Identiti pengenalan diri dua beradik yang nama mereka mirip kepada buah-buahan tempatan menjadi hangat di media sosial.
Dokumen pengenalan diri milik Muhammad Dhury Yan yang lahir pada 21 Ogos 2012 dan adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga tular seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
Ads
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, mereka orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Menurutnya, ia sama sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.
Difahamkan, Muhammad Dhury Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Ads
Kedua-dua beradik ini juga baharu sahaja menerima kelahiran seorang adik lelak yang belum diberi nama.
“Yang baru ni belum ada nama lagi, tunggu tok mereka bagi,” katanya.
Ads
Abi Amin turut mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Bagaimanapun ketika ditanya kepada dua beradik tersebut, Yan dan Adik An, mereka mengakui sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.
Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tak sedih dan risau apabila bayi berusia sebulan dan masih dalam pantang disahkan ujian saringannya positif Covid-19 sehingga terpaksa berada di wad berasingan untuk betul-betul bebas dari virus ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Nur Azeila Selamat, ibu kepada bayi Nur Aishah Zahra, berita yang diterima dari pihak hospital beberapa hari lalu benar-benar buatkannya rasa terkejut.
Zahra baru genap sebulan
Ami n ddy org paling excited sangat nk tengok zahra membesar .. Tapi kita semua diduga dengan berita yang paling menakutkan .. Luruh hati kami bile pihak KKM call dan bagitahu result saringan covid19 zahra POSITIF.. AllahuAkhbar.. paling meruntun hati staff nurse bagitahu zahra usia paling muda yang positif dekat hospital ni.
Allah sesungguhnya kami yg Kau pilih untuk diduga, Maka Kau kuatkanlah hati kami, Kau kuatkanlah fizikal dan mental kami ya Allah untuk lalui smua ini .. Kau berikanlah kekuatan dalam diri kami untuk melawan Virus Covid19 ni ya Allah .. Kau angkatlah virus ini kembali dari diri kami, negara kami dan bumi ini ya Allah .. Aamiin ya Rabb.
Mintak kalian doakan kesembuhan dan kesihatan zahra .. dan doakan ami zahra kuat jaga zahra.
Allah pilih Zahra dan mangsa Covid lain untuk diuji
Dalam coretan Azeila lagi, apa yang cukup menyedihkan apabila baju bunga-bunga yang sepatutnya di pakai oleh Zahra ini adalah untuk ke klinik atas tujuan buat pemeriksaan dan ambil suntikan sebulan.
Namun semua perancangan itu berubah apabila baju ini dipakaikan Zahra ketika berada dalam wad untuk lawan virus Covid-19 ini.
Maafkan ami sayang. Ami tak sempat nak belikan awak baju banyak-banyak dan cantik-cantik sebab ami tak sangka dunia jadi huru hara dek kerana virus ni lepas awak lahir.
Dari hadirnya Zahra dalam rahim ami sampai awak lahir ami bayangkan yang indah-indah saja. Tapi tak pe nakk .. Allah pilih Zahra dan mangsa-mangsa Covid lain untuk diuji, semoga baik-baik hikmah yang Allah beri selepas ni.
Zahra kena kuat, ami kuat, daddy pun kuat. Nanti kita kumpul semula macam selalu ye nak.
Kalau ada simptom cepat buat saringan
Menurut Azeila lagi, dari mana Zahra dapat virus ini biar mereka dan pihak KKM je tahu. Bagaimanapun dia menasihatkan orang ramai yang rasa ada simptom awal, segera buat ujian saringan untuk tindakan selanjutnya.
Diharapkan keluarga ini diberikan ketabahan untuk mengharungi ujian ini dan Zahra akan terus kuat dan bebas dari virus Covid.
Sejak pemergian arwah Siti Sarah, ramai yang sentiasa nak tahu perkembangan anak-anak arwah. Lagi-lagi mengenai anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan arwah sebelum dijemput ilahi.
Terbaru, dalam perkongsian di instagram Shuib Sepahtu dia ada memuat naik perkembangan Ayash yang begitu disayangi oleh abang dan kakak. Beruntung sungguh Ayash ramai yang sayangkannya walaupun tak sempat rasa kasih ibu.
Dalam satu video pendek itu, kelihatan Ayash sedang menangis tetapi dipujuk dan ditepuk oleh abang sulung, Uwais Al Qarni. Kelihatan Uwais tidak kekok dan begitu setia di sisi adiknya.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat Shuib memuji tingkah laku Uwais yang saling tak tumpah wajahnya dengan Allahyarhamah Siti Sarah itu. Malah nampak anak sulung pasangan ini agak pemalu orangnya.
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan.”
“Anak sulung yang boleh diharap.. moga-moga dia menjadi anak soleh dan berguna pada masyarakat dan agama… Sejuk mata memandang muka dia . Sebiji mak dia…”
“Alhamdulillah… anak ibu yaaa habis muka ibu dia”
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibu nya Siti Sarah, allahu..Tengok Uwais terubat juga rasanya rindu Shuib pada arwah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak, walau bagaimanapun hidup mesti di teruskan ,Al fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleha.”
Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.
Pemergian Siti Sarah telah meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suaminya, Shuib Sepahtu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apalah perasaan ibu ini hingga sanggup bertindak luar kawalan hanya kerana anaknya tidak sengaja buang air besar dalam seluar, sehingga meninggal dunia.
Kes yang berlaku di Surabaya itu melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun, didera oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai AS berusia 24 tahun tanpa rasa kasihan.
Beritahu anak meninggal akibat terjatuh
Menurut polis, selepas memukul anaknya hingga meninggal dunia, suspek panik dan pergi ke rumah adik iparnya untuk memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia akibat terjatuh.
Nenek buat laporan polis
Adik iparnya memberitahu, terdapat kesan luka pada badan mangsa dan mempercayai kanak-kanak itu meninggal dunia akibat terjatuh.
“Namun, keadaan berubah apabila nenek mangsa tidak dapat menerima keadaan jenazah cucunya yang disifatkan ‘sangat teruk dan penuh kesan luka’.
“Hal ini kerana, mangsa dijaga neneknya sejak berusia tiga bulan sehinggalah dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya, baru-baru ini,” kata polis.
Nenek mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak malang itu mati akibat didera.
Kesan pendarahan otak
Polis juga memberitahu, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui kesalahannya dan memaklumkan dia hilang sabar dengan anaknya kerana kanak-kanak itu degil dan sukar memahami arahan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...