Apabila mempuyai anak (sama ada yang bayi atau pun sudah besar sedikit), mencuci pakaian adalah sesuatu yang sukar. Maklum sajalah, macam-macam kesan kotoran yang ada pada baju. Nak dibasuh pun perlu betul caranya agar kainnya tidak rosak atau luntur warna.
Untuk ibu yang mempunyai bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya. Membersihkan baju bayi lebih renyah kerana ia tidak boleh dicampur dengan pakaian lain dan perlu menggunakan sabun khas.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif!
Ads
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi. 2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
Ads
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lagi langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Jika anda mahu mencuci baju bayi menggunakan tangan, penuhkan besen dengan air suam dan masukkan sedikit sabun pencuci khas untuk pakaian anak. Kemudian celupkan baju yang mahu dibersihkan di dalam air suam tersebut dan biarkan terendam selama 10-20 minit. Celup-celup dan gosok lembut kesan kotor pada baju itu.
Tidak perlu digosok kasar kerana akan merosakkan kain atau menyebabkan ia meregang. Kemudian dibilas dnegan air sejuk. Perah lembut dan bolehlah dijemur. Elakkan dijemur di kawasan yang terlalu panas (terus di bawah sinaran matahari). Pastikan anda segera bersihkan kesan kotoran pada baju bayi, jangan ditangguh kerana ia akan ‘melekat’ dan sukar dibersihkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya? Jika dia merajuk atau marah sekalipun tugasnya sebagai isteri dan ibu tetap dilaksanakan tanpa gagal.
Dia kena marah pun dia tetap masak…Dia merajuk pun dia masak…Dia tak sihat pun dia masak…Bergaduh dgn kita pun, dia tetap buat keje-keje umah…Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita :
“Abg dah bangun?”, “Abg dah sampai tempat kerja?”, ” Abg dah lunch?”, ” Abg dah otw balik kerja?” , “Abg dh sampai umah?”, ” Abg dah mkn mlm?” Sampaila dia tanya, “Abg dah tido?”…
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu…masih risaukan kita…jadi p la apa pun,dduk jauh mcm mna pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri…ambik tahu kebajikan kita, jaga suami…
Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas2 seorang isteri…dan kita yg jd suami ni, ada tak tugas-tugas kita yg kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan…banyak sebenarnya tuan-tuan…
Balik kerja, ada tak kita tanya, ” Mcm mana ari ni, ayg ok?”…Ada x msj dia, ” Ayg dh mkn? Ayg sihat x ari ni…?” Jarang kan kita nk buat ni? itu hari biasa…klu hari bergaduh, klu tarik muka, lagi la xbuat langsung…
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan ttg suaminya…even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia…perbetulkan kedudukan tidur suaminya…pastikan suaminya itu selesa…
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, utk SUAMI…dan kita plak asyik memikirkan ttg perempuan lain? tentang kekurangan isteri? cari kelemahan isteri? Tak guna btol kita ni tuan-tuan…Hargailah isteri tuan-tuan tu…hidup dia, selain utk Allah, adalah utk SUAMINYA…jgn abaikan isteri, peluk cium, syg isteri yg kita ada tu…
Gelagat si comel Lara Alana, buah hati kesayangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari ini sememangnya dinantikan oleh semua pengikut di instagramnya. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan Lara sentiasa di intai malah menjadi ikutan peminatnya.
Berkongsi kisah Lara, Awal mengakui terlalu rindukan momen Lara ketika masih bayi. Banyak memori indah melihat perkembangan Lara membesar yang masih terpahat dalam hati.
“Pada saya momen ketika Lara nak belajar bercakap adalah momen paling indah untuk dikenang. Masa dia bercakap pelat dan perkataan yang tak difahami dia keluarkan ada masanya buat saya rasa rindu. Cakap pelat dia sampai kami tak faham. Rindu waktu-waktu itu. Sekarang semua benda dia sudah tahu, dah kurang rasa kecomelannya,” katanya berseloroh.
Awal dan Scha tampil menjadi pengacara dan untuk Pa&Ma TV Musim Ke 5 bersama lima pengacara lain bermula 3 Julai lalu di Astro Prima dan Prima HD. Bagi kedua-duanya, berkongsi kisah dan pengalaman mereka dalam membesarkan Lara banyak membantu sedikit sebanyak dalam program musim terbaru ini.
Berkongsi cerita masalah kekeliruan bahasa pada anak-anak, Awal tidak lokek berkongsi kisah Lara ketika awal bercakap.
“Kalau diikutkan Lara betul-betul boleh bercakap pada usianya dua tahun. Pada awalnya pada usia 2 hingga 3 tahun tak dinafikan Lara mengalami kekeliruan bahasa dalam pertuturannya. Memang ketara malah ada banyak kesalahan perkataan dan adakalanya dia tak boleh bezakan tapi kini alhamdulillah dia sudah boleh bezakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Di rumah kami selalu campurkan bahasa Melayu dan Inggeris dalam pertuturan, di sekolah dan bercakap dengan pengasuh dia gunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Boleh dikatakan Lara banyak belajar Bahasa Melayu daripada Awal dan Scha di rumah dan alhamdulillah dia kini fasih berbahasa Melayu dengan baik. Malah kalau nak tahu Lara juga sudah mula belajar menguasai bahasa ketiganya iaitu Bahasa Mandarin di sekolah,” kata Awal lagi.
Karektor Ceria Lara
Si comel Lara Alana sememangnya anak yang cukup mendengar kata. Malah banyak perkongsian Awal di instagramnya memperlihatkan sikap Lara yang menyenangkan.
“Lara sememangnya anak yang mudah dijaga namun dia juga sama seperti anak-anak yang lain, ada masanya yang buatkan dia obsess pada sesuatu. Kalau rancangan televisyen yang dia paling suka pastinya semua rancangan melibatkan princess seperti Sofea The First tak ketinggalan PJ Masks dan ada beberapa kartun lagi di Astro.
“Lara juga anak yang sangat suka bangun pagi. Senang bangun pagi malah kalau dia bangun lambat pun dia diam saja dan jarang nak buat hal, menangis dan sebagainya. Malah Lara tahu bila waktu pagi dan perlu bersiap untuk ke sekolah. Dia sangat patuh dengan rutin persekolahannya,” kata Scha berkongsi.
Kata Awal pula jika Lara bangun jam 6 pagi sekalipun dia langsung tidak ada masalah untuk mandi dan bersiap-siap. Bab-bab bangun pagi dia memang paling senang,” kata Awal lagi.
Kredit foto: @laraalana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baju bayi baru dibeli untuk anak sulung bakal dilahirkan, menjadi hadiah terakhir ditinggalkan Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring), Kuala Berang, Terengganu.
Isteri Wan Ahmad Adam Murshidy, Nur Ismalinda Muzafar, 25, berkata baju dibeli beberapa jam sebelum kejadian itu adalah untuk anak mereka yang dijangka dilahirkan pada 16 September depan.
“Tengah hari semalam, saya keluar bersama suami. Ketika berada di sebuah kedai, suami nampak baju cantik dan mahu membelinya untuk anak kami yang dijangkakan lahir pada 16 September depan.
“Memang tidak mengesyaki apa-apa apabila suami memberitahu ingin membeli baju itu, rupa-rupanya ia adalah hadiah terakhir daripada arwah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu, hari ini.
Sebelum pergi sempat gosok kepala dan perut
Menceritakan lanjut, Nur Ismalinda berkata, Allahyarham bersama abang beliau, Noriskandar Muzafar, 33, dan tiga lagi rakan bertolak ke Perak kira-kira jam 4 petang semalam atas urusan kerja.
“Saya sempat salam dan suami menggosok kepala serta perut saya tetapi perkara itu biasa. Ketika itu, arwah kelihatan ceria.
“Arwah suami dan abang memang rapat, cuma mereka nampak lebih akrab dalam tempoh seminggu ini serta selalu bersama,” katanya.
Whatsapp tanya suami, tiada jawapan
Nur Ismalinda berkata, beliau menerima mesej terakhir daripada suami pada jam 4.30 petang yang mengingatkannya untuk memberi kucing makan.
“Saya ada mesej suami melalui WhatsApp pada jam 7.30 malam, namun tiada jawapan dan tidak mengesyaki apa-apa.
“Saya hanya tahu mengenai kemalangan itu selepas dihubungi polis kira-kira jam 11 malam,” katanya yang tinggal di Kuala Nerus.
Selain Wan Ahmad Adam Murshidy, nahas itu turut meragut nyawa Noriskandar dan dua lagi mangsa.