Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Ads
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Ads
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan pesepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri.
Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan
Nota Ringkas;
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2. Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3. Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4. Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
Pelakon drama bersiri popular Nur iaitu Amyra Rosli dan suaminya yang juga pelakon Amar Baharin teruja sambut raya pertama bergelar ibu ayah.
Jika tahun lepas pasangan selebriti terkenal ini pertama kali menyambutnya sebagai suami isteri, tahun ini kehadiran putera tersayang, Aqeef Anaqi, lapan bulan membuatkan ia sambutan lebaran tambah bermakna.
Sama seperti ibu bapa lain, Amar dan Amyra akui tahun pertama menyambut raya sebagai ibu ayah, persiapan lebih tertumpu pada Anaqi.
Yang bagusnya, pasangan suami isteri serta anak mereka yang juga duta jenama pakaian Primavalet ini merancang membawa Anaqi berjumpa dengan sanak saudara di samping mengeratkan silaturrahim sempena hari lebaran.
Mereka sendiri teruja untuk membawa Anaqi bertemu sanak saudara kerana masih ada lagi yang tak berkesempatan bertemu si kecil sejak lahir disebabkan kekangan masa masing-masing.
Menurut Amar disebabkan mereka berdua berasal dari Kuala Lumpur, jadi tiada masalah baginya untuk ambil kesempatan masa hari raya nanti untuk pusing bertemu sanak saudara di sekitar Kuala Lumpur, Semenyih dan Pulau Pinang.
Bagus cara yang diamalkan oleh Amar ini. Sekurang-kurangnya dari kecil lagi Anaqi sudah dibiasakan bertemu dan berkenalan dengan sanak saudara. Nanti bila makin besar makin erat hubungan silaturrahim mereka.
RINDU seorang anak yang tak mungkin dapat diungkapkan tetapi dia tunjukkan dengan sikapnya yang nakkan perhatian kedua ibu bapanya.
Cuba kita renungkan rutin anak-anak kita setiap hari dan fahamilah apa perasaannya bila dia nak perhatian. Jangan di marah bila anak buat sesuatu yang menyebabkan kita hilang sabar sebaliknya fahamilah perasaan mereka.
Seawal jam 6:30 atau 7 pagi kita suami isteri hantar anak ke rumah orang atau taska. Kalau dulu, ayah je.. Tapi sekarang, kadang-kadang isteri pun balik lewat.
Anak-anak redha di tempat orang. Belajar, bermain riang, kongsi makan dan kongsi penyakit. Tak apa, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh atau taska rindu dekat kita. Rindu ayah… Rindu mama..
Tapi nak cakap rindu tak reti. Nak tulis surat, tak reti gak. Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 petang, diulang, 6:00 petang, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad. Dia nak mama tengok dia. Nak ayah dukung, peluk dia. Dia buat perangai. Nak makan sendiri. Nak itu, Nak ini, Nak dukung, Tumpah air, Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu untuk beritahu yang… “Mama saya rindu dan sayang sangat kat mama…”
TAPI….. Apa kita buat… Bila anak-anak bising… Kita marah… Bila anak-anak main… Kita herdik… Dia nangis, kita jerit “DIAM!!!!” Dia suruh ajar… Kita jawab “AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!” Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang… Sedih hati seorg anak yang rindu mama… Yang rindu abah… Yang rindu pelukan ibu… Rindu dukungan abi…
Apakah duit boleh ganti kasih sayang? Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang? Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga? Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama… Fikir sahabat… Fikir teman-teman… Fikir ayah ibu yang mulia…
Mahal sangatkah cuti tanpa gaji, demi anak-anak, amanah Allah pada kita?