Kadang baru je pakai beberapa kali, baju putih dah bertukar warna kuning. Nak buang sayang sebab masih elok. Jika anda pernah mengalami situasi baju sendiri atau baju anak kekuningan, jangan pening lagi. Boleh cuba petua ini ye!
Baju yang dah nampak kekuningan boleh jadi warna putih semula hanya dengan buat beberapa langkah ini. Taklah membazir dan boleh jimat duit.
TIP PUTIHKAN SEMULA BAJU PUTIH YANG DAH KUNING
Seperti perkongsian @Jason_jezi di laman TikTok, dia memberitahu baju atau kain putih yang disimpan lama akan bertukar menjadi kuning dan untuk mengatasi masalah tersebut senang sahaja.
Bahan diperlukan:
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Langkah mencuci:
Ads
– Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam besen atau baldi dan gaul sebati.
– Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.
Ads
– Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampaian sehingga kering. Kain kekuningan itu akan bertukar menjadi putih.
Mudah kan? Kalau anda ada masalah seperti di atas, jangan lupa gunakan cara mudah ini. Jangan buang baju tersebut. Rugi tau!
Dalam tempoh membesar, anak-anak mungkin banyak buat perangai. Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik. Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak. Jangan dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.
Selain anak-anak, ada masanya kita buntu juga dengan perangai suami atau isteri. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.
Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Silap kalau kita bangga anak pandai dengan akademik, tapi gagal ajar bab adab. Masa anak kecil lagi ni lah kena banyak tegur tertib kelakuan dia. Cuba semak;
Anak bagi barang macam mana pada kita atau orang lain ? Campak?
– Jangan sentuh, suruh dia datang ambil balik, ajar bagi elok-elok.
Anak bermain di kampung macam mana? Terpukul sepupu, sepahkan mainan, terusik barang rumah dum berdentum pecah.
– Ajar kemas lepas main, jangan sakitkan orang lain, pergi mengaku siapa buat dan ajar MINTA MAAF. Jangan sembunyi. Ajar kejujuran. Ajar keluhuran.
Anak buka jajan manisan, lepas buka sampah letak mana? Kasi kita? Kita yang buang?
– Lepas buka, terus ajar buang dalam tong sampah. Dia belajar kebersihan.
Anak minta sesuatu bantuan macam mana? Bagi arahan suruh mak buat?
– Ajar dia perkataan MINTA TOLONG. Tolong bukakan baju. Tolong bukakan gula ni. Tolong letakkan pinggan ni. Ajar anak tawaduk, bukan memberi arahan.
Bila bagi sesuatu, bila dah tolong anak, biarkan anak pergi berlalu begitu sahaja?
– Mesti ucap TERIMA KASIH. Kalau dia lupa, tanya, “Cakap apa?”. Sampai dia terbiasa. Dia belajar menghargai.
Kita yang mak-mak ni pun kadang gagal buat adab-adab begini pada anak, pada orang lain.
Tak ada orang beradab, tak ada lah orang yang hormatkan ilmu pengetahuan.
Orang tak beradab pun berilmu. Sebab mereka belajar pergi kelas. Pergi sekolah. Tapi tak ada cahaya dalam hati untuk beradab dengan ilmu. Apatah lagi tertib kehidupan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang teruja nak sambut hari jadi anak, si mama lah orang yang paling gembira. Semua persiapan kalau boleh mesti lengkap dan sempurna demi si kecil yang tersayang. Namun mama dinasihatkan supaya ambil tahu tentang jenis-jenis kek hari jadi sebelum membuat sebarang tempahan. Sekurang-kurangnya tak adalah terkejut nanti bila diberitahu harga sebenar sebijik kek.
Puteri Diraja Johor selamat dilahirkan, membawa kegembiraan kepada Agong dan Raja Permaisuri yang kini menimang cucu ketujuh dalam suasana penuh syukur.