Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Ads
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Ads
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak. Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Ads
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut. (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!)
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayang anak biar berpada! Tapi alasan yang biasa keluar dari mulut ibu bapa bila tak nak bagi anak buat sesuatu perkara adalah, “Alaa anak kecil lagi, mana la dia boleh nak tolong.” Kata-kata ini bukan sahaja boleh memanjakan anak, tapi buatkan anak tak pandai nak berdikari.
Jadi bila anak semakin besar, jangan salahkan anak bila anak buat tak tahu je. Sayang anak biarlah bertempat. Tak salah kalau kita nak suruh dan ajar demi kebaikannya.
Ikuti perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah mengenai cara dia mengajar anak kecilnya dan akhirnya memberi kesan positif pada diri anak.
Lepas habis menunaikan janji bagi Maryam dan Hanoonah main dalam Molly Fantasy kira-kira selama 2 jam petang tadi, kami pun turun dari tingkat 2 ke Ground Floor. Masuk ke bahagian pasaraya sekejap, nak beli pampers Hanoonah dan biskut buat kudap-kudapan dalam kereta.
Tangan kiri saya dukung Hanoonah dengan berat sekitar 10kg, beg laptop digalas di belakang, bahu kiri menggalas handbag, tangan kanan menggalas lagi kampit pampers yang besar tu.
Penuh tangan! Dan lenguh!
Jadi selepas buat bayaran di kaunter, saya minta Maryam tolong bawakan lagi satu plastik yang berisi 4 kampit biskut saiz sederhana dan besar, anggaran berat sekitar 2 kg.
Daripada di kaunter bayaran lagi, Maryam dah tanya-tanya saya, mana biskut dia. Dia ada pilih 1 biskut dari 4 jenis biskut tadi. Jadi selepas bayar, saya bagi semua plastik biskut tu untuk Maryam pikul.
Mula-mula, dia okay. Selang sepuluh ke 20 tapak kami tinggalkan cashier, dia mula bersuara sambil mengeluh.
“Ibu… Berat ni. Kakak penatlah angkat.. ”
Saya balas, “Tak berat mana pun Kakak, Kakak boleh angkat. Ibu yakin,”
Dan dia diam sekejap. Berjalan beberapa langkah lagi, kemudian dia berbunyi lagi.
Kali ni, dengan suara yang lebih keras dan sangat jelas dia sedang mengeluh.
“Ibu, berat ni..! Ibu angkatlah. Kakak tak larat. Berat ni Ibu.. Ibu angkatlah..!” Dengan suara separa merengek dan mengarah saya.
Hanya dengar rengeken suaranya saja, saya tahu, SAYA PERLU BERI PERHATIAN LEBIH terhadap isu yang dia utarakan. Tapi kali ni, ‘cara’ beri perhatian saya adalah berbeza.
Saya perlahankan langkah, dan kemudian berhenti menoleh ke belakang, ke arah dia yang beberapa langkah terbelakang dari saya.
Selang beberapa saat, Maryam sekarang betul-betul berada di depan saya. Jarak kami berdiri antara satu sama lain adalah dekat. Dia pandang saya, saya pandang dia.
Saya pun mula bersuara,
“Kakak, tolonglah Ibu. Kakak cuba tengok Ibu, kiri dukung adik, kanan pegang pampers, ada beg lagi depan belakang. Jadi kakak FIKIR macam mana Ibu boleh tolong Kakak? Bukan kakak ke yang sepatutnya tolong Ibu? Sekarang, kakak cuba tengok, berapa banyak barang Ibu bawa? Kakak fikir semua ni tak berat? Ibu tak penat? Jadi sekarang, boleh tak Kakak FIKIR juga pasal Ibu dan tolong bawa barang-barang itu sampai ke kereta.”
Tegas. Dan jelas.
Mukanya yang monyok kerana merungut tadi, terus berubah menunjukkan riak serba salah.
Mungkin, nada suara saya yang tegas dan menekankan pada perkataan FIKIR, membuatkan dia dapat menyelami perasaan saya, seterusnya bersikap lebih rasional. Bonding kami rapat gila, alhamduLILLAH. Jadi, perubahan pada nada suara saya dan pemilihan perkataan saya, memang mudah meninggalka kesan terhadap dirinya.
Kadang kala, dia matang dan rasional.
Kadangkala, sikap keanak-anakan dia tetap mendominasi juga.
Pandai-pandailah saya kenal pasti dan klasifikasi – keluhannya itu kerana dia benar-benar perlukan penyelesaian, atau sebenarnya keluhan dari jiwa manja yang perlu diajar dengan ketegasan.
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, TIDAK KIRALAH SEKECIL APA UMUR ANAK KITA, MULA BERKOMUNIKASI DAN DIDIK MEREKA UNTUK BELAJAR BERFIKIR TENTANG ORANG LAIN.
Salah satu punca kegagalan keibubapaan ialah, ibubapa sendiri UNDER ESTIMATE POTENSI BERFIKIRAN DAN BERPERASAAN ANAK-ANAK, sehingga ibubapa CENDERUNG UNTUK TUNDUK MELAKUKAN SEMUANYA dan menganggap ‘tidak mengapa’ untuk TIDAK MENJELASKAN KEPADA ANAK SITUASI KITA, kerana ‘ANAK-ANAK TIDAK FAHAM LAGI, ANAK-ANAK MASIH KECIL LAGI..’
Kita sebaiknya mengajar anak bertimbang rasa, bukan membiarkan mereka sehingga kita kerapkali berkecil hati memendam rasa. Gara-gara sikap timbang rasa itu kurang wujud dalam diri mereka.
Sekiranya kita anggap pada usia 5 tahun anak-anak tidak boleh faham perasaan dan keadaan orang lain yang PERLUKAN TOLAK ANSUR DARI DIRINYA, maka, pada usia 15 tahun, 25 tahun bahkan 50 tahun sekalipun, anak-anak yang kini sudah beranak-pinak itu TETAP JUGA TIDAK AKAN MEMAHAMI PERASAAN DAN KEADAAN orang lain.
Kerana hakikatnya ketidakfahaman itu bukanlah kerana limitasi pada umur anak-anak, tapi kerana kegagalan sesuatu PRINSIP itu DITERAP DI DALAM SISTEM JATI DIRI DAN IDENTITI MEREKA.
Anak anak kecil tidak faham, bukan kerana umur mereka,
Tapi kerana diri kita, yang tidak MEMAHAMKAN mereka.
Tidak memahamkan anak, adalah satu proses menjahanamkan anak. Ini prinsip saya.
Kerana itu, saya BANYAK berkomunikasi dengan anak-anak dan memberi penjelasan kepada mereka.
Biasa kan kita lihat, orang umur yang sudah dewasa dan tua juga, tetapi tetap tidak MEMAHAMI orang lain dan tetap tidak boleh bertolak ansur.
Jadi, apakah kerana otak mereka ‘masih kecil’ dan terbatas untuk memahami, atau kerana jati diri yang tidak dibentuk ketika mereka masih kecil dahulu dan mudah dilentur?
Menganggap bahawa sikap bertimbang rasa itu datang dengan kematangan usia, adalah ibarat sesuatu perjudian yang berisiko bagi saya.
Kerana hakikatnya, bukan usia yang menjadi faktor seseorang itu bertimbang rasa atau tidak, tetapi sebenarnya adalah APA YANG DISUNTIK ke dalam diri mereka ketika mereka masih mudah dilentur.
Kalau kita rasakan, anak-anak kecil berusia 4 tahun dan ke atas tidak wajar diajar dengan serius tentang BERFIKIR MENGENAI PERASAAN DAN BERTIMBANG RASA DENGAN KEADAAN ORANG LAIN, fikirkan sekali lagi.
Kesudahan dari cerita di atas, selepas saya mengingatkan Maryam untuk BERFIKIR TENTANG KESUSAHAN DAN KEADAAN diri saya tadi, dia akhirnya terus memikul beg plastik tersebut ke kereta tanpa muka yang masam dan bunyi keluhan lagi.
Bahkan, sesampai juga di rumah, dia sendiri yang menolong saya membawa beg plastik tersebut TANPA LANGSUNG saya menyuruh lagi. 100% atas keputusan dan tindakan dia sendiri.
Siap boleh tanya lagi,
“Apa lagi nak bawa barang masuk rumah Ibu? Pampers ni nak bawa ke?”
