Bakal bersalin anak kedua tidak lama lagi, pelakon cantik jelita Datin Niena Baharun berkongsi perkembangan terkini tentang diri dan kehamilan keduanya itu bersama sebuah portal hiburan.

Menurut pelakon Jangan Benci Cintaku ini, segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua sudah dilakukan, namun memandangkan kelengkapan anak sulung masih lagi baik, jadi ada juga yang digunakan kembali buat anak yang bakal lahir.

“Bangkit Dari Tidur, Dia Akan Cium Perut Saya,” Bakal Dapat Adik Tak Lama Lagi, Niena Baharun Akui Anak Sulung Makin Manja

Menurut portal Media Hiburan juga, Niena memilih untuk tidak mendedahkan jantina anak kedua yang sedang dikandung.

“ Mengenai jantina anak pula, biarlah bila semuanya selamat baru kami akan umumkan.

“Bagaimanapun saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, memadai bayi yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna.

“Bangkit Dari Tidur, Dia Akan Cium Perut Saya,” Bakal Dapat Adik Tak Lama Lagi, Niena Baharun Akui Anak Sulung Makin Manja

Artikel berkaitan: Wah…Tahniah Niena Baharun Pun Tengah Hamil Anak Kedua, “Pelepah Angin’ Bersolek Cantik Pergi Check Up Baby Masa PKP

“Cumanya kalau ikutkan saya, saya inginkan anak perempuan, barulah lengkap sepasang,” katanya.

IKLAN

Bakal bersalin secara Ceaserean

Bersalinkan anak sulungnya dengan kaedah pembedahan atau ceaserean, pelakon ini turut memaklumkan akan menggunakan kaedah bersalin yang sama untuk anak kedua yang bakal lahir nanti.

“Kelahiran anak pertama menerusi pembedahan dan begitu juga dengan yang kedua ini. InsyaAllah saya akan bersalin di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Ditanya apa reaksi anak pertama, Adiel Mikael yang kini mencecah usia 1 tahun 9 bulan apabila mendapat tahu dirinya bakal mempunyai adik, Niena menjelaskan anak pertamanya itu semakin manja dengan dirinya.

“Saya boleh nampak dia semakin manja dengan saya. Malah setiap pagi bangkit dari tidur, dia akan cium perut saya,” cerita Niena lagi.

“Bangkit Dari Tidur, Dia Akan Cium Perut Saya,” Bakal Dapat Adik Tak Lama Lagi, Niena Baharun Akui Anak Sulung Makin Manja

IKLAN

Turut ditanya tentang perkembangan terkini dalam dunia lakonan, Niena akui ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak atas beberapa faktor.

“Lebih dua tahun saya tidak menerima mana-mana tawaran berlakon. Awal tahun ini saya ada berniat untuk kembali aktif, bagaimanapun tiba-tiba dapat tahu hamil anak kedua.

“Jadi niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu,” katanya.

Niena Baharun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 di Kota Bharu Kelantan.

“Bangkit Dari Tidur, Dia Akan Cium Perut Saya,” Bakal Dapat Adik Tak Lama Lagi, Niena Baharun Akui Anak Sulung Makin Manja

Sumber: Media Hiburan & IG Niena Baharun

IKLAN

Artikel menarik: Comelnya Ean Yusuf, Bayi lelaki MUA Bellaz Jadi Perhatian Wargamaya, Bermata Kelabut Kulit Putih Melepak Macam Anak Patung!

EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124

“Bangkit Dari Tidur, Dia Akan Cium Perut Saya,” Bakal Dapat Adik Tak Lama Lagi, Niena Baharun Akui Anak Sulung Makin Manja

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI