Takdir yang sudah tertulis buat pengantin baru, Sharifah Erin Nurshafieka apabila hanya sempat bergelar isteri tiga hari sahaja setelah suami tersayang, Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput ilahi kerana terlibat dalam kemalangan.

Memetik laporan Kosmo Online, arwah yang merupakan seorang peniaga ikan air tawar disahkan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, Terengganu.

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja. Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Menurut sumber, arwah yang berusia 25 tahun itu kemudian tercampak ke bahu kanan jalan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka. Arwah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, menerusi temu bual bersama ibu arwah iaitu Zaitun Yusof, mengikut perancangan awal, majlis perkahwinan anaknya itu sepatutnya berlangsung pada bulan Jun akan datang tetapi arwah mahu mempercepatkan pada hari Khamis lalu (3 Februari).

Majlis persandingan pula dirancang pada 26 Mac depan tetapi ajalnya tiba dahulu. Tidak sangka jodohnya cuma tiga hari.

IKLAN

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja. Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Isteri arwah masih ‘menunggu’ 

Menurut ibu arwah lagi, menantunya (Sharifah Erin Nurshafieka) sedar suaminya telah meninggal dunia  selepas majlis pernikahan berlangsung tetapi pada ketika itu dia masih belum terima hakikat dengan pemergian suami tersayang.

IKLAN

Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arwah keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya.

Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja. Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

IKLAN

Difahamkan, jenazah Muhammad Mustaqim telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Beladau Kepong.

Kredit: Kosmo Online, Harian Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI