Kes anak dibuli di sekolah acapkali kita dengar. Ibu mana yang tidak bimbang jika anak sering kali ‘bersedekah’ duit poketnya saban hari selepas di ‘pau’ oleh rakan-rakan di sekolah. Hal ini turut sama berlaku kepada anak pelakon, Datin Almy Nadia.

Menerusi Instagramnya, Almy memuat naik video anaknya yang bercerita perihal wang sakunya yang diberikan kepada kawan di sekolah.

“Bantu Orang Susah Je” Anak Kena ‘Pau’ Duit Di Sekolah, Almy Nadia Bagi Nasihat Padu!

Berang dengan keadaan itu, Almy turut berkongsi video malah memuat naik di Instagramnya sambil menasihati anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7 tahun yang sering menjadi mangsa ‘pau’ duit daripada rakan sekolahnya.

“Bantu Orang Susah Je” Anak Kena ‘Pau’ Duit Di Sekolah, Almy Nadia Bagi Nasihat Padu!

“Kenapa nak kena bagi duit dekat orang?

“Kenapa dia nak duit tu?

“Kalau dia nak awak kena bagi duit je ke?

IKLAN

“Nak duit ni nak kena bekerja tau. Mama dah cakap kan, kita bantu orang yang betul-betul susah, jika dia tak ada duit nak makan, duduk termenung,” katanya sambil menasihati anaknya.

 

Minta ibu bapa nasihati anak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Datin Almy yang turut mempunyai anak bersekolah turut sama berkongsi nasib yang sama.

Bukan itu sahaja, bahkan penyanyi Tasha Manshahar juga turut meninggalkan komen di ruangan komen mengenai hal ini yang sememangnya acapkali berlaku di sekolah. Malah Tasha turut menasihati ibu bapa agar sentiasa berpesan pada anak agar kejadian tidak berulang.

IKLAN

“Bantu Orang Susah Je” Anak Kena ‘Pau’ Duit Di Sekolah, Almy Nadia Bagi Nasihat Padu!

“Parents, please pesan dekat anak jangan minta-minta duit dekat kawan. Please bertegas sikit bab ni. Cuba tiap kali balik, tanya harini duit dah beli apa, ada ke pinjam duit kawan. Dapat kawan lembut hati macam kakak ni, terus aje dia bagi.

“Benda ni memang berleluasa dekat mana-mana sekolah sekarang. Kadang yang bagi duit pulak tak cukup makan nak tolong kawan punya pasal.

“Bantu Orang Susah Je” Anak Kena ‘Pau’ Duit Di Sekolah, Almy Nadia Bagi Nasihat Padu!

“If kawan tu memang time tu nak pinjam sebab tak bawa duit, takpe kita boleh pertimbangkan, tapi ada budak sekarang dia dah jadi habit minta duit kawan.

IKLAN

“Dia ada duit, tapi saja nak minta supaya dia boleh berbelanja lebih daripada apa yang mak ayah dah bekalkan. Cikgu-cikgu pun pening kepala nak setel hal ni,” tulis Tasha berkongsi.

Sama-samalah kita berpesan pada anak-anak kita agar hal sebegini dapat dibenteras sebaiknya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI