Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) telah membantu memindahkan mangsa banjir termasuk seorang wanita yang baharu bersalin di Kg Penggawa Mat Saat, Melor, Kota Bharu, Kelantan, dua hari lepas.
Usaha ini melibatkan seorang pegawai dan 25 anggota LLP yang telah memindahkan tujuh mangsa banjir yang terdiri daripada dua orang dewasa, tiga kanak-kanak dan dua bayi ke Surau Hj Mustapa, Kg Penggawa Mat Saat.
Ads
Ads
“KAMI AKAN TETAP BERSAMA RAKYAT DALAM APA JUA KEADAAN”
Setelah 6 bulan berada di hospital akibat komplikasi selepas bersalin ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu, akhirnya Nur Fadilla telah dibenarkan keluar wad ICU dan pulang ke rumah.
Walaupun keadaannya hanya terlantar dan masih tak mampu untuk bergerak, sekurang-kurangnya dah banyak perubahan yang ditunjukkan olehnya atas semangat dari suami dan anaknya, Muhammad Syahmi serta ahli keluarga.
Menerusi perkongsian di Facebook kakaknya, Hasirah Nujiey mereka sekeluarga mengucap syukur kerana adiknya telah keluar hospital dan berada di rumah untuk melihat sendiri anaknya membesar di depan mata.
Memandangkan sejak melahirkan anaknya hinggalah Syahmi berusia 6 bulan, Fadilla tak boleh nak jaga anak cuma air mata sahaja menandakan dia betul-betul rindu.
Berikut luahan hati Hasirah setelah Fadilla dibenarkan keluar hospital.
Alhamdulillahh.. Moklaa dah boleh discaj… Terima kasih pd yg mendoakan moklaa… Hanya Allah yg dpt bls jasa kalian… terima kasih juga pd semua staff ICU INTaN…
Satu ketika dulu… 14.11.2018... Moklaa berjalan tanpa bantuan turun dari rumah.. utk menuju ke hospital demi melahirkan zuriat mereka berdua…
Waktu itu mokla sgt sihat.. tiada lg tanda2 utk melahirkan… sesampai di hospital.. mereka suami isteri berjalan menuju ke ward utk menyerahkan diri… berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda mahupom katil bertayar..
03.06.2019... Mokla pulang ke rumah.. setelah 6bln berumah di ward ICU INTAN HRPZ II…
Tetapi…..
Kepulangan mokla kali ini meruntun jiwa seluruh Ahli keluarga kami…. Mokla tak boleh berjalan sendiri.. Perlukan bantuan org sekeliling utk angkat mokla ke katil…
Walaupom begitu.. Kami bersyukur ke hadrat illahi.. kami terima segala kekurangan moklaa.. Allah sudah atur segalanya…
Ujian setiap orang tak sama. Walaupun kita rasa susah, masih ramai lagi yang tak bernasib baik dan hidup dalam serba kekurangan. Begitu juga kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil dan sedang berpantang anak ketiga.
Lagi perit, hidup keluarga ini ibarat jatuh ditimpa tangga setelah suami yang menjadi tonggak utama keluarga ditahan polis sejak bulan Oktober tahun lalu.
Berpantang dalam serba kekurangan
Bagaimanapun nasib ibu dan tiga anak kecil yang di tinggal di Ipoh, Perak telah mendapat perhatian Ebit Lew dan memberi khabar gembira buat keluarga ini. Menerusi perkongsian Ebit Lew, kehidupan ibu dan anak-anaknya susah sehingga rumah sewa dah tak mampu dibayar dan dalam rumah serba kekurangan.
“Ya Allah sayunya hati. Tengok bayi berusia 9 hari tiada stokin, tiada baju sempurna, tiada kain bedung dan rumah serba kekurangan.
“Suami dalam penjara. Anak tiga orang. Rumah dah dua bulan tak bayar. Dalam rumah ada satu kipas kecil bilah pun patah. Dari bulan 10 tahun lalu suami ditahan,” katanya.
Minta azan dan iqamah bayi
Tambah Ebit Lew, ketika lawatan itu, semua keperluan bayi dan anak-anak yang lain turut diberikan bagi meringankan beban si ibu. Apa yang membuatkan ramai yang sayu, ibu ini menangis kesyukuran dan tak sangka ada insan yang sanggup membantunya.
“Apa yang membuatkan saya sebak, ibu ini juga turut meminta saya azankan dan iqamah bayinya. Comel sangat anak ini. Kecil tapak tangan. Senyum-senyum je seolah-olah mengerti.
Dalam pada itu juga, Ebit Lew turut menyatakan menghadiahkan mesin basuh, kipas dan semua keperluan lain dalam rumah serta memberi sedikit duit belanja.
Harap dipermudahkan urusan ibu dan dan tiga anaknya
Sewa rumah setiap bulan juga akan ditanggung sepenuhnya. Apa yang membuatkan saya gembira, anak-anak kecil yang dapat hadiah mainan pun seronok. Berat ujian ibu dan anak-anak ini. Moga Allah permudahkan urusan mereka.
Syukur dan terima kasih kepada NGO tempatan dan masyarakat setempat yang banyak membantu. Terima kasih JKM. Terima kasih zakat. Terima kasih semua yang turut bersama membantu dan lebih cepat membantu.
**Mahu dapatkan barangan anak pada harga yang berbaloi, hanya klik saja di sini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula.
“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.
Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.
Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.
Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.
“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi selepas kedua ibu bapanya selamat dikebumikan dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.
“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.
“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.
“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu.
Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.
Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.
“Arwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.
“Jika menantu kerja, arwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur beberapa hari lalu terkejut apabila mengetahui isteri mangsa hamil anak kembar.
Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.