAH SUBUH dalam tabung ni. Tiap-tiap hari, buat. Nanti, cukup masa pergi hantar ke mana-mana tempat yang memerlukan,” abah memulakan sesi perkongsiannya.
Saya mengangguk lagi kemudian memberi sedikit respond.
“Ada kawan fb buat NGO SEDEKAH SUBUH.”
“Haa, bagus tu!”
Kemudian abah menyambung lagi,
“Malam tu selesai buat tahajjud, solat sunat sebelum Subuh, Solat Subuh berjemaah, wirid dan baca Quran. Apabila buat amalan tambahan SEDEKAH SUBUH satu lagi, Insya-Allah akan completelah amalan kita sebelum matahari pagi mula menyinsing.”
“Masya-Allah, Aziiim!”
Saya menuturkan kalimah penuh rasa kehebatan terhadap amalan-amalan soleh sebegitu. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang bermujahadah melakukannya. Dan memberikan kita juga kekuatan untuk mengamalkannya.
Ini motivasi daripada abah saya saat pulang ke kampung halaman selama dua hari. Abah saya memang orang yang tidak lokek dengan nasihat dan idea. Rugilah jika saya perap sendirian. Jika berkongsi, dapatlah juga saya menumpang pahala kebaikan sahabat-sahabat yang turut mengamalkannya.
Siapa yang belum memulakan amalan ini, bolehlah mula mencari sebuah bekas bertutup yang selamat untuk dijadikan tabung SEDEKAH SUBUH.
RM1 Sehari Pun Memadai
Dah setelah ada, mulakan! Jangan lengahkan.
Seringgit sehari pun sudah memadai. Atau boleh juga dipenuhi mengikut rezeki serta kemampuan yang ada. Apa yang jauh lebih penting adalah amalan soleh yang istiqamah dan konsisten diamalkan.
Dalam sebuah hadits Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak mempedulikan amalan berinfaq di pagi hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa: “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)
Jom, sama-sama pasang niat memulakan amalan SEDEKAH SUBUH ini. Rugilah jika kita membiarkan Subuh yang kita lalui setiap hari berlalu tanpa SEDEKAH. Sesungguhnya, ada malaikat yang sentiasa mendoakan orang-orang yang berinfaq di waktu Subuh.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.