Bila orang tanya kerja apa, dan kita jawab suri rumah, automatik orang pandang rendah. Bagi pandangan sesetengah masyarakat, wanita yang bekerjaya adalah wanita yang mencari rezeki dengan pergi ke pejabat, berpakaian seperti seorang eksekutif, keluar pagi balik petang dan jari jemari sibuk menaip papan kekunci serta menghadap komputer. Ini hakikatnya!
Tapi bagi wanita yang sememangnya berada di rumah dan menguruskan rumah tangga serta anak-anak, anda pun patut bangga. Jangan malu kerana kerjaya anda adalah yang sangat mulia. Biarlah apa pandangan orang sekalipun, janji keluarga anda berada dalam keadaan baik.
Seperti perkongsian Puan Normaliza Mahadi yang juga seorang kaunselor, beliau nasihatkan abaikan tanggapan orang kerana kita yang tahu apa yang kita lakukan. Suri rumah sekarang ni pun dah pandai cari duit sendiri dan ramai berjaya.
Sebut je suri rumah, keluarga mertua pandang rendah kepada menantu perempuan yang tak kerja ya? Sebab nampak menantu susahkan anak dia. Kesian anak dia kena kerja keras sara keluarga, sedangkan menantu relax aje kat rumah tengok tv, tidur, makan dan lepas tu hujung bulan dapat duit bertimbun dari suami. Lepas dapat duit bertimbun menantu pergi shopping. Kesian anak aku!
Inilah mentaliti yang menyedihkan yang masih berlegar dalam masyarakat. Tapi bukan keluarga mertua sahaja yang pandang rendah tetapi juga keluarga sendiri dan banyak ahli masyarakat.
Ads
Suri rumah ni macam tak ada masa depan. Membayangkan suri rumah ni berbaju kepam, bertudung senget, bau bawang, blur tak tau hal dunia dan semua yang buruk-buruk sahaja.
Suri rumah ni tak ada taste. Kalau bawak ke rumah orang pun terus pergi belakang untuk tolong masak dah basuh pinggan. Dukung anak sambil membantu tuan rumah memberi makan kepada tetamu lain yang bukan suri rumah! Begitulah suri rumah digambarkan.
Keadaan ini menyebabkan ada wanita yang tak perlu bekerja pun terpaksa bekerja hanya kerana tak selesa dan takut dengan pandangan masyarakat. Tak sanggup nak hadap persepsi gila yang suri rumah ini tak berguna.
Ads
Jihad untuk keluarga
Kitaran pandangan hina ini jika kita tak hentikan akan terus segar sepanjang zaman. Kita kena ramai-ramai hentikan. Semua orang. Jika daripada sekarang kita bekerja keras mengubah mindset masyarakat, generasi akan datang akan menuai kerja keras kita semua.
Suri rumah adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Tiada gaji bukan bermakna hina! Tiada gaji tetapi bekerja siang dan malam untuk keselesaan keluarga adalah jihad. Setiap tingkah laku dan amal baik yang tercetus dari ajaran ibu itu akan menjadi pahala yang berterusan.
Setiap keselamatan yang ibu ini sediakan untuk anak ini dan kelapangan ayahnya ketika bekerja kerana tahu anak-anaknya adalah selamat juga dikira pahala untuk ibu ini.
Ads
Pesanan saya untuk suri rumah di seluruh Malaysia, jangan sesekali memberi ruang kepada sesiapa pun untuk memperkecilkan pilihan menjadi suri rumah.
Suri rumah adalah satu kerjaya. Sesiapa yang tak boleh terima hakikat ini, biarkan mereka. Jangan membiarkan kesempitan fikiran mereka ini mengganggu kehidupan kita.
Perkenalkan diri puan sebagai suri rumah tangga. Tanpa perkataan je… Saya seorang suri rumah tangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila rasa nak marah dengan anak, memang tak boleh nak elak untuk naikkan suara atau pukul anak. Tapi sebenarnya ada cara yang boleh tenangkan hati.
Sebagai ibu bapa, kena ingat dalam rumahtangga, kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidupan. Tak seronok seandainya kemeriahan hidup berumahtangga tidak diserikan dengan telatah dan gelagat anak-anak yang 1001 macam kerenahnya.
Gelak ketawa dan suka duka dalam sebuah keluarga makin terserlah dengan kehadiran cahaya mata. Namun tidak dinafikan juga, ada pasangan hidup yang selesa tanpa kehadiran anak-anak.
Mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pertama menimang cahaya mata, sedikit sebanyak mengukirkan senyuman di raut wajah ibu ayah. Pengalaman ini adalah anugerah yang cukup berharga untuk pasangan yang bergelar suami isteri.
Walaupun kerenah dan gelagat nakal anak kadang-kadang menguji kesabaran dan boleh buatkan ibu ayah naik hantu. Fahamilah bahawa ia adalah proses untuk anak membesar.
Yakinlah ini semua merupakan asam garam dalam hidup berkeluarga. Apa yang mampu dilakukan, sabar dan terus bersabar dalam melayani setiap kerenah si anak.
Di bawah ini dikongsikan cara nak sabar layan kerenah anak:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kita hendak menidakkan takdir dari Allah. Memang bila kehilangan orang tersayang lagi-lagi anak yang berada dalam kandungan selama 9 bulan bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Di tambah lagi bagi pasangan yang memang mengharapkan anak dilahirkan sihat sempurna.
Kita hanya mampu merancang namun Allah sebaik-baik perancang. Kisah seorang ibu ini yang terpaksa menerima takdir yang anaknya meninggal dunia selepas 3 jam dilahirkan sangat meruntun hati. Tanggal 25 April adalah tarikh yang akan diingati sampai bila-bila.
Dan setiap 25 haribulan setiap bulan juga ibu ini pasti akan menitiskan air mata kerana terlalu merindukan anak syurganya itu. Semoga perkongsian Puan Niti Nasuha Muhamed ini memberi kekuatan kepada kita semua.
Harini genaplah setahun pmergian putera kami Muhammad Yusuff Bin Muhammad Hazwan.. dan Ulangtahun kelahirannye yg ke 1 tahun..seorang yg kuat, manja dan seorang anak yang comel.
Setiap kali 25hb stiap bulan pasti airmata ku mengalir tanpa sebab, bile tgok kalendar ohh putera kmi rindukan kami rupanya.
Hanya naluri seorang ibu yg dpt merasainya..stiap kali tiba 25hb sy hnya mampu melihat gmbr masa lahirnya smbil mbilang umurnye yg telah pergi stiap bulan smentara melihat org lain count monthsary anak stiap bulan bserta gmbr yg makin mbesar..
Ramai yg masih xthu knp anak kmi pergi.. Hanya yg terdekat saje yg mengetahui.. sy dh tekad bila sy dh kuat, sy akn critakan.. dan harini ckup setahun dan sy dh ckup kuat utk trima segalanya dan utk kenangkn kembali saat manis dan pahit bersama putera kami..
Sbelum kandungkn die, sy pernah kguguran yg pertama kali, mase tu baru 10mggu.. 2bulan lepas tu dpt rezeki mengandung lg.. Mengandungkn Yusuff ni sgt senang skali.. Alahan pun smpai 3bulan mcmtu je pastu ok.. masa ni xde masalah ap2 lg, pergi checkup klinik smua ok.. ksihatan sy pun ok xde masalh hb low ke high ke, kencing manis pun xde.. boleh dikatakan smua ok lah..
Air Ketuban Kurang
Ok, da nk masuk 27 mggu trasa mcm nk scan nk tgok jantina.. biasalah kte mesti excited nk thu kn.. masa tu gedik nk g scan lua means scan klinik swasta sbb mgkin lebih nmpk kot..ok, dgn excited pergi, doc scan2 doc mcm senyap dan lama die scan baru die bsuara..die ckp ‘ puan tahu x yg air ketuban puan macam da kurang, dan sy xjelas nk tgok jantina nye’..sy trus rasa xsedap hati.. doc tu ckp air ktuban sy bacaan die 8 jer.. mcm agak bahaya utk baby.. doc trus bg surat sruh pegi klinik yg sy checkup slalu tu harini trus..
Dh pegi klinik sy checkup tu, pun sama doc ckp btul air ktuban sy kurang dah tggal 5 bacaan nyer.. dorg trus buat surat sruh pegi hospital..then dgn hati xtenang rsa mcm nk menangis trus pergi serah diri kt hspital Sg Buloh yg pling trdekat..dekat sna dorg scan lg skali, dorg pun ckp bnde yg sama air dah kurang, pelbagai soalan yg ditanya, malah smua jawapan sy xde masalah, xde leaking or ap2 yg mbuatkn air tu kurang..
Ibu Reda Di Cucuk Walaupun Sakit
Pastu rjuk plak pakar dekat situ, Allahu jawapan yg sy xpenah terlintas yg kluar..Doc tu ckp die xnampak buah pggang sbelah..luluh hati ni mendengar nyer.. rsa mcm nk pengsan kt situ trus.. trus berjurai airmata ni..rasa mcm xpercaya kndungan sy ad masalah.. tp doc ckp die pun xpasti.. smggu kne warded kt situ sbb nk pntau dan nk cucuk ‘Dexa'( ubat matangkn paru2 baby) incase klu kne brsalin awal..Dexa ni sakit sgt2, tp demi anak ku gagahkn jua.. sedih sgt waktu bile kenangkn bby ad masalah, kmi sama2 bjurai airmata sbb sedih dpt berita yg xdisangka2..
Dah masuk semggu kne warded, doc pakar situ call doc pakar yg lagi pakar bahagian scan baby.. so dapatla pakar dekat Hospital Klang.. Hati ni dah longlai sbb xsggup nk dgr keputusan yg sama lg.. tapi sbelum pergi serahkn diri ke sana, kmi cuba ikhtiar pergi scan swasta Kt Hospital Az-zahra dekat bangi, dgn harapan dorg ad peralatan canggih utk nampak segalanya.. Riak muka doc sama stiap kali scan perut sy, sy dh dpt agak mesti berita yg sedih jgk.. Doc situ pun ckp kndungan dlm bahaya, air ktuban awak sy dh xboleh kira brapa bacaan nye.. kluar dari blik doc, sy menangis semahu2nya, dah xhiraukan sesiapa dah.. sy rsa xkuat sgt, rsa lemah sgt..ok xpelah, pergi yg dekat Klang tu plak mggu depan..
First pegi sana, jawapan yg sama kami trima.. jawapannye xdpt tgok dgn jelas buah pggangnye.. andaian demi andaian doc berikan yg xsggup kami dgr.. sehinggakn doc minta utk buat ujian air ktuban utk tahu ap masalah sbnrnye..kmi buat solat hajat solat istikharah utk bg kputusan yg tepat smbil tnya kwn2, parents apa yg perlu dibuat.. so kmi decide utk xbuat ujian tu sbb tkut gngu kandungan..
Jadi bile kputusan itu sy buat, doc Klang tu ckp awk perlu tggung risiko, dan kne selalu pantau gerakan die.. dan last skali die tanya nk bsalin dekat mane..mase ni baru 8bulan..sy ckp je Hospital Serdang sbb dgr sana ramai pakar dan service ok skit..so dpt surat pergi hospital situ plak.. penat kehulu kehilir dah xrasa sbb lebih pkirkan keadaan bby..airmata yg klua pun mcm smpai dh nk kering sbb tiap hari menangis..dah mcm2 ikhtiar tradisional la, amek air penawar la, mtk org kg, budak tahfiz buat solat hajat, dan mkn buah2 yg boleh bnykkn air ktuban.. bermacam2 cara dan ikhtiar kmi cuba..
Pergi je dekat hospital Serdang jupa pakar sana, Alhamdulillah, ad sedikit positif dri doc situ, die ckp buah pggang nye ok jer, sy boleh nmpk dua… cumaa, air ktuban tu mmg skit.. bile dgr cmtu, rasa lega yg amat.. sbb baby ku sempurna tp masih diuji air ktuban ditahap yg xboleh baca..
Doc nk warded smggu sbb nk tgok keadaan bby.. kne cucuk lg dgn ‘Mexxa’ plak.. xthu btol x bacaannye.. tpi Mexxa tu Ya Allah sakit sgt , panas satu badann mgigil bdan ni.. dah la kne masuk ubat tu kena dlm laboor room.. xboleh wad biasa sbb nk guna peralatan dlm laboor room dan kne ad doc pantau stiap sejam..ok.. smggu admit kt sni.. hati ni xsenang duduk dah.. doc pun dtg ckp sy boleh kluar wad..Sbb die tgok bcaan jantung baby ok, aliran darah smpai ke dia pun ok, gerakan ok mcm xde maslaah ap2.. so doc izinkn sy kluar wad tp stiap mggu kne dtg jupa pakar utk scan nk tgok keadaan..
Kena Bersalin Czer
Alhamdulillah kt sni sy dpt doc ppuan yg sgt baik, sopan dan sntiasa bg kata2 positif.. stiap mggu die scan die ckp baby ni aktif sgt la nk scan pun payah smpaikan terukir sedekit senyuman sy walaupun hati tgah resah tersebut..doc pun ckp die xboleh nk ckp knapa air ktuban sy sdikit sdgkn keadaan baby dlm ok..die ckp kte tgok nanti baby dh kluar, insyaAllah baby ok.. salu kata2 positif yg kluar dari mlut doc.. Doc da ckp die hnya tggu baby matang utk kluarkn die means kne bersalin awal.. awal tu mksudnye masuk je 9bulan (ckup2 37mggu) sy kne bsalin..doc takut nk sruh sy bsalin pra matang sbb ksian kn bby, sbb bby masih ok kt dalam.. ok doc da bg surat utk bsalin tarikh 25/4/2017.. tapi doc dh ckp awk kne ceaser sbb kepala bby kt atas.. dia masih songsang..xboleh nk bsalin normal.. Allahu, xkuatnye aku nak hadapi pembedahan plak..
Sehari sbelum sy dh kne warded, perasaan time tu Ya Allah, berikan la ak pluang utk bsalin normal, pusingkan kepala anakku kebawah.. doa xhabes2 , solat sunat suma dh buat.. Tp dah ini takdirku.. scan kali terakhir, kepala bby still kt atas.. so kne operate jgk..
Mlm tu berpuasa lah sy utk jalani operation pagi esk.. doc dh ckp sy giliran yg last skali iaitu lepas zhor.. ad 5 org kne ceaser hari trrsebut..ok sy trime dgn reda.. suami sy pun ulang alik2 die dtg tgok sy.. dh ckp kt die bsalin lepas zhor.. so die akak dtg tgahri la dgn mak ayah.. tp mlm tu Tuhan saje yg tahu, sebak xterkata sy duk bbual dgn baby smbil usap perut, stiap kali sy bckp die bergerak, seolah2 die pun nk berborak dgn sy.. sy hepy sgt..sbelum2 tu pun die salu bg rangsangan bile sy bckp, mmg anak yg dgr kata maknya..
Ok smbung balik, dlm pkul 11 lebih mcmtu sy rsa sakit2 kt perut, sy xthu sakit knp.. rsa nk buang air besar, pegi2 xnk buang plak.. smpai xboleh nk tdo lgsung mlm tu.. tp anak sy dlm perut tu lah teman kn, bergerak xhenti2.. xthu knp aktif sgt.. smpai kesubuh die bergerak.. tp smbil sy rsa xtahan dah sakit tu.. pggil nurse pun die ckp xde pape sbb die ingt sy sakit perut biasa.. sy ni xthu mcm mne contraction, sy pggil nurse lain utk cek sy, die ckp sy ni contraction ni, awk xboleh bsalin normal sbb songsang.. so emergency dorg tolak sy ke bilik OT pagi tu pkul 8.. sy sempat msg sepatah je gtaw suami sy perlu ditolak ke bilik OT..
Lepas Lahir Anak Terus Masuk ICU
Smbil ditolak sy dh menangis sbb sakit yg sgt dan menangis ketakutan kne operate zikir xhenti2 dmulut sy spaya diselamatkm smuanya.. Dlm bilik OT tu sy rsa dorg dh kluarkn bby, sy xsabar nk tgok bby.. tp da lama2 skit dorg xtunjuk lgsung dekat sy, nurse dtg cuma ckp dah selesai, sy tolak awk ke bilik lain utk rehatkn diri.. Tapi sy tetap xpuas hati, sy nk tgok baby sy hati sy dah resah mane baby sy.. dah xsedap hati knp dorg xbg sy tgok baby sy.. smbil baring blik sebelah sy duk angkat2 kepala ni nk paggil sapa2 yg lalu nk tnya pasal anak.. smpai sy trmuntah sbb dh angkat kepala sbb nurse dh pesan jgn tggikan kepala takut muntah.. sy dh xhrau dh sbb nk tgok bby..nurse tu pun ckp nanti doc pakar dtg gtaw awk keadaan bby..
Dtg la pakar dekat sy berehat, die ckp ‘puan rehat baik2 yea, anak puan ada dekat icu skrg, die ad maslah skit, die dgn ayah die kt sana..sy dh explain dekat ayah die..nti puan dh boleh bgun boleh la pegi tgok..’ hati ni trus rasa lega skit sbb die bsama ayah die..walaupun trtanya2 knp duk icu.. dlm kepala sy pkir positif je masa tu.. ‘alah anak org lain ad jgk masuk icu, nti boleh klua la tu’ itu je sy pkir.. perasaan xsbaar nk bagun nk tgok jer.. sy bsalin dlm pkul 9 pagi.. sy ditolak naik ke wad biasa dlm pkul 11 mcmtu..
Dah kat wad, suami sy dtg jenguk sy dlm pkul 12.. sy tnya mane ank.. die ckp kat icu, ank ok insyaAllah.. lega sy dgr.. tp sy pelik time tu, mata die merah.. sy hnya pkir mgkin die sedih anak masuk icu je kot..positif je yg sy pkir..tp mak ayah dtg salam dgn sy smua mata merah, sy tnya knp nk sedih ank duk icu je pun..masih positif..dlm ksedihan tu sy tgok suami sy kelam kabut duk jupe nurse sbelah sna.. sy pkir positif lg mgkin die nk tnya bile anak boleh wt naik wad kot..
Anak Ibu Dah Tinggalkan Ibu Selama-lamanya
Tak lama kemudian, nurse dtg nk cek keadaan sy.. die terlepas ckp ‘ nanti puan dh boleh bgun boleh la tgok arwah kt bawah’. Ya Allah.. sy xbrape paham ayat nurse tu.. nurse tu pun terkejut sbb sy masih xthu keadaan sebenar hati sy dh berdegup kencang, ayah sy dan suami sy trus cepat mndekati sy smbil peluk sy..sambil bisik dgn sy ‘bwk mengucap sygg.. anak kita dh pergi tggalkan kita, sy xsggup nk gtaw td sbb tgok awk masih lemah’.. sy meraung sepuas2 nya kat situ.. sy rasa mcm nk bangun trus nk pergi tgok anak sy.
Rupanya msa pkul 12 yg die mata merah2 dtg jenguk sy tu bby da mninggal die sdg nk bbincang dgn ayah mcm mne nk gtaw dkt sy.
Doc tak bg sy bgun sbb patient baru lepas operate kne 6jam baru boleh bgun.. Ya Allah ujian apakah ini.. aku xkuat masa ni rasa nk pengsan jer..menangis xberhenti.. doc dtg explain anak sy ad masalah paru2 nye lemah.. kami dh cuba bantu bg saluran pernafasan, tapi die bertahan 3jam saje.. die ckp baby lemah pernafasan die slepas ptuskan tali pusat tersebut.. maknanya selama die aktif dlm perut, die hnya bergantung pada diriku 100%.. sbb tu die kuat dlm perut..manjanye kamu dgn mama.
Sy meronta2 nk bangun nk tgok bby kt forensik, sbb bahagian forensik xbg wt naik atas sbb die ckp ikut prosedur mayat xboleh bawak naik wad..suami sy berkali2 pegi pjuk sruh bawak naik sbb sy nk kucup die kali terakhir sbelum di bawak kebumikan kt kg.. dorg still berkeras.. suami sy cuba pjuk doc plak spaya keciankn sy nk jumpa anak sy..last2 doc tu pegi bbincang bhagian forensik baru dorg benarkan..
Dlm pkul 6 ptg mcmtu,dlm ksibukan bunyi bising, sy tdgr troli ubat mcm tgh bergerak , dan dlm masa yg sama sy dpt rasakan seolah2 anak sy tgah berlari utk dpatkn sy, Ya Allah, sgguh perasaan ku betul.. troli td sbnrnya bawak anak sy utk jupa sy.. sy xboleh bgun dr katil cuma boleh tggikan bahagian belakang.. trus sy dakap trus sy cium die puas2.. diteliti tgn kaki nye.. Ya Allah, sempurna nya kamu syggg.. tp Tuhan lebih syggkn kamu mama redha dgn pmergian kamu nak.. pergilah jumpa Penciptamu syggku…lepas pd tu suami sy minta izin utk bawak balik arwah utk kebumikan di kg.. Tp sy kne stay di hspital lg sbb bdan sy masih lemah.. suami sy bawak balik mlm tu jgk ke kg.. Sy merayu utk balik jgk sbb sy nk tgok anak dikebumikan.. Allahu, Tuhan saje thu perasaan sy xdpt balik utk mandikan jenazah dan tgok kali terakhir sbelum dikebumikan.. Allah sedang uji sy lagi.
Smpai ke harini sy bangkit, bina hdup sy smula.. cuba kuatkn diri demi org2 yg sy syg disekeliling sy.. sehinggakan sy cipta WANITY WEDDING CONCEPT tersebut sbb ingin cari masa yg tluang utk bnde2 yg sy minat utk sy kurangkan kesedihan sy..
Alhamdulillah makin hari makin kuat.. Allah Maha Mendengar.. Harini 25/4/2018 sy bgun pagi dgn rsa sebak sbb terkenangkn harini hari kelahiran dan pemergian die.. Tapi sesampai di ofis, sy dpt berita gembira dimana suami sy dpt kerja yg lebih baik dari yg sekarang, pangkat yg lebih tggi… berita yg selama ini kami tggu.. genap setahun Engkau gantikan dgn tangisan kegembiraan pada hari yg sama.. Syukur padaMu Ya Allah.. Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani hamba2Mu.. Terima kasih Ya Allah..Terima kasih sbb jadikan sy seorang hamba yg kuat.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan ku..ingatlah, Allah Maha Adil.. Dia datangkan hujan lebat ribut petir, disebalik tu Allah dtgkan pelangi kepada kiter.. renung2kan diri masing2..
SELAMAT ULANGTAHUN YG PERTAMA ANAKKU
AL-FATIHAH ANAK SYURGAKU
MUHAMMAD YUSUFF BIN MUHAMMAD HAZWAN DALAM KENANGAN
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak. Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih.
Buahan-buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.
Jadi perlulah dicuci terlebih dahulu sebelum beri anak-anak makan. Nak tahu caranya?
TIP BASUH BUAH ANGGUR Anggur ada wax atau lilin untuk bagi ia tahan lama. Jadinya salah satu cara nak basuh buah anggur dengan bersih ialah dengan mengunakan tepung gandum.
Caranya:
1. Ambil anggur, taburkan dengan tepung.
2. Biar direndam seketika, 5-10 minit.
3. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
4. Bilas dengan air bersih.Kemudian basuh dan toskan.
Masa basuh tu kena ambil masa sikit. Sebab tepung tu akan melekat kat lilin pada anggur tu.
Hasilnya, anggur jadi lebih bersih, berkilat dan manis tanpa rasa pahit atau kelat.
Dapatkan Al-Quran Al-Amin Tagging Premium Set dengan diskaun RM5. Gunakan kod ini PNMGSP5 di sini.
Mudahkan? Jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni, jangan terus basuh makan je tau.