Di musim pandemik ini ada baiknya kita berkreatif mencari idea bagaimana untuk tidak membuatkan anak bosan di rumah. Pelbagaikan aktiviti motor halus dan kasar agar dapat menarik perhatian anak-anak.
Paling penting pastinya membiarkan anak melepaskan tenaganya setiap hari pada saluran yang betul. Idea Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi yang memilih aktiviti rock climbing untuk anak-anaknya di rumah ini memang superb. Hanya pakukan dinding dan biarkan anak memanjat dengan selamat di rumah. Terbaik!
Tak sangka pulak, ramai yang mesej saya semalam. Sebab nampak story anak saya ber’rock-climbing’. Elok juga kalian bertanya.
Alang-alang, bolehlah saya berkempen untuk wujudkan satu tempat panjat dalam rumah. 1 rumah, 1 tempat climbing. Gitu.
Bukan apa. Sesuai sangat dengan zaman pendemik sekarang. Sekurang-kurangnya, anak ada tempat untuk menyalurkan tenaga.
Habis pendemik pun, benda ni mampu berfungsi bagi kebaikan yang sangat POWERFUL kat anak.
Apa yang powerfulnya? Perasan tak, zaman sekarang ramai kanak-kanak delay. Antara sebabnya, kurang peluang untuk eksplorasi. Zaman kita dulu, kita panjat pokok, terjun sungai, main tenteng, main congkak. Jadi badan kita dapat stimulasi yang cukup. Tu sebab budak zaman dulu (kitalah tu), nampak lebih berdaya tahan.
Sedangkan kanak-kanak sekarang, jarang dapat keluar. Sebabnya : 🚫 Zaman sekarang bahaya bagi anak keluar sendiri 🚫 Susah dah nak dapat rumah bertanah. Kalau adapun, tak jumpa pokok untuk dipanjat. Apatah lagi sungai 🚫 Kanak-kanak lebih akrab dengan gajet
Ads
Jadi, kita mak ayah terpaksa bekerja keras untuk wujudkan ruang untuk anak bereksplorasi di rumah. Antara yang saya boleh cadangkan adalah, rock climbing ni.
Kebaikan wall climbing kepada anak-anak : 💪 Stimulate deria keseimbangan 💪 Koordinasi otak kanak dan otak kiri. 💪 Membina kecekapan badan 💪 Koordinasi mata – tangan 💪 Tingkatkan kemahiran problem-solving 💪 Membina keyakinan diri
Dan, yang saya rasa PARENTS PALING SUKA NAK DENGAR adalah, aktiviti ini * membina kekuatan otot yang diperlukan untuk anak MAHIR MENULIS.
Sebab apa? Sebab aktiviti memanjat menguatkan otot jari, lengan, bahu dan otot teras. Bila otot jari dan bahunya kuat, tidaklah anak asyik penat menulis. Bila otot terasnya padu, barulah anak boleh fokus duduk lama-lama untuk belajar.
Best kan!
Ads
Bak kata suami saya, “Demi melahirkan anak bujang budiman (baca ‘strongman’), dinding pun sanggup kutebuk.”
Tapi pesanan saya, kalau nak dapatkan, pastikan pilih skru yang sesuai dengan dinding. Kalau tak, jadi macam saya. Tersalah pilih. Terpaksa beli lain. Nasib baik rumah dekat dengan hardware.
Untuk keselamatan, letak tilam lipat kat bawah, dan suruh anak pakai helmet.
Ads
Sebelum tebuk dinding, decide dulu kedudukan ‘panel’. Kalau salah tebuk, terpaksa wakaf lubang salah tu sebagai tempat tinggal labah-labah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak disangka-sangka seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun melalui detik menakutkan apabila diserang biawak di sebuah chalet di Kampung Salang, Pulau Tioman.
Kejadian 12 tengah hari itu menyebabkan kaki kanan Faliq Iman Mohd Fadhirul Izwan luka selepas reptilia sepanjang 1.5 meter itu menggigit kakinya.
Bapanya, Mohd Fadhirul Izwan Mat Saridan, 34, berkata, chalet itu milik bapa saudaranya dan dia bertugas sebagai pengurus di situ.
Katanya, sebelum kejadian dia melihat anak tunggalnya itu berada di bawah kaunter pendaftaran chalet sambil bermain telefon bimbit sebelum dia masuk ke pejabat.
“Tidak lama kemudian saya terdengar Faliq menangis dan bergegas keluar sebelum ternampak seekor biawak sedang menggigit kaki kanan anak saya.
“Saya cuba menghalaunya namun reptilia itu tetap menggigit kaki Faliq, saya kemudiannya memijak haiwan itu dua kali barulah reptilia itu melepaskan gigitan dan melarikan diri,” katanya.
Trauma selepas digigit
Katanya, dia terus membalut kaki Faliq dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Tekek dan doktor memaklumkan kesan kecederaan agak serius dan memintanya membawa Faliq ke hospital.
Menurutnya, selepas kejadian itu anaknya kelihatan trauma dan berulang kali menyebut ‘Faliq takut biawak’ setiap kali bertanyakan mengenai kejadian itu.
Mohd Fadhirul Izwan berkata, sebelum ini sudah beberapa kali reptilia itu ‘menceroboh’ chalet namun dia dan beberapa pekerja lain hanya menghalaunya.
“Mungkin biawak itu masuk ke chalet untuk mencari makanan kerana di sekitar kawasan chalet ini banyak kucing terbiar.
“Bagaimanapun saya tidak menyangka kali ini biawak itu berani menyerang manusia dan anak saya pula menjadi mangsa,” katanya.
Difahamkan Faliq Iman kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuantan.
Kejadian itu kali kedua berlaku di pulau peranginan berkenaan selepas bayi perempuan berusia lapan bulan parah apabila dibaham reptilia itu pada 23 September 2014.
Tempoh berkurung yang panjang di seluruh dunia berikutan penularan pandemik Covid-19 bakal mengakibatkan tujuh juta kehamilan berlaku.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), pelbagai faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ini.
Kajian yang dilakukan mendapati akses perancangan keluarga atau menghadapi kehamilan yang tidak diduga disebabkan keganasan terhadap wanita dan amalan lain menyebabkan jumlah naik mendadak.
“Data ini menunjukkan kesan yang berlaku ketika tempoh Covid-19 ke atas wanita dan gadis di peringkat global,” jelas Pengarah Kanan UNFPA Dr Natalia Kanem.
Jumlah kehamilan yang tidak dirancang dijangka akan meningkat.
“Pandemik ini semakin berpanjangan, dan berjuta-juta wanita dan gadis kini berisiko kehilangan kemampuan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh dan kesihatan sendiri.”
Terdapat juga 31 juta kes tambahan keganasan berdasarkan gender dalam tempoh yang sama, dengan 15 juta lagi kes dijangka setiap tiga bulan sejak lockdown.
Pandemik ini juga telah mempengaruhi program Female Genital Muttilation (FGM) dan perkahwinan kanak-kanak.
Setiap anak pasti teruja inginkan adik beradik yang ramai apatah lagi jika terlalu lama menjadi satu-satunya anak di dalam keluarga.
Menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @lya a.naaa, memaparkan seorang kanak-kanak yang baru pulang ke rumah bersama bapanya.
Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi kanak-kanak tersebut yang teruja melihat kehadiran bayi di rumahnya, dimana menurut si ibu, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal selama hampir 3 tahun.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...