Biasanya dapur akan menjadi tempat untuk orang perempuan atau isteri dapat ilham sediakan menu makanan yang sedap buat ahli keluarga. Jadi susun atur barang dapur, kekemasan menjadi faktor penting.

Lagi satu, dapur juga akan menjadi tempat utama yang akan dilihat oleh tetamu jika berkunjung ke rumah sekiranya ada buat makan-makan atau perjumpaan ahli keluarga. Jika ada bajet besar, mungkin bolehlah buat kabinet cantik untuk susun peralatan dapur di situ.

Bagaimanapun, jika bajet tak cukup, ruang untuk nak susun periuk atau letak stok barang dapur di bawah singki yang terbuka itu boleh ditutup dengan membuat mengubahsuai dan menggunakan shower curtain. 

Berikut dikongsikan gambar oleh Puan Ayza Nur untuk beri idea kepada ibu-ibu mencantikkan dapur dan hasilnya sangat menakjubkan. Terus naik seri bahagian dapur! Modal pun dalam RM20 sahaja.

**Nak dapatkan bidai tingkap murah untuk dapur, boleh beli di sini

Bahan-bahan:

IKLAN

Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)
Semua saya beli kat MR DIY

Cara-caranya:

  1. Kabinet umah sewa saya nie panjang, jadi saya beli 2 keping curtain tu
    ukur sampai labuh mana nak dan kemudiannya potong
  2. Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau, rod tu saya beli 4 batang, rod tu boleh adjust pnjangnya,
  3. Nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.
  4. Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu dan kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat. Hasilnya.
  5. Cantikkan? nampak kemas terus, hilang cacat tadi dengan hanya tutup jer dengan langsir, jom tengok hasil mereka yang dah cuba.

IKLAN

Ramai dah mencubakan, jadi tak salah giliran kita sendiri pula untuk pastikan dapur rumah kita cantik dan kemas. Apa yang paling penting kita boleh tukar langsir tu ikut warna kegemaran.

Kredit: Puan Ayza Nur via Akak Pesan

IKLAN

 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)