Kagum sungguh apabila melihat lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh adik Ashraf Haikal bin Hafify Zulhaimy ini. Kemas dan terperinci. Admin pun tak mampu melukis secantik begini. Ketika ditanyakan kepada ibu Haikal iaitu Pn. Adlil Rajiah Mohd Nasir, dia melihat anaknya itu memang gemar melukis sejak usianya satu tahun setengah. Dia dan suami tidak pernah mengajar Haikal melukis, tetapi mereka sediakan ruang khas untuk Haikal explore bakatnya sendiri.

Bakat Haikal Bukan Biasa-biasa, Dia Mungkin Pelapis Leonardo Da Vinci. Lihat Senarai 10 Perkara Ibunya Buat Untuk Sokong Minat Pelukis Cilik Ini
Haikal dengan salah satu lukisannya

Pn. Adlil turut berkongsi bagaimana dia menggalakkan Haikal untuk melukis dan menjadi lebih kreatif. Jika anda sudah nampak potensi anak dan terlihat potensi mereka ke arah lukisan, beginilah cara terbaik untuk anda tunjukkan sokongan anda.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Bakat Haikal Bukan Biasa-biasa, Dia Mungkin Pelapis Leonardo Da Vinci. Lihat Senarai 10 Perkara Ibunya Buat Untuk Sokong Minat Pelukis Cilik Ini
Pn. Adlil dan Haikal. Lukisan di t-shirt Haikal tu pun menarik!

“Kitorang tak ajar pun. Cuma kitorang SEDIAKAN SUASANA yang boleh galakkan Haikal explore bakat dia sendiri. “Saya pernah baca somewhere: “Doodling will help kids learn to express emotions. So dari dulu memang kitorang encourage Haikal explore pen, crayon, water colour, marker dan bagi je dia doodle around.”

APA YANG PN. ADLIL DAN SUAMI BUAT:

  1. Tampal kertas mahjung banyak-banyak kat dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam (just in case anak terconteng dinding/perabot).
  2. Kalau pergi kedai makan, bentang kertas manjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama2.
  3. Bila balik kampung, bawak kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ. Bila nak balik, jangan lupa bukak balik. Kang menyirap pulak neneknya.
  4. Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective jugak untuk latih anak menulis alphabet & numbers.
  5. Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Don’t worry, simbah air je hilang la. Tak buruk pun rumah kau.
  6. Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri nilai sentimental bila tengok balik cawan yang Haikal lukis.
  7. Beli plain tshirt dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu. Ingat lagi tak saya dan Haikal pernah bagi papa Haikal tshirt yang kami lukis dan warna sendiri sempena birthday papa dia beberapa tahun lepas?
  8. Bila travel dalam kereta, bawa glass marker untuk Haikal conteng pada tingkap kereta. Saya terima banyak kecaman masa share pasal benda ni dulu. Tapi ah, pedulik apa aku.
  9. Beli drawing block atau buku lukisan khas supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia.
  10. Beli Lookisslah Tablet. Since Haikal umur 2 tahun, sampai lah sekarang, ini lah senjata yang sentiasa ada dalam handbag dan dalam kereta saya. Senang nak bawa, mess-free dan boleh buat anak occupied dalam apa pun keadaan.
Bakat Haikal Bukan Biasa-biasa, Dia Mungkin Pelapis Leonardo Da Vinci. Lihat Senarai 10 Perkara Ibunya Buat Untuk Sokong Minat Pelukis Cilik Ini
Antara lukisan Haikal. Cantik kan?

“Thank you for reading. Dan selamat meraikan kelebihan anak masing-masing. Kalau kita tak tahu apa kelebihan anak, that means kita belum beri enough exposure dan experience kepada anak. Limit their screen time, and let them explore the world!”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI