Anak-anak kecil kita yang sedang membesar ini banyak hobi dan minatnya. Ada anak yang cenderung sukakan aktiviti fizikal namun ada anak yang lebih gemar bermain dengan mainan minda seperti jigsaw puzzle dan sebagainya.

Namun ada anak-anak kita yang jiwanya lebih dekat mendekati alam. Dia lebih senang bermain di halaman rumah berbanding dalam rumah. Anak jenis ini adalah jenis ‘Naturalistic Learner’.

Menurut Dr Redza Zainol yang mempunyai pengalaman anak sulungnya sendiri, berkongsi tip dan cara untuk mak ayah kenali anak kita.

Banyaknya Kelebihan Anak Jenis ‘Naturalistic Learner’ Ni, Dekat Dengan Alam, Rajin-Rajinlah Bawa Anak Main Di Luar!


“Papa, can I touch the frog?”

“Papa, can we collect these twigs and leaves?”

Dulu saya fikir entah apa yang anak sulung saya ni main. Macam sia-sia je. Lama-lama, baru saya faham yang anak saya ni jenis ‘Naturalistic Learner’.

Kanak-kanak begini, lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.

Banyaknya Kelebihan Anak Jenis ‘Naturalistic Learner’ Ni, Dekat Dengan Alam, Rajin-Rajinlah Bawa Anak Main Di Luar!

IKLAN

1. Selain tu, kanak-kanak ‘Naturalistic Learner’ ni suka:
– Libatkan diri dengan “hands-on activities”.
– Suka aktiviti di luar rumah/ bilik darjah.
– Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
– Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.

2. Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
– Baca buku di buaian.
– Main kad atau board game di atas rumput.
– Main anak patung di bawah pokok.
– Berkebun bersama.
– Bermain dalam lumpur.
– Mandi dalam hujan.
– Panjat pokok.
– Bermain dengan ranting kayu.
– Ajak anak perhatikan langit.
– Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah, ke luar rumah.

Banyaknya Kelebihan Anak Jenis ‘Naturalistic Learner’ Ni, Dekat Dengan Alam, Rajin-Rajinlah Bawa Anak Main Di Luar!

3. Mengikut kajian, kanak-kanak hanya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.

4. Tapi kebanyakan kanak-kanak meluangkan 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.

IKLAN

5. 1 daripada 5 kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurangnya sekali seminggu.

Banyaknya Kelebihan Anak Jenis ‘Naturalistic Learner’ Ni, Dekat Dengan Alam, Rajin-Rajinlah Bawa Anak Main Di Luar!

Tips Untuk Mak Ayah:

✔️ Luangkan sekurangnya 20 minit, 3 kali seminggu, bersama anak, di luar rumah.

✔️ Kajian menunjukkan, bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormon stress (kortisol).

IKLAN

Jom kita bawa anak bermain di halaman rumah.

Menarik: Tak Boleh Keluar Hanya Duduk Rumah, Sistem Imuniti Anak Terjejas

Banyaknya Kelebihan Anak Jenis ‘Naturalistic Learner’ Ni, Dekat Dengan Alam, Rajin-Rajinlah Bawa Anak Main Di Luar!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI