Ibu bukan robot dan ianya masih sangat valid. Bila kali terakhir, ibu-ibu dapat lepas lelah dan betul-betul boleh rehat?
Bila kali terakhir ibu dapat menangis lepas perasaan, betul-betul punya menangis?
Bila kali terakhir ibu dapat makan, puas makan, suap, kunyah perlahan-lahan. Dapat rasa setiap lauk, kari, ikan, sayur dan kunyah telan serta minum air, senyum..bila?
Bila kali terakhir ibu dapat tidur. Betul-betul tidur yang nyenyak, berkualiti walaupun 5 jam. Bila bangun untuk beribadah rasa macam segar sangat. Kalau nap siang yang betul2-betul lelap 10 minit yang bila bangun rasa macam baru lepas tidur malam..segar..bila?
Bila ibu-ibu dapat mandi dengan complete? Siram, sabun, belek muka, senyum depan cermin..sisir rambut… lama…bau wangi ..bila?
Ini antara benda basic yang perempuan mesti ada. Salah satu atau semua ( lebih baik) untuk kekal berfungsi sebagai ibu yang happy, sihat dan tenang untuk keluarga.
Ibu-ibu anda juga berhak untuk bahagia, sihat emosi dan fizikal..kerana ANDA BUKAN ROBOT.
Anda, Allah berikan perasaan, badan yang ada limitasi dan perlukan rehat.
Ibu-ibu untuk bersendirian seketika dari anak-analk dan suami untuk bernafas tidak akan menjadikan anda ibu yang tidak baik.
Ibu-ibu untuk menangis dan mengadu atas masalah, bebanan perasaan, letih dengan urusan, tidak akan menjadikan anda ibu yang lembik.
Ibu-ibu untuk sesekali mengadap makanan, rezeki yang Allah beri, tanpa memikirkan rezeki anak yang Allah TELAH tetapkan…tidak menjadikan anda ibu yang penting diri.
Ads
Ibu semua hebat, sayangkan anak dan suami sampai sanggup berkorban diri. Biarlah ibu lapar, biarlah ibu letih, biarlah ibu tak tidur, biar lah ibu busuk tak mandi, biar lah..biar lah.
asal kan anak happy…suami happy…
Tapi ibu.
bila kamu lapar, kamu letih, kamu tak cukup tidur, minda kamu bercelaru, badan kamu lemah, kamu tidak segar…
kamu akan
Marah, kecewa, sedih, letih, tak sabar, hilang pertimbangan, mengamuk, tak cantik, grumpy, cepat melenting, tak mampu nak berfikir.
kamu tidak dapat menjadi ibu yang diidamkan anak-anak…
kamu tidak dapat menjadi isteri yang diidamkan suami.
KAMU BUKAN ROBOT.
Ads
kamu manusia.
Sayangi diri kamu, ibu-ibu kecintaan ramai…anak-anak sayang kamu, suami, ahli keluarga, kawan-kawan..semua sayang kamu.
Jangan bakar diri kamu, kerana kalau kamu terbakar hangus, semua yang sayang kamu juga akan rentung.
SUAMI.
kamu mahu isteri idaman hati yang cantik, wangi, bijak, sihat,…kamu kena jadi suami IDAMAN isteri.
Tak guna kalau duit banyak, seminggu bagi isteri sejuta, emas 15 kilo, tapi kerja kalah maid indon,…lebih malang lagi… duit pun tak bagi, maid pun tak ada, isteri jadi orang gaji percuma tanpa cuti dan rehat sampai mati.
MALANG!
Ads
Jadi lah suami yang memahami. Berilah ruang masa untuk isteri. Cuba..
1. seminggu 1 atau 2 kali bawa anak-anak keluar dan beri isteri masa bersendirian dalam 1 hingga 2 jam.
2. setiap 3 bulan, offer lah isteri untuk ke spa, mak cik urut, bekam
3. 6 bulan sekali buat kejutan hadiah tanpa sebab.
4. peruntukan nafkah isteri dengan baik.
5. Tanya isteri setiap kali sebelum tidur.. ” Macam mana awak hari ni? ok ke? Kalau buat ini…memang anda akan dapat isteri idaman hati.
Jadi ibu-ibu jika ada peluang, masa dan tenaga…gunakan untuk hargai diri anda kerana anda juga layak untuk bahagia.
Tak perlu menjerit, tak perlu memukul. Hanya guna teknik psikologi, anak boleh lembut hatinya asalkan ibu bapa tahu cara nak buat anak rasa dirinya disayangi.
Anak-anak ni dia jujur. Apa yang kita lihat dari perlakuan atau riak wajahnya itu yang sebenarnya dia nak beritahu pada ibu bapa. Walaupun anak kita jenis lasak, tak duduk diam sebenarnya fasa ini hanya sementara saja. Bila dah besar kita pula rindu dengan gelagat mereka.
Ramai juga ibu bapa bertanya bagaimana nak lembutkan hati anak-anak supaya sentiasa dengar cakap dan dapat jadi anak-anak penyejuk hati apabila dah besar.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Salinda Sopian ini cukup mudah dan boleh dipraktikkan dalam setiap apa yang kita lakukan.
Kadang-kadang saya geram dengan Syifaa ni. Mana tak nya, kadang-kadang tak nak dengar cakap langsung.
Dah cakap jangan main, nak main juga. Bila dilarang, mula lah menjerit dan menangis.
Kebiasaannya memang saya abaikan sahaja jeritan dan tangisan dia tu. Tapi kadang kala terganggu juga emosi saya.
Saya amalkan 3 tips mudah ini untuk lembutkan hati anak-anak supaya mereka mudah menerima nasihat dan perkara yang baik.
Tidur
Ketika anak-anak tidur saya akan baca ‘Ya Latif’ dan tiupkan di ubun anak-anak.
Ya Latif adalah salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut.
Semasa tiup tu, doalah pada Allah supaya hati mereka lembut.
Basuh beras
Semestinya ibu-ibu akan memasak nasi setiap hari untuk keluarga, bukan?
Sewaktu basuh beras tersebut, boleh amalkan langkah ini;
Basuh dengan tangan kanan
Cuci beras berlawanan dengan arah jam (ikut arah pusingan tawaf)
Selawat 3 kali
Baca doa, ‘ Yang Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku untuk menerima kebaikan seperti mana Kau lembutkan beras ni sehingga menjadi nasi.
Waktu bermain
Masa tengah layan anak-anak main tu, saya saja-saja bisikkan kat telinga anak-anak.
“Dhuha dan Syifaa good girl. Dhuha dan Syifaa dengar cakap Ummi kan.”
Walaupun dua beradik tu macam tak dengar, sibuk bermain, tapi sebenarnya kata-kata saya itu masuk ke hati dan minda mereka.
Nota kaki
Yang paling penting, jangan sesekali mak ayah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal sekiranya anak tak nak dengar cakap kita.
Kalau nak anak lembut hati, tak kan mak ayah pula yang nak mengamuk sana sini.
Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sambil menjaga anak adalah satu tugas yang mencabar bagi ibu bapa terutama yang ada anak kecil. Memang waktunya fleksibel, tak perlu nak gosok baju dan bangun pagi-pagi bersiap nak keluar ke pejabat.
Cuma cabarannya lain sikit apabila anda harus menyiapkan kerja dan dalam masa sama menjaga anak sepanjang masa. Ada yang mahu makan, menangis, mahukan perhatian dan macam-macam kerenah lagi.
Waktu ibu bapa ada meeting online, nak kena siapkan apa-apa tugasan dan dalam masa yang sama anak pun nak perhatian. Terkadang tanpa sengaja terkeluar juga suara tapi anak kecil apa yang mereka faham.
Seperti perkongsian Puan Mai Izyani, dia berkongsi pengalamannya yang menghadapi situasi ini. Bagi ibu yang WFH, bekerja di pejabat atau surirumah sepenuh masa, anda adalah insan yang hebat dan masing-masing ada pengorbanan!
Anak-anak tetap cari mak!
Saya tak tahu la tadi nak sebut situasi apa eh. Bawang semua dah siap racik. Ambil periuk, buka api, nak tuang minyak. Tapi saya ambil botol air mineral dan tuang dalam periuk. Nak masukkan bawang baru saya perasan.
Suami saya puasa hari ni, jadi saya tak minta tolong dia masak walaupun dia nak buat. Work From Home (WFH) bagi seorang mak sangat tak mudah. Sebelah tangan sentuh laptop, sebelah tangan alas baby menyusu, sambil kejap-kejap melayan anak sulung.
Walaupun suami rajin tolong-tolong, tetap tak boleh sama dengan gerak kerja seorang mak dekat rumah. Semua dalam satu masa. Anak-anak ni apa-apa tetap cari mak.
Sesekali saya pernah rasa sengaja nak naik opis sebab lebih relax. Naik opis memang malas. Tapi bila lama kat rumah, rasa opis tu la jadi tempat rehat dari kepenatan seorang surirumah. Dia macam hanya perlukan somewhere untuk me time. Sampai opis pun boleh jadi. Tapi bila kerap kat opis, dia akan jadi rindu dengan senyuman, derai tangis anak-anak. Susah nak describe!
Suami penguat semangat isteri
Lepas masak tadi, makan, sambung sentuh laptop dan tak tahu bila saya terlentang. Tahu-tahu dah lewat petang. Rabak betul mata. Sakit-sakit badan.
Saya cakap dengan suami. Isteri yang sepenuh masa surirumah dan urus anak-anak ni jauh lebih hebat dari yang pergi kerja pagi balik petang. Kot nak bagi gaji tu, RM5K pun tak berbaloi tak terbalas kudrat mereka.
Tahu apa yang berbaloi mereka nak? Nak dengar ja ucapan terima kasih, dan rajin tolong-tolong bila di rumah sama-sama. Itu nombor satu. Nombor dua, barulah wang. Fulus….Eh eh.. kena ada juga tu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Sebenarnya dalam rumahtangga kita perlu banyak bertolak ansur dengan pasangan kita dan juga anak-anak. Sebagai isteri, jika anda rasa tak mampu jangan paksa diri lakukan semua kerja. Itu hanya akan mencederakan emosi anda sendiri. Kita manusia biasa yang tahu penat dan sedih.
Bagi suami pula, tak salah jika sama-sama melakukan kerja rumah. Ringankan beban isteri dan ajak anak-anak lakukan bersama-sama. Apa yang anak tengok, anak akan belajar dari kita. Jika baik layanan kita pada isteri insyALLAH anak akan berbuat baik dengan orang sekeliling.
Setiap 2 hari aku akan cuci kain
Sejak sebelum kahwin aku dah buat semuanya
Beban suri rumah pun berat tau, jangan memain
Sebab apa aku buat semua kerja rumah? Sebab aku ada anak lelaki
Kalau wife marah, tanya pun dia tak jawab. Masuk bilik solat hajat
Aku tak perfect, aku ada je buat silap
Sikap toleransi tu penting
Sebelum kahwin, belajar dulu ilmu parenting ya kawan-kawan
Sumber: iffatsalleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keselamatan Anak Bukan Lagi Isu Tepi
Dunia hari ini menuntut ibu bapa jadi lebih peka dan berilmu, terutama dalam hal melindungi anak daripada bahaya yang...