Para ibu daripada isi rumah yang menrima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023 akan menerima bantuan tunai one off sebanyak RM500 di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan sebanyak RM150 juta itu bertujuan meningkatkan kadar kelahiran di samping mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.
“Jadi saya rasa masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi, kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu bukannya kepada bapa.”
Sumber foto: www.freepik.com
Selain itu, Tengku Zafrul juga berkata bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break (berhenti sementara daripada pekerjaan), kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga taksiran 2028.
Bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, Pusat Sokongan Psikososial Setempat akan diperkukuh. Sejumlah RM8 juta disediakan untuk pusat ini berperanan sebagai lokasi intervensi awal serta sesi advokasi psikososial dan kaunseling.
“Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan NGO dan pusat perlindungan seperti P.S The Children untuk memberi sokongan kepada mangsa.”
Kerajaan juga katanya akan memperbanyak ujian saringan memalui subsidi ujian mamogram dan ujian saringan kanser serviks kepada kaum wanita dengan peruntukan RM11 juta.
Tambahnya lagi, pelaksanaan saringan kanser serviks juga akan dirintis menggunakan kaedah baharu ujian saringan PCR yang telah dipelopori oleh Yayasan ROSE dengan kerjasama Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sarawak.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Nahas FRU, hilang anak dan suami dalam tempoh tak sampai dua tahun. Isteri Koperal Nurit Pandak, 34, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan tragis menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun.
Jowissemborisxs Bah Johan berkata, suaminya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai anggota polis.
“Kami berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini kami mempunyai anak perempuan, tetapi meninggal dunia pada tahun lepas (Februari 2024) kerana masalah jantung.
“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini (kehilangan) memang amat menyedihkan,” kata Wanita berusia 36 tahun ini.
Kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota FRU itu dilaporkan berpunca daripada rempuhan lori yang membawa muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam pagi tadi.
Nahas berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.
Ujar Jowissemborisxs, suaminya sememangnya meminati kerjaya sebagai anggota polis dan kehilangan anak perempuan mereka pada tahun lalu tidak mematahkan semangat suaminya.
“Siapa yang tidak sedih kehilangan anak perempuan. Namun, beliau (suami) sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.
“Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya.
Virus COVID-19 tidak mengambil masa yang lama untuk menjangkiti seseorang. Hanya melalui sentuhan dan droplet (titisan) ketika kita batuk, bersin atau selesema ia menjejaskan sistem imunisasi seseorang.
Pegawai Perubatan, Dr Adelin Md Zin dari Poliklinik Sakura, Alor Gajah, Melaka ada berkongsi info tentang COVID-19 dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.
“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat covid19” “Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?” “Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”
Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas….hembus 😄
Walaupun dinyatakan berapa jam si Covid19 tu boleh melekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana. Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :
💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.
💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, “melompat” paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya takpe sidai baju kat luar rumah.
💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.
💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).
💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.
1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.
3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda.
Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan g cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.
Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.
Nota kaki ❗️ – Esok hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu g bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Untuk mereka yang dah berusia, minta tolong anak yang keluar ambilkan. Jangan risiko kan mereka 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 – Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang patut sebab wabah ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.
#stayathome #fromhyetobyecovid19
Semoga dengan perkongsian Dr Adelin ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada anda tentang COVID-19 dengan cara yang lebih mudah. Jaga kebersihan diri dan elakkan berada di luar rumah jika tidak perlu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.
Menurutnya, manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.
“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
“Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula akan diberikan menerusi ibu bapa atau murid.
“Cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
KPM memberitahu, Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.
Jelasnya, sebanyak RM150 diperuntukkan kepada setiap murid secara sekali bayar (one-off) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.
“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujarnya.