
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi wanita ini, tiada luka yang lebih pedih bagi seorang isteri selain kehilangan suami yang menjadi pelindung, sahabat, dan separuh jiwa. Begitulah kisah seorang wanita tabah yang baru kehilangan suami tercinta kisah yang dikongsikan di Threads, Whymas, dan membuat ramai menitis air mata membacanya.
Setiap baris ayat yang ditulis penuh dengan rasa kasih mendalam dan rindu yang tiada penghujung. Baju uniform penuh tumpahan susu anak menjadi saksi betapa tinggi rasa tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Dia pergi bukan dalam kelalaian, tapi dalam kasih yang sedang dilunaskan mengambil susu anaknya.
“Suami sayang tinggalkan saya dan anak cukup lengkap. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dan bertolak ansur. Allah ambil awak sayangku MUHAMMAD AMIR, sebab awak orang baik-baik. Rindunya suara u panggil i ‘IBUUUU’. SYURGA BUAT MU WAHAI SUAMIKU SAYANG.”
Setiap coretan ini adalah luahan hati seorang isteri yang baru kehilangan insan tercinta. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa dalamnya kasih, dan betapa peritnya kehilangan. Isteri arwah telah berkongsi 10 foto bersama kisah setiap gambar yang penuh menyentuh emosi — kisah cinta sejati yang kini tinggal kenangan, namun kekal hidup dalam doa dan ingatan.
Dengan nama Allah, suami saya seorang yang baik. Saya selalu doa takut kehilangan suami saya sebab dia satu dalam sejuta. Semua kawan-kawan awak bercerita baik tentang awak sayangku. Dari Perak, dari PD dan jauh-jauh ramai datang ziarah awak abiyku sayang. Ramai sangat sayangkan awak.
Gambar raya tahun ni. Anak saya sangat rapat dengan suami saya. Nama anak saya pun ada iras nama suami saya. Suami saya nak sangat letak nama anak “EMEER” sejak zaman kami bercinta lagi.
Saya cek hp awak sayangku. Awak tulis notes semua detail segala pass peribadi awak. Masa tarikh ni juga awak cakap nak letak KWSP penama anak dan saya. Dan awak tak habis-habis bercerita tentang “KALAU SAYA TAK ADA”.
Semua keperluan anak, barang-barang sabun, bahan masakan semua awak tinggalkan cukup lengkap. Awak tinggalkan saya dan anak dengan baik. Awak suami yang sangat bertanggungjawab.
Suami saya dah book hotel untuk surprisekan birthday saya di Terengganu pada hujung bulan ni. Awak meninggal pun pada bulan hari jadi saya. Dan awak dah tempah kambing tiga ekor untuk aqiqah anak kita bulan depan.
Setiap kali suami pergi kerja, kebiasaannya saya akan pakaikan stoking dan siapkan suami saya. Tapi masa tu penat balik klinik lambat, saya tak pakaikan pun stoking dan siapkan suami. Masa suami nak buka pintu, suami cium saya dan anak sambil cakap “sayang ibu”, “sayang Harraz”. Hari tu juga suami pergi patah balik ambil susu anak — dan pulang sebagai jenazah.
Inilah asbab suami saya meninggal. Untuk makluman semua, sepanjang saya kenal suami saya, dia seorang yang sangat expert bawa moto. Tak apa, saya redhaaaa.
Conversation terakhir saya dan suami. Kebiasaannya suami akan VC terus kalau balik lambat. Tapi tidak hari itu, saya VC tak angkat. Saya call orang lain tolong angkatkan.
Nampak tak yang melekat tu… Tu packet susu anak yang melekat kat sweater suami saya.
Rupanya baju uniform penuh tumpahan susu anak. Baju itu menjadi bukti kasih seorang ayah yang sentiasa mendahulukan anak dan keluarga.
Walaupun pemergiannya menyayat hati, kisah ini mengingatkan kita betapa besar pengorbanan seorang suami dan ayah dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Setiap ayat yang dikongsi isteri arwah ini mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang membaca. Kisah kasih seorang suami yang meninggalkan dunia dalam keadaan sedang menjalankan tanggungjawab — mengambil susu anaknya. Begitu dalam kasihnya, begitu indah pengorbanannya.
Kini hanya tinggal kenangan, doa, dan rindu yang tidak pernah padam. Semoga arwah Muhammad Amir ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dan semoga si isteri dan anak kecilnya terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Sesungguhnya cinta yang lahir dari keikhlasan akan kekal hingga ke syurga. Kisah baju uniform penuh tumpahan susu anak ini menjadi simbol kasih sejati yang tidak terpadam oleh masa.