Pengalaman menyediakan masakan buat anak-anak adalah satu cabaran namun cukup menyeronokkan bagi semua ibu. Namun bagi usahawan dan selebriti media sosial, Belle Al Yahya dia lebih senang memasak sendiri buat kedua anaknya.

Malah katanya, ragam dua anaknya yang berbeza dalam soal makan menjadikan dia lebih berusaha untuk yang terbaik buat dua anaknya.

Menerusi Pa&Ma E-Workshop Pemakanan E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat, Belle berkongsi cabaran dan kisah pemakanan anaknya.

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

“Rasanya semua ibu pasti sentiasa nak berusaha untuk masak sendiri dan bagi yang terbaik untuk anak.

“Dulu masa Belle dapat anak sulung, lepas tunggu lama untuk dapat anak, memang excited sangat nak masak pertama kali untuk anak.

“Sampai sekarang ni pun Belle setiap masa akan fikirkan apa nak masak setiap hari untuk tarik perhatian anak-anak,” katanya memulakan cerita.

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

Malah kata Belle lagi, ketika dua anaknya masih kecil malah sehingga kini dia masih lagi mencuba pelbagai jenis makanan yang mampu menarik perhatian dua anaknya itu.

IKLAN

“Masa awal-awal memang Belle banyak try and error apa yang anak suka dan tak suka. Lama-lama baru dah dapat rentak apa nak masak untuk anak-anak,” ceritanya lagi.

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

Beza anak laki dan perempuan

Berkongsi kisah dua anaknya, akui Belle banyak perbezaan cara pemakanan anak lelaki dan anak perempuannya.

“Memang ketara perbezaannya dengan anak laki dan perempuan. Anak yang pertama ni beza dua tahun. Anak perempuan ni memang susah sikit nak makan berbeza anak lelaki, bagi apa sahaja dia memang suka makan.

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

IKLAN

“Kakak dia pulak, selagi kita tak suruh makan memang dia tak akan makan. Bila suruh makan barulah dia nak makan.

“Adik pula memang senang nak makan. Kakak pula sejak kecil dimanjakan, Belle lebih senang suapkan dia berbanding adik yang gemar makan sendiri dan mencuba pelbagai jenis makanan,” ujarnya berkongsi,” katanya.

Pun begitu kata Belle lagi, anak keduanya ini kurang gemar makanan nasi tetapi lebih suka makan pasta dan mencuba pelbagai jenis makanan lain. Namun begitu kata Belle, persamaan mereka adalah kedua-duanya cukup suka makan ikan.

Sebagai usahawan berjaya kata Belle, sebolehnya dia akan cuba menyediakan apa sahaja keperluan anak-anak termasuklah soal makan sebelum keluar bekerja.

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

“Masa anak baby dulu excited nak tengok dekat Youtube dan cuba setiap hari untuk anak. Seronok sangat waktu tu, lagi seronok tengok anak makan berselera.

IKLAN

“Walaupun bekerja, sebelum keluar Belle dah sediakan makanan siap-siap tinggal nanti pembantu akan membantu ketika anak makan. Kalau tidak keluar bekerja, Belle akan sediakan sendiri untuk anak-anak,” kongsinya lagi.

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

“Banyak Try & Error Apa Anak Suka Makan” Dua Anak Lain Citarasa, Belle Al Yahya Kongsi Cerita!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI