Rihana Oksana menyatakan rasa bimbang apabila memikirkan kehidupan seharian anak sulungnya, Tengku Ismail Leon, 4 tahun yang sentiasa dikelilingi wanita seperti nenek, pengasuh, ibu saudara, guru-guru.
“Adakah bagus untuk perkembangan anak lelaki jika membesar dikelilingi wanita?”
“Leon membesar dengan dikelilingi oleh wanita – ibu dan pengasuhnya berada di rumah, nenek dan ibu saudaranya datang melawat. Guru-guru di tadika itu juga perempuan, malah Leo berkawan dengan perempuan – kawan sekolah kegemarannya pun dua orang perempuan berbahasa Rusia dalam kumpulan itu”
Pada awalnya Ratu Cantik Moscow ini bercadang untuk menghantar satu-satunya anak lelaki kesayangan ke sekolah lelaki namun setelah dipertimbangkan dia menukar tempat pilihanya.
Ads
“Jadi saya berfikir untuk menghantarnya ke sekolah lelaki. Saya mempunyai masa yang lama untuk memilih tempat, dan selepas menyemak banyak pilihan, saya menyedari bahawa sekolah untuk lelaki bukanlah pilihan terbaik. Dalam kes ini, kanak-kanak itu akan terhad dalam hubungan dengan jantina yang bertentangan, dan saya, bagaimanapun, membesarkan Leon sebagai seorang lelaki sejati.”
“Leo sentiasa membuka pintu kepada semua gadis, biarkan mereka pergi dahulu, membantu mereka menanggalkan jaket, dan di sekolah lelaki dia tidak akan mempunyai peluang untuk mempelajari adab ini dalam amalan. Dan saya juga akan memberitahu dia bagaimana untuk berkomunikasi dengan wanita sejak kecil!”
Ads
“Jadi keputusan tentang sekolah telah dibuat semalam – Leon akan ke sekolah campuran (untuk lelaki dan perempuan) pada September depan.”
Rihana pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Muhammad V pada tahun 2018 sebelum berpisah pada tahun 2019.
Perasan tak anak kecil anda semakin pandai meniru? Jadi tolong tunjuk dan cakap benda yang baik ya ibu ayah. Bila tiru benda elok tak mengapa risau pula kalau yang ditirunya itu perbuatan yang tak senonoh.
Semua ibu bapa sedia maklum yang anak-anak adalah peniru yang hebat. Mereka akan meniru perkara yang menarik perhatian dan yang mereka henda tahu sangat. Maka tak hairanlah jika ramai orang cakap, bila nak tengok bagaimana sifat diri kita maka lihatlah anak sendiri.
Menurut Lisa Nalven, M.D., Pakar Perkembangan Dan Tingkahlaku Kanak-Kanak di Valley Center for Child Development, Ridgewood, New Jersey menyatakan bahawa perbuatan meniru adalah perkara yang sangat penting dalam tahap perkembangan kemampuan bahasa dan sosial si kecil.
Perlu anda ketahui bahawa perbuatan meniru si kecil biasanya bermula apabila dia berusia setahun. Pada usia ini, anak mula masuk ke tahun-tahun penting dalam tahap perkembangannya. Mereka akan menyerap segala nilai-nilai atau kebiasaan yang berlaku di rumah dan persekitarannya. Maka ibu bapap mesti boleh menunjukkan nilai-nilai baik kepada anak.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh pakar, kita dapat buat kesimpulan betapa pentingnya peranan ibu ayah menjadi contoh yang baik kepada anak kerana melalui pengaruh anda berdua perkembangan karektor dan keperibadian anak dapat berlaku dengan baik.
Berikut adalah tips yang anda boleh buat supaya perbuatan meniru si kecil boleh memberi pengaruh baik pada peribadinya.
1. Jadi role model yang terbaik pada anak
Bila anda mempunyai anak kecil di rumah bererti anda sedang berada dalam pengawasan anak-anak. Maksudnya anak anda akan memerhati dengan teliti segala apa yang anda lakukan di rumah. Jadi anda perlu tunjukkan kelakuan yang terbaik.
Selama si kecil berada dalam tahap penting perkembangannya, iaitu apabila dia masuk umur setahun, sangat penting untuk menunjukkan sikap dan perilaku terbaik dari diri anda.
Ini kerana mereka akan melihat dan menyerap segala apa yang dilihat dan didengar daripada ibu ayah termasuk dalam bab makan dan minum. Sekiranya anda seorang perokok, lebih baik hentikan tabiat itu kalau mahu anak nanti tidak menurut jejak langkah anda.
2. Tanamkan rasa saling menghargai dan menghormati
Sentiasa menunjukkan sikap menghargai dan menghormati ahli keluarga supaya si kecil boleh melihat dan belajar bahawa sangat penting memiliki sikap menghargai dan menghormati orang lain.
Contohnya biasakan anda mengetuk pintu terlebh dahulu bila nak masuk ke bilik anak anda sehingga dia akan meniru kelakuan tersebut dan seterusnya memahami apa erti menghargai dan menghormati orang lain.
3. Pastikan rumah selamat kepada si kecil
Oleh kerana si kecil suka meniru perbuatan orang dewasa maka sikap tersebut juga berisiko membahayakan mereka. Contohnya mereka akan tiru buka atau tutup pintu rumah, mereka akan tiru duduk sendiri di meja makan dan macam-macam lagi perbuatan orang dewasa yang tidak sesuai dilakukan oleh si kecil tanpa pengawasan ibu ayah. Ia mungkin boleh mengundang bahaya tanpa sedar.
4. Tanamkan nilai murni pada anak anda
Mempunyai anak yang aktif meniru kelakuan ibu bapa memang kadang-kala boleh membuatkan anda risau tetapi ia adalah waktu yang tepat untuk anda mengajarnya nilai-nilai kehidupan yang baik dan berguna di masa depan.
Macam-macam nilai murni yang anda boleh ajar pada si kecil ketika usianya yang suka meniru ini dan percayalah lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan kepadanya.
5. Jangan malu untuk meminta maaf
Sebagai ibu bapa, kita bukanlah orang yang sempurna tapi pada pandangan anak kecil, kitalah yang paling sempurna di mata mereka. Sebagai manusia biasa yang kadangkala tak dapat menahan marah pada si kecil janganlah rasa malu untuk meminta maaf pada mereka.
Ini dapat bagus untuk mengajar anak anda tentang pentingnya mengakui kesalahan, meminta maaf dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan. InsyaAllah sehingga dewasa didikan ini akan tersemat dalam diri anak anda.
Kita memang tak boleh hentikan perbuatan semula jadi si kecil yang hebat meniru tetapi jadikan peniruan mereka itu satu perkara positif yang dapat membentuk anak menjadi insan yang hebat dan berakhlak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsi tip anak seronok ke tadika. Anak keduanya Tasha, mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh untuk 3 subjek.
Kini saya berbaris dengan duduk di kerusi kecil ini yang menunggu giliran saya.
Suka untuk bertemu dengan guru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anak dan mereka mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang anak anda mampu buat…
Ini kerana semua guru menghabiskan banyak pada anak-anak kita …
Hanya ingin berkongsi dengan anda video report card day Tasha di SJKC.
Pada umur 5 tahun, penting untuk kanak-kanak seronok di sekolah, berkenalan dan berkawan seramai mungkin dan belajar bermain dengan kanak-kanak lain.
SEDANG MENYESUAIKAN DIRI
Apabila mereka suka pergi ke sekolah, ia menunjukkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Berhati-hati dengan tanda-tanda seperti
AMBIL PELUANG BERBINCANG DENGAN GURU
Adalah penting untuk berbincang dengan guru tentang bagaimana kelakuan anak kita di sekolah yang mana boleh membantu meringankan prosesnya di kemudian hari.
PS – Tasha lebih memilih rakannya di sekolah berbanding Bella yang akan bercampur dengan semua orang termasuk seniornya. Anak yang berbeza mempunyai keperibadian yang berbeza … kita hanya perlu memberi tumpuan kepada kelemahan mereka.
Kanak-kanak memang teruja tengok warna air atau water colour. Sebenarnya anda boleh buat sendiri warna air untuk anak belajar mengenali warna dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat atau mesra kanak-kanak.
Bila bergelar ibu anda memang kena kreatif cari idea untuk buat sendiri benda yang tak dibenarkan untuk kanak-kanak selamat untuk mereka. Apa yang penting ia untuk merangsang otak anak juga.
Idea kreatif Puan Yatie Eimra yang membuat sendiri warna air untuk kegunaan anaknya belajar mampu merangsang anaknya untuk bereksplorasi lebih seronok. Jom ikut cara beliau.
WARNA AIR DIY
Dah beberapa hari Fayyadh mintak ‘nak main color²’. Semalam baru berkesempatan nak buat warna air DIY ni. Dah agak lama juga tak buat aktiviti mewarna gunakan warna air ni. Maklumlah, aktiviti mewarna ni agak messy dan sesuai dijadikan aktiviti sebelum dan masa mandi.
Banyak resipi untuk buat warna air ni sebenarnya, tapi saya suka gunakan resipi ni sebab selain gunakan 4 bahan je, ia selamat digunakan untuk bayi. Kalau ada ibu-ibu yang nak abadikan moment anak membesar, boleh juga gunakan warna ni untuk buat cop tapak tangan bayi.
Bahan-bahan:
80ml sabun/syampu bayi (sebaik-baiknya warna jernih/putih)
2½ sudu makan tepung
2 sudu makan air
Pewarna makanan
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali warna.
2. Asingkan sedikit bancuhan tepung untuk setiap warna yang dikehendaki.
Cara penyimpanan:
Jika ada lebihan bancuhan tadi, boleh disimpan di bahagian chiller (tahan beberapa minggu) atau boleh juga difrozenkan (tahan beberapa bulan).
Tip tambahan:
*Jika tiada palet warna, boleh gunakan penutup botol yang dilekatkan dengan double sided tape (elak tumpah).
*Selain membuat cop tangan dan menggunakan berus lukisan, boleh juga gunakan pompom/span/sayur-sayuran sebagai cop.
*Gunakan lapik pinggan (coaster) sebagai alternatif untuk kertas. Selepas bermain, boleh latih anak untuk mencuci lapik pinggan tersebut semasa mandi. Anak-anak akan teruja melihat air berubah warna dan lapik kembali bersih.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.