Berilah peluang kepada si kecil meluahkan apa yang dia sedang rasakan. Dengarlah luahan hatinya walaupun kita rasa macam tak logik sebab dengan cara ini anak akan rasa dihargai.
Biasanya ibu bapa akan merasakan anak yang sedang marah-marah sebab mengada-ngada tapi hakikatnya anak nak beritahu sesuatu kepada kita. Bersedialah menjadi pendengar yang baik untuk anak dan fahami apa yang mereka mahukan. Anak tak kan mengamuk saja-saja kalau bukan bersebab.
Jadi bersedialah dan sentiasa memberi respon yang baik kerana secara tak langsung anak boleh lebih bermotivasi jika ibu bapa memberi layanan yang baik.
Berikut antara perkongsian dari Kaunselor, Maznah Ibrahim yang memberikan tip membantu anak meluahkan emosi mereka melalui cara yang betul dan boleh dipraktikkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Ads
Secara asasnya, asalkan anak tidak
cedera diri
cedera /sakitkan orang lain seperti adik beradik, ibubapa, dll
cedera / rosakkan barang-barang
Galakkan anak-anak, buat aktiviti AKTIF keluar energi ➕ SELAMAT seperti:
pukul punching bag
tendang bola
jerit sekuat hati
berus lantai dinding bilik air
berlari/jogging sekeliling kawasan atau apa sahaja aktiviti yang sesuai dengan anak-anak
Juga, boleh latih anak untuk aktiviti jenis PASIF ➕ SELAMAT seperti:
Ads
lukiskan apa rasa dalam hatinya
contengkan di kertas, secara bebas, apa rasa di hatinya
tutup mata, bernafas dalam dalam, hembus pelan-pelan
menangislah sepuasnya.. tak mengapa atau aktiviti lain yang sesuai.
Kuncinya,
Keluarkan, luahkan, leraikan, elak pendam simpan,
Ads
Simpan, pendam, seangkatan dengannya,
Buat tambah sakit,
Sakit kepala, sakit dada, sakit hati, amat tak sihat dalam jangka masa panjang.
Posisi duduk W memang selesa untuk anak kecil tapi jika tak ditegur dari awal, lama-kelamaan boleh jadi tabiat sampailah anak itu dah besar.
Sebagai ibu bapa kena pastikan anak boleh ubah tabiatnya perlahan-lahan dan si kecil faham bila usianya 3 tahun ke atas.
Menurut Mahfuzah Zainol yang juga seorang Occupational Therapist, beliau sangat sensitif apabila melihat kanak-kanak duduk secara posisi W.
Anak saya yang setahun itu juga masih duduk W. Masih dalam tempoh intervensi oleh uminya.
Why? Is it not normal?
Normal sebenarnya duduk posisi W untuk anak-anak bawah dua tahun. Tapi selepas dua tahun harus membetulkan kedudukan mereka.
Kenapa mereka suka duduk posisi W? Belajar Fizik kan..
1. Wider base, wider support. Tapak badan semasa duduk jadi semakin luas.
2. Duduk W menjadikan pusat graviti rendah.
3. Makanya, stabiliti dipertingkatkan.
4. Oleh itu, posisi W adalah posisi paling selesa ketika bermain.
Kenapa posisi duduk W ini menjadi masalah yang sangat besar? Belajar anatomi sikit.. hehe
5L
Oh.. Bagaimana nak perbetulkan kedudukan kanak-kanak yang selalu duduk posisi W ini?
Ada 4 cara dan saya sertakan gambar sekali. 1. Side sitting Duduk bersimpuh malu-malu kucing gitu
2. Long sitting Duduk berlunjur ke depan atau slanting sedikit. Rujuk gambar.
3. Pretzel sitting Duduk bersila. Senang kan..
4. M sitting Duduk seperti di antara 2 sujud dalam solat bagi orang Islam. Duduk macam ni kaki tu dilipat ke bawah.
Apa yang penting adalah konsisten. Ibu bapa nampak je duduk W, terus bantu untuk mereka duduk dengan 4 cara dinyatakan.
Cikgu di sekolah atau tadika nampak je mereka duduk W begini, ingatkan mereka untuk duduk dengan 4 cara dinyatakan.
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal.
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun kebawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyanyangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun ke bawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibubapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibubapa sekalian.
Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Membeli-belah permainan untuk si kecil memang menyeronokkan. Ada sahaja yang mahu dibeli sehingga terlupa satu aspek penting iaitu keselamatan mainan itu sendiri.
Pernahkah terfikir anak anda boleh mengalami kecederaan mahupun meninggal dunia yang puncanya datang daripada permainan yang dibeli. Niat asal mahu menggembirakannya tetapi dibimbangi ia boleh mengundang kecelakaan buat dirinya pula.
Anda perlu tahu tidak semua mainan adalah sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Berikut adalah perkongsian maklumat yang boleh membantu anda memilih mainan yang selamat untuk anak tersayang.
1. Sesuai ikut peringkat umur
Lazimnya, dalam setiap bungkusan mainan akan dicatatkan tahap iumur yang sesuai menggunakan mainan tersebut. Sudah pasti ia ditetapkan mengikut saranan pengeluar produk yang mahu memastikan keselamatan para penggunanya.
Jadi, jika anak anda belum cukup umur untuk membolehkan dia bermain alat tersebut, elakkan daripada membelinya. Permainan yang tidak mengikut keseuaian usia anak mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada anak anda kerana bentuk strukturpembuatannya.
2. Buang pembalut plastik
Sesetengah mainan akan dibalut dengan plastic bagi menjamin kualitinya. Setelah ia dibuka, tiada lagi gunanya. Oleh itu, anda perlu segera buang plastik pembalut tersebut.
Diperhatikan, plastik pembalut sering menjadi mainan tambahan oleh si kecil. Anda perlu sedar dengan risiko lemas disebabkan oleh plastik pembalut mainan anak anda itu.
3. Teliti saiz mainan
Saiz yang sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah adalah berdiameter lebih dari 3sm dan panjangnya pula melebihi 6sm. Ukuran ini ditetapkan adalah bertujuan untuk mengelakkan si kecil ini tertelan mainan yang dipegangnya.
Jika alat mainan yang anda mahu beli tidak menyatakan tahap umur, anda boleh menjadikan panduan mengukur yang mudah ini. Mainan untuk anak bawah tiga tahun seharusnya lebih besar dan tidak boleh melepasi gelung tisu tandas.
4. Beri perhatin mainan perlu cas
Anda tidak digalakkan untuk mainan yang perlu dicas menggunakan plug elektrik. Malah permainan yang beroperasi menggunakan bateri pun, perlu diambil perhatian yang sama. Dibimbangi anak membuka ruang tempat bateri diletakkan lalu boleh meningkatkan risiko keracunan akibat tergigit atau termakan bateri.
Seperti yang anda tahu, bateri mengandungi zink iaitu sejenis logam berat. Kesan akibat termakan zink boleh melambatkan proses tumbesaran anak. Malah, ada kes yang lebih serius hingga menyebabkan kanser dan maut juga.
5. Bebas bahan bertoksik
Perhatikan label permainan. Pastikan ia bebas daripada bahan toksik. Hal ini perlu dititikberatkan terutamanya apabila anda mahu membelikan maian untuk anak di bawah umur satu tahun.
Biasanya mainan si kecil ini dalam lingkungan umur ini akan mempunyai label Bebas Toksik. Kanak-kanak di usia ini memang cenderung memasukkan apa sahaja benda yang menarik perhatiannya ke dalam mulut. Jadi berhati-hatilah dalam memilih mainan untuknya.
6. Awasi risiko tercekik
Pastikan permainan yang mempunyai tali, reben, wayar dan seumpama dengannya tidak diletakkan berhampiran tempat tidur anak. Mainan sebegini mengundang risiko anak anda tercekik akibat terbelit dengan tali, reben atau wayarnya.
7. Periksa bahan pewarna
Pastikan keselamatan bahan pewarna yang digunakan dalam pembuatan mainan anak anda. Bayi anda mungkin menggigit atau memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut. Selain itu, anda juga perlu pastikan tidak ada sebarang bahagian tajam atau boleh tercabut pada permainan tersebut sebelum diberi kepada anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!