Apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau akidahnya, perkara pertama yang akan dilihat adalah bagaimana ibu bapa itu mendidik. Begitu juga bila dalam sebuah keluarga, ada anak yang hafaz al-Quran dan menjadi hafiz.

Bangga Dan Terharu. Impian Norman Dan Abby Nak Lihat Anak Sulungnya Bergelar Hafiz Quran Tercapai

Ibarat kata orang, corak didikan ibu bapa tersebut akan menjadi contoh kepada ibu bapa lain. Begitulah yang dirasai oleh Abby Abadi dan Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim telah bergelar al-Hafiz dan mempunyai kelulusan diploma dalam bidang hafazan al-Quran dari Mekke Kursu Kuran Isparta,Turki.

Bangga Dan Terharu. Impian Norman Dan Abby Nak Lihat Anak Sulungnya Bergelar Hafiz Quran Tercapai

Menerusi perkongsian Norman Hakim di instagramnya, dia cukup bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana impian nak lihat anaknya menjadi seorang Hafiz Quran akhirnya tercapai.

IKLAN

Salah satu status yang dimuat naik Norman Hakim juga cukup mengambarkan dia begitu gembira dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh anak sulungnya ini.

Alhamdulillah..mohon doakan anak ini dan kawan-kawannnya dari seluruh dunia yang dihimpunkan disini dalam perjuangan mereka demi AL-QURAN tercinta Aamiin Ya Rabb.

Sementara itu, Norman Hakim juga turut mengingatkan anak-anaknya walau setinggi mana pun kita, dahulukan ibu. Restu ibu adalah penawar yang terbaik untuk terus mencapai kejayaan dalam hidup.

IKLAN

SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU..peringatan untuk Abg Danish Hakim ,untuk anak-anak papa yang lain termasuk diri papa jugak dan kawan-kawan yag ada kat sini; kalau ada ‘proposal’ duniawi samada nak dapat 4 flat ke..nak dapat first 1 mil dalam business ke..nak dapat jodoh yang baik-baik ke..apa jugaklah impian yang ada, mintaklah dengan mama (Abby), mummy (Memey) & ibu, mak, mama, mummy, ummi, ummu uolls buat ‘submission’ dalam tahajud & dhuha diorang.

Bangga Dan Terharu. Impian Norman Dan Abby Nak Lihat Anak Sulungnya Bergelar Hafiz Quran Tercapai

Jangan pandang ringan ‘effort’ ni sebab doa keramat hidup kita yang syurga kita terletak ditapak kaki mereka tidak terhijab untuk kebaikan kita.Yang dah buat akan percaya dgn kata-kata saya, yang tak percaya? Cuba buat dulu.YAKIN & ISTIQOMAH.In shaa Allah️

IKLAN

Bangga Dan Terharu. Impian Norman Dan Abby Nak Lihat Anak Sulungnya Bergelar Hafiz Quran Tercapai

Susulan kejayaan yang dicapai oleh Danish, ramai peminat Norman Hakim dan Abby Abadi mendoakan kejayaan anak mereka. Ada juga yang mengharapkan Danish akan menjadi contoh kepada generasi muda lain untuk terus kekal berjuang dan memartabatkan al-Quran.

Sumber: instagram Norman Hakim

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI