Siapa yang tidak kenal Lara Alana, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang mempunyai jumlah pengikut di Instagram yang cukup ramai.
Pejam celik, pejam celik rupanya Lara Alana kini sudah pun berusia tujuh tahun pada 22 Julai lalu. Sekejap je dah besar!
Melewati Instagram @laraalanaa, begitu banyak kek yang diterima gadis cilik ini demi meraikan hari istimewa Lara yang ke tujuh. Bukan main happy Lara dapat banyak kek. Comel-comel belaka!
Kata Awal menerusi Instagramnya, kehadiran Lara tujuh tahun lalu dalam hidup mereka amat-amat bermakna malah merubah kehidupan mereka menjadi lebih sempurna.
Kata Awal lagi perjalanannya dan Scha membesarkan Lara begitu banyak untuk dikongsi. Malah keduanya amat bertuah dapat melihat Lara membesar menjadi seorang anak yang hebat.
“22 July 2014. Mommy brought you to this world, and since that day, you have changed our lives in so many ways.
Ads
“Daddy boleh tulis karangan panjang berjela, mungkin boleh jadi buku, on how lucky we are to have you, to raise you and to be able to watch you grow, to be this amazing young girl. But I don’t want to bore my followers,” kongsi Awal.
Bapa kepada dua anak ini juga turut menitipkan doa agar anak sulung kesayangan mereka itu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
“Daddy doakan semoga Allah sentiasa merahmati mu dan kamu sentiasa berada di dalam peliharaan-Nya.
Happy 7th Birthday anak Daddy, @laraalanaa,” tulis Awal lagi.
Ads
Meninjau Instagram Lara, terlalu banyak ucapan diberikan buat gadis cilik kesukaan ramai ini. Sikap Lara yang menyenangkan dan humble setiap kali muncul di Instagramnya ini buat anak kesayangan Awal dan Scha ini begitu disenangi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @laraalanaa @awalashaari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah sebaik-baik perancang. Setelah lebih sebulan mengharapkan isteri yang terlantar di ICU kembali sihat, namun tepat jam 1.36 petang (6 September) lalu akhirnya Allah jemput buat selamanya.
Pergi selepas berjuang 32 hari
Selama 32 hari berjuang demi suami, anak dan ahli keluarga, sudah tertulis takdir Siti Faiqah Sulaiman untuk meninggalkan dua anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Benar mati itu pasti tapi ini satu tamparan hebat buat suami arwah, Mohd Zulkifli Mohamad Isa.
Pemergian bidadarinya amat perit memandangkan anak sulung baru nak mencecah usia dua tahun dan anak kedua tak sempat kenal lagi ibunya setelah dilahirkan secara pramatang awal bulan Ogos lalu kerana ibu dijangkiti virus Covid.
Organ dalaman tak dapat berfungsi
Menurut Mohd Zulkifli kepada Pa&Ma, arwah isteri kesayangan, Siti Faiqah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah arwah yang bertarung nyawa selepas terpaksa melahirkan anak lebih awal kerana keadaan tak stabil selepas positif Covid.
Walaupun doktor dah sahkan arwah bebas Covid sebelum meninggal dunia, namun disebabkan kegagalan organ dalaman yang tak dapat berfungsi dengan baik kesan virus Covid, keadaannya jadi tak stabil.
“Pada 30 Ogos, doktor ada beritahu keadaan isteri nazak. Tiada perubahan positif ditunjukkan. Saya cuba kuatkan hati, bertanya pada doktor sama ada pesakit yang dalam kondisi seperti isteri boleh sihat atau sebaliknya.
“Doktor beritahu ramai yang alami kesan selepas Covid tak boleh survive. Tapi saya yakin selagi Allah tak ambil nyawa isteri, keberangkalian untuk sembuh ada. Pada 1 September iaitu hari ulang tahunnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya nampak sedikit positif tetapi kemudian kritikal semula,” katanya.
“Seminggu selepas hari kelahiran, arwah pergi..”
Tambah Mohd Zulkifli, seminggu selepas hari kelahiran, Isnin (6 September) pada hari terakhir arwah, sekitar jam 11 pagi, doktor ada buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak. Hampir dua jam video call, sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu tunjukkan bayi kami yang berada di sana. Dengan harapan dia dapat lihat buat kali terakhir walaupun keadaannya dah tak stabil.
“Saya juga sempat bisikkan kata semangat, “Awak kena kuat, awak kena lawan” dan dia pun minta saya pun kuat dalam keadaan dia yang semakin lemah itu. Sempatlah saya beritahu yang saya maafkan semua salah silapnya dan saya mohon ampunkan salah saya. Masa itu saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah, walaupun tiada kekuatan,” kongsinya dalam keadaan sebak.
Kongsi Mohd Zulkifli lagi, panggilan terputus sebentar kerana doktor ada kes kecemasan. Bagaimanapun dalam 30-40 minit selepas itu doktor hubungi semula memaklumkan isteri dah menghembuskan nafas terkahir tepat jam 1.36 petang.
“Perasaan waktu tu terasa kosong tambah lagi kami hanya sempat hidup bersama dalam tiga tahun saja. Masih baru lagi namun saya reda ketentuan ilahi. Walaupun rasa macam tak percaya, hidup perlu diteruskan demi menjaga dua amanah yang arwah tinggalkan pada saya.
“Syukur alhamdulillah juga, saya berpeluang memandikan dan menurunkan arwah ke liang lahad. Arwah pergi ni pun dia dah bebas Covid cuma kesan sampingan tu yang menyebabkan dia pergi. Kiranya pelukan terakhir saya adalah semasa menurunkannya ke liang lahad.
Bayi dibenarkan pulang, ambil semangat ibunya
Betullah Allah Itu Maha Adil. Selepas 3 hari arwah pergi, doktor beri berita gembira buat saya, bayi yang dilahirkan arwah dah boleh keluar NICU dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Bayi kami menunjukkan perkembangan positif walaupun lahir tak cukup bulan dan paru-paru pun masih belum matang sewaktu awal kelahiran.
Daripada apa yang doktor beritahu, sepanjang berada dalam NICU anak saya dapat capai hingga 2 kilogram dan dari sehari ke sehari semakin sihat. Sebab itulah doktor membenarkannya keluar.
“Kini kedua-dua anak dalam jagaan ibu mertua dan adik ipar sementara saya keluar bekerja dan uruskan beberapa urusan lain lagi. Insya-Allah kami akan jaga sama-sama,” ujarnya.
Mohd Zulkifi juga turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Facebooknya tiap kali dia berkongsi mengenai keadaan arwah.
Sehingga sekarang tak putus doa yang dikirimkan buat arwah. Terima kasih banyak-banyak, moga arwah isteri ditempatkan dikalangan orang beriman dan di syurga Allah. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang bakal berusia 3 tahun pada April depan dan terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izara memuat naik gelagat Irisa dan Adib saling berbalas ciuman antara satu sama lain.
“No man will ever love her more than her baba,” tulis Izara
Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat hubungan mesra Irisa bersama Adib dan ada juga warganet memuji kecomelan Irisa yang tak tumpah seperti ibunya.
“Cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya.
“Momen paling indah bagi seorang isteri dan ibu, apabila melihat pasangannya iaitu ayah kepada anaknya melayani anak-anak.
“MasyaAllah comelnyaa. Subhanallah indah ciptaan Allah semoga jadi anak solehah sayang like ur mommy🥰”
“Bonding anak dengan ayahnya memang love.”
Sementara itu, berdasarkan perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz ada beberapa cara boleh dilakukan sejak anak dalam kandungan sehingga mereka membesar.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan.
Pernah diuji dengan kehilangan anak, akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya matanya.
Tambah Azmi lagi, cahaya mata yang dinantikan itu dijangka dilahirkan pada November depan.
“Ni eksklusif, saya dan isteri alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.
“Dua tahun menanti sekarang dalam proses. InsyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai pelik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.
“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.
“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.
Terdahulu, anak pertama Azmi dan isteri iaitu Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.