Salah satu cara untuk pastikan bayi kita makan nasi secukupnya adalah dengan variasikan menu buatnya. Salah satu cara adalah dengan menjadikan biskut beras bayi seperti yang dikongsikan ini. Bukan sahaja boleh dibancuh dengan air dan jadikan bubur bayi bahkan anak yang sudah besar pun boleh jadikan snek. Krup krap makan tanpa henti.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Myra Shafie ini memang awesome. Mudah je cara hendak membuatnya. Paling penting biskut beras ini boleh meringankan tugas ibu terutama yang bekerja. Lagi selamat dan yakin sebab kita yang sediakan sendiri. Balik sahaja kerja, bancuh dengan air dan boleh terus suapkan pada bayi. Wow awesome!
Hari nie first time try n error buat biskut beras sendiri. Buat Mango Flavour. So biskut nie boleh makan macam tu jee or boleh jadikan macam nestum. So senang mommy nak travel ke nak tinggal dekat babysitter ke sebab boleh tambah air terus. Step ada pada gambar ye.
Lepas tu tambah 3 sudu besar unbleach flour. Uli-uli doh agak-agak tak berderai dan tak melekat. Kalau masih berderai boleh tambah mango puree/unsalted butter.
Saja try guna acuan donut. Bakar pada suhu 160, dalam 10 minit, api atas bawah.
So ni laa hasil dari ibu yang tak berapa nak kreatif. Ada tebal ada nipis. Ok laa.. first try kan.. 😉
Bila nak makan boleh tambahkan air jee terus. Mudah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gabungan pisang dengan coklat memang tak pernah menghampakan. Popia pisang dengan taburan coklat rice dan nutella buat sarapan dan minum petang anda sekeluarga paling bermakna.
Mana taknya, sekali letak hidangan di atas meja, anak-anak berebut! Memang sedap dan ringkas. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ni.
Popia pisang double coklat. Minum petang bersantai santai. Memang sedap. Gabungan rangup, manis pisang dan coklat. Fuhh meletop. Walaupun ramai dah berniaga popia pisang coklat ni. Ika tetap nak share hehehe.
Bahan-bahannya :-
Popia
Pisang
Coklat rice (ni pilihan)
Tepung dan air (untuk dijadikqn pelekat)
Nutella (tukar ke coklat lain pun boleh)
Asingkan kepingan popia.
Dah asingkan kepingan popia. Kite beralih arah ke pisang. Potong pisang bahagi 2. Nak potong boleh. Tak nak potong pun boleh. No problem hehe.
Hasil pisang di belah dua.
Letak pisang di tengah hujung ke arah kita. Dan letak coklat rice.
Gulung kasi kemas dan ketat supaya coklat rice tak terkeluar.
Tepung dan air. Dijadikan gam.
Masa untuk goreng hingga perang.
Hias dengan nutella. Wehhh sedap sangat oiii. Gabungan rangup dan lembut dan manis. Memang sedap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lama lagi kita semua akan mula berpuasa. Biasanya lauk yang membuatkan kita berselera makan adalah ikan kering, telur goreng dan telur masin. Sebut tentang telur masin ni, nikmatnya kalau dapat makan dengan nasi panas! Geng pula dengan ikan atau ayam goreng dan sambal.
Harga sebiji telur masin pun boleh tahan. Ada masa lagi kalau nak buat sendiri. Rupa-rupanya taklah susah nak dibuat, anda boleh ikut resipi Raja Amanina ni. Kita pun lebih yakin dengan kebersihan telur masin yang dibuat sendiri.
Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk. Alhamdullilah cantik kejadiannya. Air garam tu nina masak hingga betul betul mendidih (orang kelantan panggil hingga naik bunga garam).
-Telur itik 50 biji
*Cuci bersih dan jemur hingga betul betul kering
-Garam kasar 500gram
-Air 1.5liter
-2 helai daun pandan
Sediakan botol dengan penutup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
3. Memudahkan penghadaman
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.