Mengajar sendiri di rumah atau homeschooling pastinya bukan satu tugas mudah untuk digalas. Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi. Menurutnya homeschooling itu tidak mudah.
Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk homeschooling anak, mereka harus bersedia untuk menggalas satu lagi tugas selain menjadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi dan lain-lain kerja di rumah yang perlu juga dibereskan.
Namun oleh kerana anak-anak yang masih lagi tidak dibenarkan ke sekolah, sudah tentunya ibu bapa mula risau dan supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran, homescholling adalah salah satu cara yang boleh dibuat.
Wawa ada berkongsi 3 syarat asas yang perlu jika ada ibu bapa yang ingin mengajar sendiri anak-anak di rumah.
Saya tak rasa homeschooling tu mudah. Sebab itu saya tabik kepada parents yang hebat homeschooling anak.
Keputusan untuk homeschooling bermakna kita setuju untuk mainkan banyak tanggungjawab dalam satu masa.
Ads
Nak jadi tukang masak, tukang sapu, tukang dobi, tukang cebok berak dan nak kena jadi cikgu dalam satu masa.
Disiplin kena tinggi.
Dalam masa yang sama, fizikal, mental dan emosi kena terjaga.
Tapi, nak tak nak, semua parents dah perlu lalui fasa mencabar ni. Demi tak mahu anak ketinggalan bila sekolah dah mula dibuka tahun depan.
Ads
Salah satu struggle yang dihadapi adalah, bila nak minta anak fokus waktu kita mengajar.
Geram oih, bila kita mula berdedikasi nak mengajar, mereka tak tumpu betul-betul. Itu. Itu yang kadang termengaum juga waktu ajar mereka.
Sebenarnya, kenapa anak susah nak fokus? Apa kita nak buat untuk tajam kan fokus anak?
Ads
3 syarat asas HOMESCHOOLING : 1. angan letak expectation yang tinggi kepada anak.
Lagi tinggi expectation, lagi mudah kita frust. Bila kita frust, kita mudah nak marahkan anak.
2. Konsisten dan rutin.
Biarlah sehari dapat 5 minit. Asalkan konsisten.
Kalau tak konsisten, penat kita nak mengajar dari peringkat awal balik. Sebab anak dah lupa.
3. Makan cukup.
Tau tak? Waktu anak belajar, otak mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk proses maklumat. Mana nak dapat tenaga tu?
Ofcourse dari makanan yang anak makan. Bagi anak makan makanan berkhasiat. Jangan lupa air yang secukupnya.
Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.
Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
Mesti didik sejak bayi lagi. Bagaimana? Dedahkan dengan kertas. Biar anak itu ‘attach’ dengan kertas lebih awal. Tetapi hati-hati kertas juga boleh mencederakan kulit kita.
Bermain dengan kertas. Ajar anak-anak yang sudah pandai memegang supaya bermain dengan kertas. Bolehlah ibu ayah buat origami ringkas seperti jet, katak dan sebagainya. Ini kelebihan saya boleh buat pelbagai origami termasuk katak, dinasour, pepatung dsbnya.
Selalu bawa masuk ke kedai buku. Biar anak-anak dapat bau buku. Sensor bau dalam dirinya dapat dibiasakan dengan buku.
Wujudkan perpustakaan mini di rumah walau anak-anak belum boleh membaca. Buku-buku itu dimuatkan buku ibu ayah. Supaya dia sentiasa terdengar bunyi-bunyi berkaitan buku. Seperti bunyi buku dibelek, bunyi buku jatuh dan sebagainya.
Ibu ayah kena baca buku walaupun majalah biasa. Tunjukkan contoh kepada anak-anak kecil bahawa membaca buku itu adalah hobi ibu ayah.
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
Latih semua deria anak-anak sejak kecil dengan pelbagai perkara.
Apabila jumpa apa-apa objek yang boleh disentuh, bagi anak itu sentuh. Terutama benda-benda baru diluar rumah. Contohnya, jumpa pokok, sebut ‘pokok’ dan bawakan tangan anak supaya sentuh pokok. Biar anak itu rasa kulit pokok yang menggerutu itu. Atau jumpa daun di pokok, sebut ‘daun’ dan suruh anak sentuh pula supaya dia rasa bentuk pipih daun itu.
Rangsang bau yang tidak merbahaya. Contohnya bau bunga, daun, buah, sayur dan sebagainya. Biar ada rangsangan bau dan otak akan mencetuskan untuk tahu lebih lagi.
Berikan informasi yang betul apabila anak tanya. Contohnya anak tengok berita dan dia tanya.
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa.
Tanda & gejala
Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.
Komplikasi
Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Rawatan
Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas.
Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi. Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keseriusan lemas seperti:
Bantuan penafasan melalui oksigen
Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub supaya paru-paru boleh berkembang
Memastikan kandungan glukos dan oksigen yang cukup di otak bagi mengurangkan kerosakan otak kekal
Rawatan-rawatan terhadap komplikasi dan kecederaan yang lain
Pencegahan
Di rumah
Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi sungai/parit/kolam.
Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan/tanpa pengawasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
Kosongkan bekas air atau timba jika tidak digunakan. Terbalikkan bekas air atau timba yang kosong.
Tutup takungan/bekas air samada di dalam atau di luar rumah.
Di kolam renang
Nasihatkan anak anda agar tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada dalam air.
Pastikan terdapat pengawal keselamatan yang berkelayakan bertugas semasa berenang. Sekiranya tiada, jangan biarkan anak anda berseorangan.
Pagarkan kolam renang rumah anda.
Gunakan pelampung semasa berenang atau semasa berada di atas bot/skuter air/papan luncur.
Gunakan topi renang semasa berenang bagi mengelakkan rambut tersedut ke dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang.
Pastikan saluran penyedup kolam ditutup bagi mengelakkan sedutan berlaku.
Kawasan Takungan Air yang Lain
Ajar anak kecil /remaja anda mengenai tanda-tanda bahaya jika berenang di kawasan larangan tanpa pengawasan orang dewasa. Nasihatkan anak-anak remaja jangan menerima cabaran daripada kawan-kawan.
Beri amaran bahaya bermain berhampiran parit / longkang yang besar.
Anak kecil suka meneroka ke merata tempat. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah pandai merangkak atau berjalan, makin banyak tempat yang boleh dijelajahi sendiri termasuklah bilik air di rumah.
Keselamatan anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga/ pengasuh.Bagi setiap rumah yang mempunyai anak kecil, adalah lebih baik untuk mewujudkan peraturan sentiasa memastikan pintu bilik air sentiasa tertutup rapat.
Menurut Public Health Malaysia, langkah ini perlu dilakukan bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan bilik air di kalangan kanak-kanak.
Hana (bukan nama sebenar) berumur 3 tahun. Beliau yang dijaga pengasuh pada siang hari merupakan anak tunggal kepada pasangan muda yang bekerja di bandar.
PINTU BILIK AIR TIDAK DITUTUP
Hana periang dan sangat suka bermain. “Siapa sangka hari tersebut merupakan hari terakhir kami melihat beliau tersenyum” kata ibu Hana. Pintu tandas telah terbuka seluas-luasnya tanpa dikunci dan pada ketika itu baldi penuh dengan air. Hana telah masuk ke dalam tandas bersendirian.
DITEMUI BADAN DALAM BALDI, KAKI KE ATAS
Pada masa Hana dijumpai pengasuh, beliau di dalam keadaan kepala di dalam baldi dan kakinya ke atas. Pengasuh terus menarik keluar Hana. Kaki, tangan dan mulut Hana biru. Hana dibawa terus ke Hospital.
TIADA DEGUPAN JANTUNG
Di hospital, keadaan Hana kritikal. Tiada degupan jantung dan tidak bernafas. Paramedik melakukan CPR selama setengah jam. Akhirnya jantung beliau kembali berdenyut. Beliau dimasukkan ke ICU kerana kurangnya oksigen ke otak dan paru-parunya penuh air.
MATI OTAK & KOMA SELAMA-LAMANYA
Walaupun Hana kembali bernyawa, doktor menyatakan otak Hana telah mati dan akan koma selama-lamanya. Doktor menyarankan supaya Hana dilepaskan. Ibu bapa setuju. Hana pergi selama-lamanya selepas seminggu berjuang di ICU.
Gambar hiasan.
BANYAK KES MANGSA LEPAS DALAM TANDAS
Tiada siapa menyangka baldi sekecil itu boleh membunuh anak yang berumur tiga tahun. Ini merupakan salah satu kes yang benar-benar berlaku. Dan saban hari, kita semakin kerap mendengar berita tentang mangsa kecil yang lemas di dalam tandas.
Tahukah anda, pengasuh atau ibu bapa boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 akibat kecuaian mereka. Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut.
Sentiasa tutup pintu tandas/bilik air
Kosongkan air di dalam baldi jika tidak digunakan.
Jangan biarkan anak-anak kecil bermain tanpa pengawasan orang dewasa.
Anda tidak mahu kehilangan orang yang anda sayangi selama-lamanya bukan?
Kehamilan datang dengan banyak perubahan, dan kadang-kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh-lenguh badan. Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa.