Banjir: ATM Bantu Memindahkan Ibu Dalam Pantang, 2 Bayi Baru Lahir & Kanak-Kanak Ke Pusat Pemindahan Banjir

Share

Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) telah membantu memindahkan mangsa banjir termasuk seorang wanita yang baharu bersalin di Kg Penggawa Mat Saat, Melor, Kota Bharu, Kelantan, dua hari lepas.

Usaha ini melibatkan seorang pegawai dan 25 anggota LLP yang telah memindahkan tujuh mangsa banjir yang terdiri daripada dua orang dewasa, tiga kanak-kanak dan dua bayi ke Surau Hj Mustapa, Kg Penggawa Mat Saat.

“KAMI AKAN TETAP BERSAMA RAKYAT DALAM APA JUA KEADAAN”

Kredit: Briged Kelapan Infantri Malaysia

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN