Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Ads
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
Ads
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai impikan kehidupan keluarga yang bahagia dan stabil tapi ramai tak sedar, kebahagiaan itu bermula dengan tabiat kewangan yang sihat. Menabung bukan lagi pilihan, tapi satu keperluan, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba mencabar ni.
Tapi menabung ni tak semestinya kena susah-susah, potong sana sini sampai stress.
Ada cara mudah, konsisten dan praktikal yang ramai belum tahu. Dan kalau ikut cara ni dalam setahun boleh simpan hampir RM12,000!
Nak tahu macam mana?
Ikuti perkongsian menarik dan jujur daripada Shaa Ismail seorang wanita biasa yang berjaya menabung secara konsisten sejak zaman tunang sampai sekarang. Bukan guna apps canggih pun, cuma guna duit harian + tabung biasa kat rumah tapi hasilnya cukup luar biasa!
Cara 1: Menabung Ikut Tarikh Hari
• 1hb simpan RM1
• 2hb simpan RM2
• 3hb simpan RM3
• … sampai 30hb simpan RM30
Jumlah untuk seorang dalam sebulan: RM465
Kalau pasangan buat sama-sama: RM930/bulan
Kalau bulan tu ada 31 hari, dapat RM992/bulan Setahun? RM11,904 untuk suami isteri!
Cara 2: Konsisten RM2 Sehari
• Setiap hari simpan RM2, tak kira tarikh.
RM2 × 30 hari = RM60
Pasangan buat juga = RM120/bulan
Setahun dapat: RM1,440
Cara 5: Letak Sekepuk
• Kalau mampu, letak sekaligus lepas dapat gaji.
• Shaa: “Abang bagi sekepuk, terus simpan. Duit gaji kita pun jadi lebih teratur.”
• Guna 2 beg duit – satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.
Tips Menyimpan Gaya Shaa:
• Mulakan sejak bertunang, untuk duit kegunaan bersama.
• NO GANGGU DUIT TABUNG! –Bukan untuk topup, rokok, minyak.
• Simpan duit dalam purse atau tabung fizikal lebih susah nak “gatal tangan”.
• Gaji masuk dua minggu sekali? Boleh adjust ikut aliran tunai.
• Setiap dua bulan, masukkan ke dalam Tabung Haji “ pakai buku je, takde la nak cucuk keluar.”
• Shaa bukan duduk dengan parents masih boleh simpan walaupun bayar sewa & motor.
Sumber: FB Shaa Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, hati kita semakin berat setiap kali membuka berita. Satu demi satu kisah pilu melibatkan kanak-kanak muncul—anak kecil yang sepatutnya sedang ketawa riang, tiba-tiba diuji dengan kesakitan yang tak terbayang dek akal.
Baru-baru ini, satu kejadian berdekatan kawasan rumah telah mengubah sepenuhnya kehidupan seorang adik kecil. Dalam sekelip mata, dunia yang dulunya penuh permainan dan tawa, kini bertukar menjadi perjuangan yang panjang.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bergantung kepada kerusi roda selepas saraf kaki rosak 50 peratus akibat dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian pada 23 Mac lalu.
Mangsa, Muhammad Daiyyan Syahid Roslan, mengalami kecederaan serius dari bahagian lutut hingga ke jari kaki, sekali gus memerlukan pembedahan serta tempoh pemulihan yang panjang.
Menurut kakaknya, Nur Ain Natasya Roslan, 19, kejadian berlaku ketika adiknya sedang bermain bersama saudara di tepi rumah nenek mereka di Jerantut, Pahang pada hari ketiga sambutan Aidilfitri waktu yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan keluarga.
Ketika itu, ahli keluarga lain berada berhampiran sebelum dia terdengar jeritan kuat yang pada awalnya disangka hanya gurauan.
“Saya baru naik ke rumah nenek, kemudian dengar jeritan kuat dua kali. Bila turun, saya nampak abang sudah angkat adik saya dan bawa ke rumah,” katanya.
Tambahnya lagi, abang mereka menyedari sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu laju sebelum melanggar adiknya.
Difahamkan, kenderaan tersebut merupakan kereta persendirian yang dipandu oleh seorang anggota polis yang ketika itu bertugas dengan berpakaian preman.
Setakat ini, hanya seorang daripada empat individu yang menaiki kereta itu tampil memohon maaf, manakala perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa masih belum diperoleh.
Mengulas keadaan terkini adiknya, Nur Ain Natasya memaklumkan bahawa Muhammad Daiyyan Syahid telah menjalani pembedahan bagi membuang batu serta memperbaiki saraf yang rosak.
“Alhamdulillah tiada patah tulang, tetapi saraf kaki rosak 50 peratus dan tidak dapat diselamatkan sepenuhnya.”
Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tersebut kini perlu bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, sekali gus memberi kesan besar kepada kehidupan hariannya.
Apabila saraf kaki rosak 50%, fungsi pergerakan menjadi sangat terhad. Kanak-kanak yang sebelum ini aktif berlari dan bermain terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang mencabar.
Selain fizikal, kesan emosi juga tidak kurang hebatnya. Perubahan mendadak ini memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga serta rawatan pemulihan jangka panjang.
Kini, seorang anak kecil yang dulunya bebas berlari, terpaksa belajar menerima hakikat bahawa langkahnya tidak lagi sama seperti dahulu. Dan bagi sebuah keluarga, ini bukan sekadar ujian—tetapi luka yang akan dikenang seumur hidup.
Kisah saraf kaki rosak 50% ini menjadi peringatan kepada semua bahawa keselamatan anak-anak harus sentiasa diutamakan, walaupun mereka hanya bermain di kawasan rumah sendiri.
Dalam sekelip masa, kecuaian atau situasi yang tidak dijangka boleh mengubah seluruh kehidupan. Semoga kisah ini membuka mata ramai pihak tentang pentingnya keselamatan dan kepekaan terhadap persekitaran.
Seorang wanita itu kuat sebab anak-anak. Meskipun rumah tangga sedang diuji, pujian harus diberikan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana kerana dia tetap tenang menghadapi ujian kecil ini.
Baru-baru ini, perkongsian Sarah menjadi perhatian apabila mengatakan usia antara 36 hingga 40 tahun adalah ‘kemuncak’ ujian yang bakal diterima setiap individu. Ujarnya, pada usia tersebut pelbagai ujian akan dihadapi namun baginya itu adalah tanda Allah sayang pada hambaNya.
“Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap enam (maksimum). Tak kira lelaki atau perempuan. Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun.
“Masa usia 36 hingga 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai dan kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Masa inilah ada rumah tangga yang gagal, hilang kerjaya, mula sakit, dikhianati sahabat sendiri, di uji dengan masalah kewangan, anak-anak membesar dan banyak akal.
“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
“Dia nak kita sujud dan istighfar kepada-Nya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ‘all is new’,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah berkata lagi apabila mencapai usia 40 tahun setiap individu sepatutnya sudah mencapai ketenangan serta mendekatkan diri kepada Allah.
“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
“Itupun jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ . Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, diusia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua.
“Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa,” kongsinya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.