Kebanyakan individu percaya bahawa bayi yang sedang dalam kandungan ibunya tidak akan mempelajari apa-apa sehingga mereka lahir. Namun begitu, ada kajian terbaharu yang menunjukkan bahawa bayi sebenarnya sudah boleh memahami dan mengingat apa yang dialami mereka sepanjang berada dalam kandungan ibu.

Banyak Perkara Yang Bayi Belajar Sejak Dalam Kandungan. Ibu Hamil Perlu Jaga Percakapan & Pemakanan

Bolehkah bayi yang belum lahir mempelajari apa-apa dalam kandungan ibu?

Rahim ibu diumpamakan seperti atmosfera deria bagi bayi. Sepanjang berada di sini, bayi boleh mempersiapkan diri untuk kehidupan di luar kelak. Bayi dalam kandungan sebenarnya sudah boleh menggerak-gerakkan sendi mereka pada minggu ke 10 kehamilan. Apabila menjangkau minggu 23, deria pendengaran bayi akan mula berkembang dan bertindak balas dengan apa yang mereka dengar. Pada masa yang sama, deria rasa bayi juga akan mula berkembang dan bertindakbalas dengan apa yang dimakan oleh ibu atau ketika perut ibu disentuh.

Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan seperti bercakap atau menyanyi akan membantu fungsi kognitif bayi berkembang. Tambahan itu, para pengkaji juga menyarankan ibu hamil untuk membaca buku cerita atau mendengar muzik bagi mendedahkan kepada bayi dalam kandungan ibu asas untuk memahami sesuatu. Walau bagaimanapun, pengalaman ini agak sukar untuk diingati selepas kelahiran bayi.

IKLAN

Apakah yang boleh bayi pelajari ketika berada dalam kandungan ibu?

1. Perkembangan deria pendengaran

IKLAN

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang berada dalam kandungan berupaya untuk mendengar dan mengingati bunyi-bunyi yang tertentu. Ketika berada dalam rahim lagi, bayi sebenarnya sudah mula mempelajari bahasa natif mereka. Bayi cenderung untuk lebih mudah mengingati perkataan dalam bahasa natif mereka berbanding bahasa asing yang bagi mereka. Bayi juga lebih mudah untuk mengingati rentak dan irama percakapan berbanding perkataan yang mereka dengari.

2. Perkembangan deria penglihatan

IKLAN

Bayi tidak boleh membuka mata ketika berada dalam rahim. Mata bayi akan mula terbentuk ketika trimester pertama kehamilan dan ia tidak mampu dibuka sehinggalah ke bulan ketujuh. Ketika ini bayi sudah mampu melihat tanpa gangguan sebarang cahaya. Ada doktor yang mengesahkan bahawa bayi akan berpaling muka apabila terdapat cahaya terang yang menyinar pada rahim ibu. Ini menunjukkan bahawa bayi sudah mampu untuk melihat ketika berada di dalam rahim ibu lagi.

3. Perkembangan deria rasa

Ibu hamil perlu makan untuk diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Pelbagai rasa yang ada dalam makanan ibu akan turut dirasai oleh bayi mereka. Sekitar minggu ketujuh atau kelapan, deria rasa kanak-kanak akan mula berkembang. Apabila menjangkau minggu ke 14, bayi dalam kandungan sudah boleh mula merasai pelbagai jenis rasa seperti pahit, manis atau masam.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI