Bila kita sibuk, tiba-tiba anak nak macam-macam. Apa nak buat? Selalunya kita akan cakap nantilah, ibu ada kerja nak buat. Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak.

Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu, anak terus bawa diri dan memendam perasaan mereka. Masa dengan anak berlalu begitu saja hinggalah kita tak sedar kesilapan kita.

Perkongsian dari Team Ibu Rose yang membincangkan mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini ada benarnya dan banyak berlaku pada kalangan ibu bapa hari ini.

‘Ibu..tadi kan masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’

Sambil mata si ibu masih di smartphone, mulut mengiyakan perkhabaran anaknya. ‘ Betullah tu Aqilah.’

‘Ibu..dengarlah sini, Aqilah kata, tadi masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’..dah semacam suara anak tu.

Dari asalnya happy, nampak macam dah berubah kepada marah..ala ala nak merajuk..

‘Malaslah cakap ngan Ibu ni. Asyik sibuk je.’..

Alamak..anak aku dah merajuklah.

IKLAN

Emm…lantaklah..kejap je tu. Nanti cari aku jugak. Getus hati si ibu ni.

Cam biasa je lalui situasi cam ni kan? Haha…ala..anda tak kesorangan..saya pun macam tu dulu.

Anak kita ni, macam yang biasa kita tahu dan faham, sebenarnya perlukan perhatian kita je. Ala…pernah tak masa kita punyalah sibuk, berkecah kat dapur..tetiba anak kita datang, tanya macam-macam benda, mintak macam-macam benda…

Dulu-dulu saya selalu bagi ayat gini,
“Eh, ibu sibuk ni. Gi main kat depan.”
“Ish…budak ni..kita dahla sibuk. Time nilah nak macam-macam. Dah la gi main dengan abang. Jangan kacau ibu.”
“Cubit kang. Tak nampak ke ibu sibuk ni?”

Alamak aih..siannya anak den.

Tapi, itu dulu.

Lepas dah belajar ilmu parenting, menuntut ilmu dengan Ibu Rose, oh..barulah tau. Mudah je sebenarnya nak handle situasi ni.

Tulah, pentingnya belajo..
Tak gitu?

Meh, saya share sikit apa yang saya buat, ikut Ilmu yang Ibu Rose ajarkan.

Let say, anak datang kat kita masa kita sibuk..Apa nak buat?
Klu : 5 love languages..penuhi bahasa cinta semaksimum mungkin

Ingat tak yang Ibu Rose selalu sebut-sebut pasal bahasa cinta ni. Ala..yang ada 5 tu.
1. Sentuhan
2. Perkataan yang mengesahkan
3. Khidmat
4. Hadiah
5. Masa berkualiti

Guna konsep 5 bahasa cinta

Melutut, Sentuh bahu anak
Pandang ke dalam anak matanya dengan penuh kasih
Senyum
Lapkan peluh yang mengalir di wajahnya
Tanyakan lembut, apa yang dia mahu.
Cuba penuhi segera sebaiknya kalau mampu.
Kalau tak mampu penuhi permintaannya, berkatalah dengan lembut, “Sayang, Ibu nakkk sangat penuhi permintaan sayang. Tapi, sekarang Ibu sangat sibuk. Ibu sayangkn sayang. Boleh tak bagi ibu masa dalam 20minit lagi. Ibu siapkan kerja-kerja ibu ni dulu, lepas tu ibu tolong sayang. Bolehkan.”
Kemudian, peluk n cium sikit dahi anak tu. Nak best lagi, to up dengan Doa yang Rasulullah bacakan ketika Ibnu Abbas masih kecil.

Percayalah, anak akan sangat bertimbang rasa, bila kita nyatakan dengan penuh berhemah dan kasih.

Siapa pernah praktik cara begini atau lebih kurang begini? Apa feedback anak? Cer kongsi.

Lahawlawaquwwataillabillah..kita hanya mampu usahakan, hasil? Biar Maha Pemegang Hati yang lakukannya. Jangan buat kerja Dia. Boleh kan..

Olahan ilmu Ibu Rose

~Team Ibu Rose~
Yasmin Sari

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)