Dan saya menjawab, “Tak apa kakak, yang pampers tu besar dan sangat berat. Biar Ibu je bawa,”
Sebagai pengajaran tidak langsung kepadanya, bahawa, saya juga bertimbang rasa dan berfikir tentang keadaan dirinya.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap. Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi. Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku, sebut ABC, 123, bagi anak mewarna dan tunjukkan gambar-gambar.
Perkongsian dari Patologis Pertuturan, Aishah Kassim sangat membantu dan boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa.
Ramai ibu bapa tak sedar cara yang dipraktikkan ini membataskan anak-anak untuk lebih mengembangkan lagi skil komunikasi. Bila ibu bapa hanya melabel sahaja, anak susah nak belajar buat ayat.
Ini kerana jika hanya bergantung kepada nama objek semata-mata, macam mana anak nak belajar buat ayat kan? Jadi kita kena pelbagaikan perkataan yang dicakapkan pada anak.
Macam-macam perkataan ibu bapa boleh guna dan praktikkan pada anak masa bercakap. Contoh seperti gambar di bawah. Jadi masa bercakap dengan anak tu bolehlah sebut jenis perkataan ini.
Masukkan sekali dalam ayat yang kita sebut. Contohnya masa basuh tangan
– buka paip air
– gosok tangan
– picit sabun
– sejuknya air
– letak sabun kat sinki
Apa-apa sahaja ayat yang sesuai masa tu barulah anak akan belajar banyak perkataan dan yang penting pelbagaikan.
Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak terdedah kepada makanan seperti keropok, mi segera, air kotak dan Junk Food yang lain. Ini kerana, kanak-kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa awasi pemakanan anak-anak. Bagi mereka makanan yang sebenar, real food agar mereka dapat zat yang seimbang. Jika tidak, kanak-kanak akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti perkongsian doktor ini.
Jabatan Pesakit Luar
2 hari ni saya jaga Jabatan Pesakit Luar , menggantikan rakan-rakan sekerja yang berkursus dan bercuti.
1. Budak berumur 4 tahun, dibawa ibu, datang muntah-muntah. Bila ditanya , makan apa?
-Maggi. Selalu makan maggi.
2. Budak berumur 3 tahun dibawa, batuk-batuk.
-Suruh buka mulut – gigi habis macam kena makan anai-anai. Tanya si ibu , apa yang anak suka makan? Gula-gula , keropok2. Siapa beri duit/belikan untuk mereka? – ayahnya.
3. Budak 2 tahun lebih dibawa ibu, demam dah 3 hari , mula dengan batuk-batuk. Sambil di tangan anak satu plastik kecil penuh gula-gula, coklat , keropok.
4. Seorang lelaki bawa 3 anak buahnya. Umur 2-5 tahun.
-Ibunya kerja ,diminta bawakan ke klinik kerana demam dan batuk. Cek sorang-sorang , gigi rosak. Bila ditanya , selalu makan gula-gula, coklat.
5. Seorang ibu bawa 2 orang anaknya. Demam dan batuk-batuk.
-Buka mulut, 2/3 dari keseluruhan gigi macam kayu reput. Dah macam tunggul kayu. Tanya si ibu, siapa beri makan anak-anak? Mertua. Kerana mereka tinggalkan anak-anak dengan mertua, dan mereka bekerja jauh 10 jam perjalanan dari sini. Kebetulan mereka balik cuti tengok anak-anak.
Gula-gula selalu dibagi agar mereka senyap.
Saya rasa, hampir 100 pelanggan yang saya tengok 2 hari ini, lebih separuh dari kalangan kanak-kanak , hampir 2/3 darinya ada masalah dengan real food vs junk food.
Saya bagitahu mereka:
“Anak-anak ini amanah. Ada orang berkahwin, mahu zuriat. Ramai tak dapat. Kita, kahwin, Allah bagi zuriat, jagalah amanah ini.
Semua jenis makanan ringan ,keropok-keropok , minuman bergas minuman tin, minuman kotak , sebolehnya jangan bagi anak-anak ni ambil selepas ini sampai mereka besar, sampai mereka jumpa Allah.
Semua-semua tu lah yang menyebabkan sistem pertahanan badan mereka lemah, selalu sakit-sakit.”
Seperti yang biasa saya nukilkan di laman fb berkaitan junk food ini, saya ambil masa terangkan pada mereka. 10-15 minit.
Untuk semua pasangan yang punya zuriat, hargailah zuriat yang Allah amanahkan pada kalian.